Mary, Ratu Scotland
Mary, Ratu Scotland (8 Disember 1542 – 8 Februari 1587; Jawi: مېري، راتو سكوتلند ), juga digelar Mary Stuart[3] atau Mary I dari Scotland,[4] ialah Ratu Scotland dari 14 Disember 1542 sehingga baginda dipaksa turun takhta pada tahun 1567.
Mary | |
---|---|
Ratu Scotland | |
Pemerintahan | 14 Disember 1542 – 24 Julai 1567 |
Kemahkotaan | 9 September 1543 |
Didahului oleh | James V |
Diikuti oleh | James VI |
Pemangku raja | Lihat senarai
|
Raja permaisuri Perancis | |
Pegangan | 10 Julai 1559 – 5 Disember 1560 |
Keputeraan | 8 Disember 1542[1] Istana Linlithgow, Linlithgow, Scotland |
Kemangkatan | 8 Februari 1587 (berumur 44 tahun)[2] Istana Fotheringhay, Northamptonshire, England |
Pemakaman | 30 Julai 1587 28 Oktober 1612 |
Pasangan |
|
Anakanda | James VI dan I |
Kerabat | Stuart |
Ayahanda | James V dari Scotland |
Bonda | Mary dari Guise |
Agama | Katolik Rom |
Tandatangan |
Satu-satunya anak sah James V dari Scotland yang hidup, Mary baru enam hari apabila bapanya mangkat dan baginda mewarisi takhta. Semasa zaman kanak-kanak, Scotland ditadbir oleh para pemangku, pertama oleh pewaris takhta, James Hamilton, Earl dari Arran, kemudian oleh ibunya, Mary dari Guise. Pada tahun 1548, baginda bertunang dengan Francis, Putera Mahkota Perancis, dan dihantar untuk dibesarkan di Perancis, di mana baginda akan selamat daripada tentera Inggeris semasa Perang Rough Wooing. Mary berkahwin dengan Francis pada tahun 1558, menjadi permaisuri Perancis apabila Francis naik takhta sehingga kemangkatan pada Disember 1560. Sebagai janda, Mary kembali ke Scotland pada Ogos 1561. Suasana agama dan politik yang tegang berikutan Reformasi Scotland yang Mary hadapi sekembalinya ke Scotland lagi diburukkan oleh oleh tokoh-tokoh Scotland yang terkenal seperti John Knox, yang secara terbuka mempersoalkan sama ada rakyat wajib taat kepada Mary. Tahun-tahun awal pemerintahannya ditandai dengan pragmatisme, toleransi dan kesederhanaan. Baginda mengeluarkan pengisytiharan menerima amalan-amalan agama di Scotland seadanya, mengekalkan penasihat seperti James Stewart, Earl dari Moray (saudara tirinya yang tidak sah), dan William Maitland dari Lethington, dan memerintah sebagai raja Katolik di sebuah kerajaan Protestan.
Mary berkahwin dengan sepupu tirinya Henry Stuart, Lord Darnley, pada tahun 1565; pada tahun 1566 baginda melahirkan seorang anak lelaki, James. Namun, perkahwinan mereka memburuk selepas Darnley mendalangi pembunuhan setiausaha Itali dan rakan karib Mary, David Rizzio. Pada Februari 1567, kediaman Darnley musnah akibat letupan dan dia dijumpa dibunuh di taman berdekatan. James Hepburn, Earl ke-4 dari Bothwell, secara amnya dipercayai adalah dalang pembunuhan Darnley tetapi dia dibebaskan daripada tuduhan tersebut pada April 1567 dan pada bulan berikutnya berkahwin dengan Mary. Berikutan pemberontakan terhadap mereka berdua, Mary dipenjarakan di Istana Lochleven. Pada 24 Julai 1567, baginda dipaksa memberikan takhta kepada anaknya James VI yang berumur satu tahun. Selepas gagal cuba mendapatkan semula takhta, baginda melarikan diri ke England memohon perlindungan anak saudara sepupunya, Elizabeth I.
Sebagai cicit Henry VII dari England, Mary pernah menuntut takhta Elizabeth dan dianggap sebagai pemerintah England yang sah oleh ramai penganut Katolik Inggeris, termasuk peserta dalam pemberontakan yang dipanggil Pemberontakan Utara. Memandang Mary sebagai satu ancaman, Elizabeth mengurung baginda di pelbagai istana dan rumah agam di pedalaman England. Selepas lapan belas tahun setengah dalam tahanan, Mary didapati bersalah kerana merancang untuk membunuh Elizabeth pada tahun 1586 dan dipenggal pada tahun berikutnya di Istana Fotheringhay. Hidup dan hukuman mati Mary menjadikannya watak sejarah yang romantis dalam budaya popular.
Salasilah keluarga
suntingRujukan
sunting- ^ Biskop John Lesley berkata Mary dilahirkan pada 7hb, tetapi Mary dan John Knox mendakwa hari ke-8, iaitu hari perayaan Perkandungan Tak Bernoda Maria Perawan(Fraser 1994, halaman 13; Wormald 1988, halaman 11).
- ^ Semasa Eropah Katolik bertukar kepada kalendar Gregorian Gaya Baharu pada tahun 1580-an, England dan Scotland mengekalkan kalendar Julian Gaya Lama sehingga 1752. Dalam rencana ini, tarikh-tarikh sebelum 1752 adalah Gaya Lama, dengan pengecualian bahawa tahun diandaikan bermula pada 1 Januari dan bukannya 25 Mac.
- ^ Juga dieja Marie dan sebagai Steuart atau Stewart
- ^ "National Records of Scotland; Hall of Fame A-Z – Mary Queen of Scots". NRS. 31 Mei 2013. Dicapai pada 30 September 2022.
- ^ Warnicke 2006, halaman xvi–xvii
Sumber
sunting- Bain, Joseph, penyunting (1900). Calendar State Papers, Scotland: Volume II. Edinburgh: General Register Office (Scotland).
- Bingham, Caroline (1995). Darnley: A Life of Henry Stuart, Lord Darnley, Consort of Mary Queen of Scots. London: Constable & Robinson. ISBN 978-0-09-472530-0.
- Boyd, William K., penyunting (1915). Calendar of State Papers, Scotland: Volume IX. Glasgow: General Register Office (Scotland).
- Clifford, Arthur, penyunting (1809). The State Papers and Letters of Sir Ralph Sadler. Edinburgh: Archibald Constable and Co.
- Donaldson, Gordon (1974). Mary, Queen of Scots. London: English Universities Press. ISBN 978-0-340-12383-6.
- Fraser, Antonia (1994) [1969]. Mary Queen of Scots. London: Weidenfeld and Nicolson. ISBN 978-0-297-17773-9.
- Greig, Elaine Finnie (2004). "Stewart, Henry, duke of Albany [Lord Darnley] (1545/6–1567)". Oxford Dictionary of National Biography. 1. Oxfordshire: Oxford University Press. doi:10.1093/ref:odnb/26473. Dicapai pada 3 March 2012. (langganan atau keahlian perpustakaan awam United Kingdom diperlukan)
- Guy, John (2004). "My Heart Is My Own": The Life of Mary Queen of Scots. London: Fourth Estate. ISBN 978-1-84115-753-5.
- Hunter, Clare (2022). Embroidering Her Truth: Mary, Queen of Scots and the Language of Power. London: Sceptre. ISBN 978-1-52934-628-2.
- Lewis, Jayne Elizabeth (1999). The Trial of Mary Queen of Scots: A Brief History with Documents. Boston: Bedford/St. Martin's. ISBN 978-0-312-21815-7.
- McInnes, Charles T., penyunting (1970). Accounts of the Lord High Treasurer of Scotland Volume 12. Edinburgh: General Register Office (Scotland).
- Scott, Jade (2024). Captive Queen: The Decrypted History of Mary Queen of Scots. London: Michael O'Mara. ISBN 978-1-78929-646-4.
- Warnicke, Retha M. (2006). Mary Queen of Scots. New York: Routledge. ISBN 978-0-415-29182-8.
- Weir, Alison (2008) [2003]. Mary, Queen of Scots and the Murder of Lord Darnley. London: Random House. ISBN 978-0-09-952707-7.
- Williams, Neville (1964). Thomas Howard, Fourth Duke of Norfolk. London: Barrie & Rockliff.
- Wormald, Jenny (1988). Mary, Queen of Scots. London: George Philip. ISBN 978-0-540-01131-5.
Bacaan lanjut
sunting- Bath, Michael (2008). Emblems for a Queen: The Needlework of Mary Queen of Scots. London: Archetype Publications. ISBN 978-1-904982-36-4.
- Labanov, A. I. (Prince Lobanov-Rostovsky) (1844). Lettres et Mémoires de Marie, Reine d'Écosse. London: Charles Dolman.
- Marshall, Rosalind (2006). Queen Mary's Women: Female Relatives, Servants, Friends and Enemies of Mary, Queen of Scots. Edinburgh: John Donald. ISBN 978-0-85976-667-8.
- Marshall, Rosalind (2013). Mary, Queen of Scots. Edinburgh: National Museums of Scotland. ISBN 978-1-905267-78-1.
- Merriman, Marcus (2000). The Rough Wooings: Mary Queen of Scots 1542–1551. East Linton: Tuckwell Press. ISBN 978-1-862-32090-1.
- Read, Conyers (1909). The Bardon Papers: Documents relating to the imprisonment and trial of Mary, Queen of Scots. London: Camden Series.
- Swain, Margaret (1973). The Needlework of Mary Queen of Scots. New York: Van Nostrand Reinhold. ISBN 978-0-442-29962-0.
- Wilkinson, Alexander S. (2004). Mary Queen of Scots and French Public Opinion, 1542–1600. Basingstoke: Palgrave Macmillan. doi:10.1057/9780230286153. ISBN 978-0-230-28615-3.
Pautan luar
suntingKetahui lebih lanjut tentang Mary, Queen of Scots di Wikipedia: | |
Imej dan media dari Commons | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber |
- Mary, Queen of Scots di laman web rasmi Monarki British
- Mary, Queen of Scots di laman web rasmi Royal Collection Trust
- Potret bagi Mary, Ratu Scotland di Galeri Potret Kebangsaan, London
- Edinburgh Castle Research: The Dolls of Mary Queen of Scots (Historic Environment Scotland, 2019).
- Karya oleh Mary, Ratu Scotland di LibriVox (buku audio domain awam)
- How three amateurs cracked a 445-year-old code to reveal Mary Queen of Scots' secrets [Bagaimana tiga orang amatur memecahkan kod berusia 445 tahun untuk mendedahkan rahsia Mary Ratu Scotland]
Mary, Ratu Scotland Tarikh keputeraan: 8 Disember 1542 Tarikh kemangkatan: 8 Februari 1587
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh James V |
Ratu Scotland 1542–1567 |
Diikuti oleh: James VI |
Kerabat diraja Perancis | ||
Didahului oleh Catherine de' Medici |
Raja permaisuri Perancis 1559–1560 |
Kosong Gelaran dipegang kemudian oleh Elisabeth dari Austria |