Semenanjung Malaysia

negara Malaysia di Semenanjung Melayu
(Dilencongkan daripada Malaysia Barat)

Semenanjung Malaysia atau Malaysia Barat dahulunya dikenali sebagai Malaya atau Tanah Melayu British ialah sebahagian Malaysia yang meliputi separuh bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu, dan merupakan gabungan 11 buah negeri (ketika itu) yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu.

peta semenanjung Malaysia

Semenanjung Malaysia kini, terdiri daripada 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan terpecah kepada 3 bahagian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Negeri-negeri tersebut ialah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Keluasan keseluruhan Semenanjung Malaysia adalah 131,598 kilometer persegi.

Semenanjung Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand di bahagian utara dan sempadan maritim dengan Singapura di bahagian selatan, oleh Selat Johor. Semenanjung Malaysia juga mempunyai sempadan maritim dengan Indonesia di Selat Melaka dan Laut China Selatan, iaitu dengan Sumatera dan Kepulauan Riau, dan juga dengan Vietnam di Laut China Selatan. Manakala Malaysia Timur (Sabah, Labuan, Brunei dan Sarawak) terletak di seberang timur Semenanjung Malaysia merentasi Laut China Selatan.

Hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia diketuai oleh sultan atau raja kecuali Melaka dan Pulau Pinang. Sembilan negeri yang diketuai oleh raja terdiri dari Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Gelaran Sultan digunakan di negeri-negeri Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan, manakala Perlis pula menggelarkan baginda pemerintah mereka sebagai Raja, dan di Negeri Sembilan, baginda digelar Yamtuan Besar atau secara rasminya Yang di-Pertuan Besar.

Perihal

sunting
 
Landsat mozek warna palsu Semenanjung Malaysia

Semenanjung Malaysia [notes 1] (Tulisan Jawi: سمننجڠ مليسيا), juga dikenali sebagai Malaysia Barat, ataupun Malaya (Tanah Melayu) (Tulisan Jawi: تانه ملايو), ialah sebahagian daripada Malaysia, yang menduduki separuh selatan Semenanjung Melayu di Asia Tenggara dan pulau-pulau berdekatan.[1] kawasan keseluruhan iaitu 132,490 km2 (51,150 bt2), iaitu hampir 40% daripada keseluruhan kawasan negara; 60% lagi ialah Malaysia Timur (Malaysia Borneo). Sebagai perbandingan, ia lebih besar sedikit daripada England (130,395 Km2). Ia berkongsi sempadan darat dengan Thailand di utara.[2]

Malaysia Barat (Semenanjung Malaysia) terletak di sebelah barat Malaysia Timur ([Note 1]). Kedua-duanya dipisahkan oleh Laut China Selatan.[3][4]

Di seberang Selat Melaka di sebelah barat terletak pulau Sumatera dan di seberang Laut China Selatan di sebelah timur terletak Kepulauan Natuna (Indonesia). Di hujung selatan merentasi Selat Johor terletak negara pulau Singapura. Semenanjung Malaysia menyumbang majoriti (kira-kira 81.3%) daripada penduduk dan ekonomi Malaysia; setakat 2017, populasinya adalah kira-kira 26 juta (82% daripada jumlah penduduk).[perlu rujukan]

Geografi

sunting

Secara geografi, Semenanjung Malaysia terbahagi kepada tiga kawasan iaitu Pantai Barat, Selatan, dan Pantai Timur.

Pahang ialah negeri terbesar di Semenanjung diikuti Perak, Johor kemudian Kelantan. Negeri-negeri pantai timur berhadapan dengan Laut China Selatan manakala negeri-negeri pantai barat berhadapan dengan Selat Melaka. Johor, walaupun mempunyai pantai sepanjang Selat Melaka mahupun Laut China Selatan, tidak boleh diklasifikasikan sebagai sebuah negeri pantai barat mahupun pantai timur. Akan tetapi, disebabkan Johor juga mempunyai pantai sepanjang Selat Johor, Johor dikelaskan sebagai sebuah negeri pantai selatan. Kelantan bersempadan dengan wilayah Narathiwat di Thailand manakala Perlis, Kedah dan Perak juga bersempadan dengan Thailand di sebelah utara dengan wilayah-wilayah Satun, Yala dan Songkhla.

Bahagian di semenanjung Malaysia:

Pantai Timur: Kelantan, Terengganu, Pahang

Pantai Selatan: Johor

Pantai Barat: Pantai Barat semenanjung terbahagi kepada tiga zon, iaitu zon utara, tengah dan selatan.

Zon Utara: Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

Zon Tengah: Selangor dan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Zon Selatan: Negeri Sembilan dan Melaka

Berikut merupakan senarai negeri dan Wilayah Persekutuan di Semenanjung Malaysia. Ibu negeri disertakan dalam kurungan. 11 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan tersebut adalah:

Negeri نݢري

sunting

Berikut ialah sebelas negeri dan ibu negeri masing-masing (dalam kurungan):

Wilayah Persekutuan ويلايه ڤرسکوتوان

sunting
  1.     Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2.     Wilayah Persekutuan Putrajaya
  3.    Wilayah Persekutuan Labuan

Etimologi

sunting

Semenanjung Malaysia juga dikenali sebagai Malaysia Barat ataupun Malaya (Tanah Melayu) dan Peninsular Malaysia (Malaysia Semenanjung).[5][6]

Ekonomi

sunting

Sehingga 2012, pengeluaran minyak Semenanjung Malaysia berjumlah 520,000 tong bersamaan minyak sehari.[7]

Pantai Timur dan Pantai Barat

sunting

Penggunaan Terma Pantai Timur (Jawi: ڤنتاي تيمور) digunakan terutamanya di Malaysia untuk menggambarkan negeri-negeri berikut di Semenanjung Malaysia yang menghadap ke Laut China Selatan, sebuah laut pinggir di Lautan Pasifik:

Penggunaan Terma Pantai Barat (Jawi: ڤنتاي بارت) merujuk secara tidak rasmi kepada himpunan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia yang terletak ke arah pantai barat yang umumnya menghadap ke Selat Melaka yang merupakan komponen Lautan Hindi, berbanding dengan Pantai Timur. Tidak seperti Pantai Timur, Pantai Barat dibahagikan lagi kepada tiga wilayah (seperti yang dilihat di wilayah), termasuk:

Walaupun Johor mempunyai garis pantai yang menghadap ke Laut China Selatan di Lautan Pasifik, ia tidak dianggap sebagai negeri Pantai Timur, kerana garis pantai utama negeri ini terletak di Selat Johor di Lautan Hindi.

Malaysia Barat dan Timur

sunting

Perbezaan antara Barat dan Malaysia Timur (Sabah, Sarawak dan Labuan) melangkaui bidang Geografi. Sebagai wilayah yang berasingan secara pentadbiran sebelum pembentukan Malaysia, terdapat lebih banyak Kerajaan sendiri (autonomi) daripada Negeri-negeri asal Tanah Melayu, cth. dalam mempunyai struktur mahkamah kehakiman yang berbeza dan peraturan imigresen yang berasingan. Hak-hak ini telah diberikan sebagai sebahagian daripada perjanjian 18 perkara Sarawak dan perjanjian 20 perkara Sabah dengan Persekutuan Malaya semasa pembentukan persekutuan yang diperluaskan.

Demografi

sunting

Penduduk

sunting

Kebanyakan/majoriti penduduk di Semenanjung Malaysia adalah kaum Melayu yang beragama Islam.[8] Juga terdapat sebilangan besar orang cina dan india. Orang Asli adalah penduduk asal di semenanjung Malaysia; bilangan mereka berjumlah sekitar 140,000 .[perlu rujukan] [9]

Etnik di Semenanjung Malaysia/Malaysia Barat (2020) (Bukan warganegara dikecualikan)

  Bumiputera (Orang Melayu Malaysia) dan Bumiputera Non Melayu (cth. Orang Asli) (67.0%)
  Orang Cina Malaysia (24.0%)
  Orang India Malaysia (8.3%)
  Lain-lain (0.7%)

Rujukan: Jabatan Perangkaan Malaysia

Anggaran Penduduk Mengikut Etnik[9]
Etnik 2010 2012 2014 2016 2018 2020 Perubahan 2010-2020
Bilangan % Bilangan % Bilangan % Bilangan % Bilangan % Bilangan % Bilangan %
Bumiputera (Orang Melayu Malaysia) dan Bumiputera Non Melayu (cth. Orang Asli) 13,841,600 60.84 14,282,800 60.99 14,761,500 60.79 15,246,700 61.00 15,733,000 61.47 16,192,400 62.79 +2,350,800 +1.95pp
Orang Chinese Malaysia 5,540,100 24.35 5,605,400 23.94 5,666,400 23.34 5,713,400 22.86 5,743,600 22.44 5,766,200 22.36 +226,100 -1.99pp
Orang Indian Malaysia 1,907,300 8.38 1,933,100 8.26 1,957,400 8.06 1,971,100 7.89 1,986,600 7.76 1,998,300 7.75 +91,000 -0.63pp
Lain-lain 123,100 0.54 133,300 0.57 141,800 0.58 149,100 0.60 157,700 0.62 164,800 0.64 +41,700 +0.10pp
Bukan Warganegara 1,340,900 5.89 1,462,600 6.25 1,753,700 7.22 1,914,800 7.66 1,972,200 7.71 1,666,900 6.46 +326,000 +0.57pp
Jumlah 22,753,000 23,417,200 24,280,800 24,995,100 25,593,100 25,788,600 +3,035,600
Agama di semenanjung Malaysia – 2020 est.
Agama Peratus
Islam
  
67.2%
Agama Buddha
  
20.3%
Hinduisme
  
7.2%
Kristian
  
2.9%
Agama rakyat Cina
  
0.8%
Lain-lain
  
1.6%

Bahasa بهاس

sunting

Bahasa yang digunakan di Semenanjung Malaysia ialah Bahasa Melayu Piawai /Standard. Walaupun begitu, hampir setiap negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai loghat/dialek yang tersendiri.. Antaranya ialah seperti berikut:

1)Bahasa Melayu Kedah/Utara

Kawasan: Kedah, Perlis,Pulau Pinang, Utara Perak.

2)Bahasa Melayu Perak

kawasan: Selatan Perak.

3) Bahasa Melayu Kelantan

Kawasan: Kelantan, Besut (Terengganu), Merapoh (Pahang).

4)Bahasa Melayu Terengganu

Kawasan: Terengganu, kecuali di Besut.

5)Bahasa Melayu Pahang

kawasan: Pahang, kecuali di Merapoh.

6)Bahasa Melayu Melaka

kawasan: Melaka.

7)Bahasa Melayu Negeri Sembilan

kawasan: Negeri Sembilan.

8)Bahasa Melayu Johor

kawasan: Johor.

9)Bahasa Melayu Selangor

kawasan: Selangor, Kuala Lumpur.

  1. ^ Istilah pertama ini lebih biasa digunakan di Malaysia untuk mengelakkan konotasi "Malaysia Timur" (Malaysia Borneo) dan "Malaysia Barat" (Semenanjung Malaysia) menjadi dua negara yang berasingan, seperti di bekas Jerman Timur dan Jerman Barat.

Nota Lainnya

sunting
  1. ^ juga dikenali sebagai Malaysia Borneo, yang fakta asas ialah Malaysia Borneo, merupakan bahagian Malaysia di Pulau Borneo

Rujukan

sunting
  1. ^ "Earth from Space: Separation by Sea". European Space Agency (dalam bahasa Inggeris). 5 May 2006. Dicapai pada 15 July 2022.
  2. ^ "Peninsular Malaysia". Travelfish (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 July 2022.
  3. ^ "Location". Malaysia Travel.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2010. Dicapai pada 7 July 2010.
  4. ^ "Malay Peninsula". HarperCollins Publishers. Dicapai pada 7 July 2010.
  5. ^ Od. M. Anwar; Wan Ahmad Fauzi Wan Husain; Junaidi Abu Bakar; Zulayti Zakaria (2012). "Legitimacy of the Malays as the Sons of the Soil". Asian Social Science. 9 (1): 80–81. doi:10.5539/ass.v9n1p74.
  6. ^ Reid, Anthony (2010). Imperial Alchemy: Nationalism and Political Identity in Southeast Asia. Cambridge University Press. m/s. 95. ISBN 978-0-521-87237-9.
  7. ^ "Petronas Sees Growth Slowdown until 2014". The Star Online. 6 March 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2019. Dicapai pada 1 September 2019.
  8. ^ "Some aspects of Malay-Muslim Ethnicity in Malaya". June 1981. JSTOR 25797648. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  9. ^ a b Population Quick Info, Jabatan Perangkaan Malaysia: http://pqi.stats.gov.my/searchBI.php

Lihat Juga

sunting