Bahasa Melayu Selangor

Bahasa Melayu Selangor (Tulisan Jawi: بهاس ملايو سلاڠور (bahase Selangow) merupakan dialek yang dituturkan di negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Terdapat 2 subdialek Selangor iaitu subdialek Kuala Lumpur dan subdialek Selangor Barat. Dialek ini mempunyai pelbagai ragam. Kepelbagaian ini berkait rapat dengan keadaan penuturnya yang terdiri daripada penutur pendatang dari pelbagai kawasan dialek Melayu lain di semenanjung. Bahasa Melayu Selangor dengan Bahasa Melayu Johor-Riau tidak banyak berbeza. Hal adalah kerana, kedua-duanya tidak banyak menerima pengaruh daripada negara luar.

Bahasa Melayu Selangor
بهاس ملايو سلاڠور
Bahase Selangow/Bahasa Selango
Asli kepada Malaysia
Kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan  Putrajaya
EtnikOrang Melayu Selangor
Penutur bahasa
3,200,000
Austronesia
Kod bahasa
ISO 639-3

Tentang Dialek Selangor

sunting

Penduduk Negeri Selangor sering diejek kerana tidak mempunyai dialek sendiri seperti Kelantan dan Kedah. Sebenarnya stereotaip sebegini sebenarnya tidak betul kerana Selangor mempunyai dialek sendiri tetapi ramai yang tidak tahu. Jadi, mari kami ceritakan tentang sejarah dialek yang berasal dari Selangor.

Berdasarkan kajian dari “Susur Galur Bahasa Melayu“,Prof. Emeritus Dato’  Asmah Haji Omar (1985), beliau menggunakan kajian fonologi iaitu penyebutan huruf dan pola bunyi sesuatu perkataan dalam subdialek Selangor Barat dan Kuala Lumpur.

Kawasan Timur di Selangor iaitu dari Petaling Jaya dan Ulu Langat di Selatan, meliputi wilayah Kuala Lumpur dan dari Utara hingga ke Ipoh dan dinamakan subdialek Kuala Lumpur. Seterusnya, kawasan Barat dari Selatan Sungai Selangor hingga ke Selatan meliputi daerah Kuala Langat namakan subdialek Selangor Barat.

Sebut sahaja mengenai dialek Selangor mesti berkait rapat dengan “cakap KL” iaitu bahasa standard kelainan pepet (bahasa pasar). Sebelum kemerdekaan, ramai orang dari negeri lain berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dan ketika itu juga Bahasa Melayu belum menjadi bahasa rasmi negara. Hal ini mencetuskan dua subdialek di Selangor iaitu subdialek Kuala Lumpur dan subdialek Selangor Barat.

Dialek Melayu Jugra dan Dialek Melayu Langat

sunting

Dialek Melayu Jugra dan Dialek Melayu Langat turut mempunyai keunikan.

Majoriti penduduk di Kuala Langat merupakan keturunan yang berkomunikasi dalam pencampuran dialek (varian koine) iaitu orang Melayu yang berketurunan Jawa atau dipanggil sebagai Jawa-Melayu. Namun, menurut James T. Collins (1997), beliau menjumpai satu dialek yang berasal dari penduduk Melayu di Kuala Langat iaitu dialek Melayu Langat. Dialek ini merupakan varian kepada dialek Melayu Negeri Sembilan kerana kawasan Hulu Langat bersempadan dengan Negeri Sembilan.

Bahasa Melayu Stardard Dialek Melayu Langat
Silau Silae
Payau Payae
Ular Ulae
Besar Besae
Semak Elukae
Sebelas Sebelah
Nipis Nipih

Korang tahu tak yang Jugra ini mempunyai dialek mereka sendiri iaitu dialek Melayu Jugra, bahkan dialek ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana dialek lain atau pencampuran dialek (koine),  Tambahan pula, terdapat tiga varian dalam dialek Melayu Jugra ini iaitu varian Sungai Buaya, varian Pulau Nyatoh, dan varian Kelanang berdasarkan kajian. (korang boleh baca kajian tersebut di sini)

Sebelum itu, mari kami jelaskan simbol vokal dan konsonan yang digunakan dalam kajian dialek ini:

  1. ə : sebutan huruf e taling. (contoh: kedai, helang, emak, dan belut)
  2. ? : hentian glotis atau tidak menyebut akhir perkataan. (contoh: tidak, jimak, dan istinjak)
  3. x : sebutan perkataan yang mempunyai huruf “kh”(contoh: khabar, khazanah, dan akhir)
  4. Vokal depan dalam Dialek Melayu Jugra melingkupi bunyi-bunyi [i, e, a]. Vokal depan [i, e, a] mempunyai pembahagian yang luas kerana boleh muncul pada posisi awal suku kata, tengah suku kata serta akhir suku kata, dan dalam suku kata terbuka ataupun tertutup.
Glos Varian Sg. Buaya Varian Pulau Nyatoh Varian Kelanang
Siapa Sapə Sapə Sapə
Lama Lamə Lamə Lamə
Ubat Obat Oba?

Bunyi-bunyi bagi vokal belakang yang terdapat dua fonem vokal dalam Dialek Melayu Jugra ialah [u, o,]. Vokal belakang tinggi [u] dan vokal belakang separuh tinggi [o]. Oleh itu, dalam dialek Melayu Jugra, kedua-dua vokal belakang boleh muncul pada posisi awal kata, tengah kata dan akhir kata. Contohnya, korang boleh tengok jadual berikut:

Glos Varian Sg. Buaya Varian Pulau Nyatoh Varian Kelanang
Ular Ula Ula Ula
Boleh Buleh Buleh Buleh
Ubat Obat Oba?

Vokal tengah [ǝ] ini dilihat mempunyai bahagian yang lengkap kerana boleh muncul pada semua posisi kata misalnya pada posisi suku kata tengah, dan posisi akhir kata. Penyebaran vokal tengah [ǝ] dalam Dialek Melayu Jugra boleh dilihat dalam contoh jadual yang berikut:

Glos Varian Sg. Buaya Varian Pulau Nyatoh Varian Kelanang
Siapa Sapə Sapə Sapə
Lama Lamə Lamə Lamə
Sepuluh Səpuloh Səpuloh

Subdialek Selangor Barat dan subdialek Kuala Lumpur

sunting

Penggunakan Subdialek Selangor Barat dan Subdialek Kuala Lumpur telah berkembang sebelum Merdeka

Masyarakat Melayu Selangor disebut A bertukar menjadi E dan ikut kelompok dialek selatan Semenanjung

Bahasa Selangor Bahasa Melayu Standard
Ape Apa
Ade Ada
Kerane Kerana
Lupe Lupa
Muke Muka
Gi Pergi
Jap Kejap

Perbezaan ketara antaranya sebutan H tidak kedengaran bagi subdialek Selangor Barat, Tidak seperti subdialek Kuala Lumpur mengikut Bahasa Stardard.

Subdialek Selangor Barat Bahasa Melayu Standard (dan juga subdialek Kuala Lumpur)
Abis Habis
Ijau Hijau
Itam Hitam
Ari Hari
Ujan Hujan
Utang Hutang

Persamaan bagi kedua subdialek ini menggantikan huruf U kepada O,namun huruf di hujung tidak disebut dalam subdialek Selangor Barat.

Subdialek Selangor Barat Subdialek Kuala Lumpur Bahasa Melayu Standard
Pelo Peloh Peluh
Pulo Puloh Puluh
Jato Jatoh Jatuh
Tujo Tujoh Tujuh
Gado Gadoh Gaduh
Sembo Semboh Sembuh

Yang ketiga dalam subdialek Kuala Lumpur, perkataan huruf R akan dibuang manakala subdialek Selangor Barat akan menukarkan huruf R kepada W seperti dialek Melaka.

Subdialek Selangor Barat Subdialek Kuala Lumpur Bahasa Melayu Standard
Besaw Besa Besar
Ulaw Ula Ular
Sedaw Seda Sedar
Khabaw Khaba Khabar
Tukaw Tuka Tukar
Kejaw Keja Kejar

Kalau korang lihat dalam ketiga-tiga kajian ini, subdialek Selangor Barat boleh dikatakan mempunyai persamaan dengan dialek Melaka manakala subdialek Kuala Lumpur mempunyai persamaan dengan dialek Johor. Hal ini bersangkut-paut dengan masa yang silam terdapat banyak dialek yang meluas secara selari dalam paksi Utara-Selatan

Penggunaan dialek Johor digunakan oleh orang dari kawasan Melaka Tengah sekarang ini hingga ke Sungai Selangor. Oleh itu, Negeri Selangor hanya menjadi tumpuan penduduk-penduduk dari kawasan-kawasan lain sebagai satu kawasan bahasa yang penuh dengan ciri kepelbagaian maka terciptalah subdialek-subdialek seperti Selangor Barat dan Kuala Lumpur.

Namun, kami ingin menekankan kepada subdialek Selangor Barat kerana subdialek ini tidak ramai orang tahu.