Kelinci Eropah (Tulisan Jawi : کلينچي ايروڤه) atau Arnab Perang (Tulisan Jawi : ارنب ڤيرڠ) disebut juga sebagai (Lepus europaeus) ialah satu spesies arnab yang berasal di Eropah utara, tengah dan barat, dan Asia Barat.

Kelinci Eropah
كلينچي ايروڤه
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
L. europaeus
Nama binomial
Lepus europaeus
Pallas, 1778
Taburan Lepus europaeus
(merah tua - asli, merah - pendatang)

Ia merupakan sejenis mamalia yang tersuai dengan kawasan desa yang terbentang dan beriklim sederhana. Ia membiak di atas tanah dan bergantung pada kelajuan untuk melarikan diri.

Lepus europaeus mencapai saiz tubuh 50-70 cm dan kepanjangan ekor 7-11 cm. Arnab yang dewasa boleh mencapai berat 2.5 hingga 6.5 kg. Ia boleh berlari selaju 72 km/j (45 bsj). Lepus europaeus merupakan haiwan yang betul-betul maun. Ia memakan rumput dan herba pada musim panas, tetapi beralih kepada ranting, kulit kayu dan tunas pokok muda pada musim sejuk, sehingga mendatangkan masalah kepada pengusaha dusun.

Lepus europaeus yang biasanya segan-silu berubah kelakuan pada musim bunga apabila arnab ini terang-terangan saling kejar-mengejar di kawasan padang rumput yang terbuka. Dalam kegilaan musim bunga ini, arnab ini kelihatan "bertinju", iaitu saling menumbuk dengan kakinya. Selama ini disangka sebagai persaingan antara jantan, tetapi pemerhatian dekat membuktikan bahawa kelakuan ini melibatkan si betina menumbuk-numbuk si janta, sebagai tanda bahawa si betina belum bersedia untuk mengawan, ataupun menguji keazaman si jantan.

Bilangan arnab ini makin berkurangan di Eropah kesan perubahan dalam amalan pertanian. Antara pemangsa semula jadinya termasuk Helang Mas, Rubah Merah dan Serigala.

Populasi pendatang

sunting

Lepus europaeus mungkin sekali dibawa masuk ke Great Britain pada zaman silam, dan sedikit sebanyak menggugat populasi Arnab Gunung.[2]

Lama-kelamaan, kelinci Eropah diperkenalkan ke merata dunia, termasuklah Amerika Utara timur, Amerika Selatna, Australia, New Zealand dan pulau-pulau seperti Tasmania, Falkland, Barbados dan Réunion.[3]

Spesies ini diimport ke Amerika Utara dari Jerman oleh seorang peladang yang tinggal berdekatan bandar Cambridge, Ontario, Kanada pada tahun 1912. Arnab berkenaan terlepas dari ladang itu, berjaya menjajah padang dan tepi hutan, sehingga menjadikan "arnab Jack" banyak terdapat di Ontario selatan, negeri New York dan New England. Pemangsa semula jadi seperti helang, burung hantu, rubah, koyote dan bobcat, bersama manusia dan anjing, membantu mengawal populasi arnab ini di Eropah.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Lepus europaeus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1996. 1996. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes a brief justification of why this species is of least concern
  2. ^ Yalden, D. W (2002). The History of British Mammals. Academic Press. ISBN 978-0856611100.
  3. ^ Naturalisation of the brown hare in Ireland. Unknown parameter |lauthor= ignored (bantuan)