Lapangan Terbang Lahad Datu

Lapangan Terbang di Sabah, Malaysia

Lapangan Terbang Lahad Datu (IATA: LDUICAO: WBKD), ialah sebuah Lapangan Terbang Domestik di Malaysia, yang terletak di Sabah. lapangan terbang tersebut terletak 1 km dari Lahad Datu, sebuah bandar di negeri Sabah dalam Malaysia. Ia terletak berhampiran pusat pemulihan orangutan. Lapangan terbang tersebut boleh menampung Fokker 50 dan kapal terbang yang kecil lagi dan terminalnya boleh menampung 100,000 penumpang. Pada tahun 2005, lapangan terbang tersebut telah menampung 116,973 penumpang dan 3,010 pergerakan kapal terbang.[1]

Lahad Datu Airport
Lapangan Terbang Lahad Datu
Maklumat umum
JenisAwam
PemilikKerajaan Malaysia
PengendaliMalaysia Airports
BerkhidmatDaerah Lahad Datu, Sabah, Malaysia
LokasiLahad Datu, Sabah, Malaysia
Koordinat05°01′59″N 118°19′16″E / 5.03306°N 118.32111°E / 5.03306; 118.32111Koordinat: 05°01′59″N 118°19′16″E / 5.03306°N 118.32111°E / 5.03306; 118.32111
Zon masaMST (UTC+08:00)
Sejarah
Dibuka1940 Sunting nilai ini di Wikidata
Ciri-ciri
Status penggunaanBeroperasi Sunting nilai ini di Wikidata
Ketinggian AMSL48 ft / 15 m
Landasan terbang
Arah Panjang Permukaan
meter kaki
11/29 1,371 4,498 Asfalt
Perangkaan (2020)
Penumpang59,739 ( 57.5%)
Pengangkutan udara (tan)163 ( 115.5%)
Pergerakan Pesawat2,632 ( 44.2%)
Peta
Map
LDU yang terletak di Sabah
LDU
LDU
Lokasi Lapangan Terbang di Lahad Datu, Sabah, Malaysia.
LDU yang terletak di Malaysia Timur
LDU
LDU
LDU (Malaysia Timur)
LDU yang terletak di Malaysia
LDU
LDU
LDU (Malaysia)
LDU yang terletak di Asia Tenggara
LDU
LDU
LDU (Asia Tenggara)
LDU yang terletak di Asia
LDU
LDU
LDU (Asia)
Catatan kaki
Rujukan: laman sesawang rasmi[1]
Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) Malaysia[2]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Terminal

sunting

Lapangan terbang Lahad Datu boleh memuatkan pesawat sebesar ATR 72, dan bangunan terminal pada lapangan terbang itu boleh mengendalikan sehingga 100,000 penumpang setiap tahun. Pada 2016, lapangan terbang itu mengendalikan 140,077 penumpang dan 3,713 pergerakan pesawat.[1]

 
Pintu Masuk depan Lapangan Terbang Lahad Datu

Syarikat Penerbangan dan destinasi

sunting

Penumpang

sunting
PenerbanganDestinasiRujukan
MASwings Kota Kinabalu, Sandakan [3]

Trafik dan statistik

sunting
Overall Operational Statistics
Years Passenger Movements Aircraft Movements Cargo Movements in Metric Tonnes Cargo Movements in Kilograms
2003 107,914 2,882 400 881
2004 117,584 2,948 390 859
2005 116,973 3,010 334 736
2006 108,697 3,203 170 374
2007 77,024 2,336 0 0
2008

Pengangkutan

sunting

Penyedia Perkhidmatan Hantar Jemput Penumpang, Lapangan Terbang Lahad Datu ada disediakan oleh Bas dan Teksi.

Bas yang melayani perkhidmatan Hantar Jemput Penumpang, ada melayani laluan antara Lapangan Terbang Lahad Datu dengan Terminal Bas Lahad Datu, di bandar Lahad Datu.[4]

Teksi yang melayani perkhidmatan Hantar Jemput Penumpang, ada melayani laluan antara Lapangan Terbang Lahad Datu dengan Terminal Teksi Lahad Datu, di bandar Lahad Datu.[5]

Cadangan naik taraf

sunting

Pada 3 Jun 2009, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Pejabat Daerah Lahad Datu d arah mengemukakan kertas cadangan berhubung kerja menaik taraf Lapangan Terbang Lahad Datu untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri, Anggota Parlimen Silam, Salleh Kalbi dan Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk Nasrun Mansor meninjau lapangan terbang yang dibina pada 1940-an itu. Setakat ini hanya pesawat jenis ATR dan Fokker 50 yang boleh mendarat.[6]

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting