Abd Rahim Bakri

(Dilencongkan daripada Abdul Rahim Bakri)

Datuk Abd Rahim Bakri merupakan Ahli Parlimen Kudat, Sabah yang kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan I bermula pada 10 Mac 2020 atas lantikan daripada Perdana Menteri Ke-8 iaitu Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin. Beliau adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang juga bersama dalam komponen kerajaan Perikatan Nasional. Beliau sebelum ini meninggalkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dalam gabungan Barisan Nasional (BN) untuk menjadi Bebas pada 2018.[2]

Abd Rahim Bakri
عبدالرحيم بن بكري
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kudat, Sabah
Dalam jawatan
2004 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Konstitusi ditubuhkan
Digantikan olehVerdon Bahanda
Majoriti6,748 (2004)
9,895 (2008)
12,376 (2013)
1,359 (2018)
Timbalan Menteri Kewangan I
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Berkhidmat with Mohd Shahar Abdullah
Timbalan II
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
MenteriTengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Didahului olehAmiruddin Hamzah
Digantikan olehMohd Shahar Abdullah
Kawasan pilihan rayaKudat
Timbalan Menteri Pertahanan
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 29 Julai 2015
RajaSultan Abdul Halim
Perdana Menteri Yang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak
MenteriYang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Hussein
Didahului olehYang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Latiff Ahmad
Digantikan olehYang Berhormat Dato' Sri Mohd Johari bin Baharom
Kawasan pilihan rayaKudat
Timbalan Menteri Pengangkutan
Dalam jawatan
10 April 2009 – 15 Mei 2013
RajaSultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Abdul Halim
Perdana Menteri Yang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak
MenteriYang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Ong Tee Keat
2009-2010
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Kong Cho Ha
2010-2013
Didahului olehYang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukim
Digantikan olehYang Berhormat Datuk Abdul Aziz Kaprawi
Kawasan pilihan rayaKudat
Timbalan Luar Negeri
Dalam jawatan
19 Mac 2008 – 9 April 2009
RajaSultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Abdul Halim
Perdana MenteriYang Amat Berbahagia Tun Haji Abdullah Ahmad Badawi
MenteriYang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
Didahului olehYang Berhormat Dato' Joseph Salang Gandum
Digantikan olehYang Berhormat Senator Kohilan Pillay
Yang Berbahagia Dato' Lee Chee Leong
Kawasan pilihan rayaKudat
Maklumat peribadi
Lahir
Abd Rahim bin Bakri

(1961-04-11) 11 April 1961 (umur 63)
Kampung Rosob, Pitas, Kudat, Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia)
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik UMNO (sehingga 2018)
BEBAS (2018-2019)
PPBM (2019-kini)
Gabungan politik
lain
BN (sehingga 2018)
PH (2019-2020)
PN (2020-kini)
PasanganDatin Faridah Haji Mohd Wasli
AnakEdlee
Nabilah
Ahmad Haikal
PekerjaanAhli Politik
GajiRM37,347.65 sebulan[1]

Dahulunya, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Pengangkutan Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Selain itu, beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dan Timbalan Luar Negeri.

Kehidupan awal

sunting

Abdul Rahim Bakri menerima pendidikan di SK Rosob, Pitas, Kudat, Sabah ; SMK Kudat (sekarang SMK Abdul Rahim) (1974 - 1978) dan SMK Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah (1979 - 1980). Kemudian lanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (1981 - 1985) jurusan Pengurusan Pentadbiran. Selepas itu beliau bekerja di Swee Joo Bhd (12 Jun 2006 - 15 Mei 2008) ; FAMA (2005-2008) ; Saham Sabah Berhad (30 Julai 2004 - 15 Feb 2006).

Keputusan pilihan raya

sunting
Parlimen Malaysia: P167 Kudat, Sabah[3]
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan
2004[4] Abdul Rahim Bakri (UMNO-BN) 13,236 56.61% Abdul Rahman Sedik (BEBAS) 6,488 27.75%
2008 Abdul Rahim Bakri (UMNO-BN) 17,634 69.50% Yahya Othman (PKR) 7,739 30.50%
2013 Abdul Rahim Bakri (UMNO-BN) 21,883 60.2% Rahimah Majid (PKR) 9,507 26.2%
2018 Abdul Rahim Bakri (UMNO-BN) 18,503 35.4%2 Sh. Azman Sh. Along (WARISAN) 17,144 32.8%2
Nota:
Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah.
2 % Yang digunakan untuk pilihan raya 2018.

Kehormatan

sunting
  •   Melaka :
    •   Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2002)[5]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ Muguntan Vanar, Stephanie Lee and Natasha Joibi (12 December 2018). "Sabah Umno exodus sees nine of 10 Aduns, five of six MPs leave". The Star. Dicapai pada 24 Mac 2020.
  3. ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2018. Dicapai pada 18 May 2018. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  4. ^ "Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya P167 KUDAT Sabah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-18. Dicapai pada 2018-12-18.
  5. ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 25 October 2018.