Kumpulan Tentera Darat Kedua Belas Amerika Syarikat
Kumpulan Tentera Darat Kedua Belas Amerika Syarikat merupakan sebuah formasi Tentera Darat Amerika Syarikat yang terbesar dan terkuat yang pernah diletakkan di medan perang.[1] Ia menguasai majoriti tentera Amerika di Barisan Barat pada tahun 1944 dan 1945. Ia telah diperintah oleh Jeneral Omar Bradley dengan markas di London pada 14 Julai 1944.
Kumpulan Tentera Darat Kedua Belas Amerika Syarikat | |
---|---|
Aktif | 1944–45 |
Negara | Amerika Syarikat |
Cawangan | Tentera Darat Amerika Syarikat |
Jenis | Kumpulan tentera darat |
Peranan | Markas Kumpulan Tentera Darat |
Saiz | 1.3 juta anggota |
Sebahagian daripada | Angkatan Ekspedisi Bersekutu |
Pertempuran | Perang Dunia II |
Komander | |
Komander terkenal | Omar Bradley |
Tentera Darat Pertama Amerika Syarikat Bradley, yang kemudian membentuk sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Kedua Belas, membentuk sayap kanan dalam garisan Bersekutu semasa Pendaratan Normandy dan Pertempuran Normandy. Pada Julai mereka disertai oleh Tentera Darat Ketiga AS, dibawah perintah Jeneral George S. Patton. Sehingga bulan September, apabila Jeneral Eisenhower mengambil alih pemerintahan seluruh angkatan tentera darat Bersekutu di Barat Laut Eropah, tentera A.S. di Normandy telah dimasukkan bersama Tentera Darat Kedua British dan Tentera Darat Pertama Kanada dalam formasi markas Kumpulan Tentera Darat Ke-21 British, diperintah oleh Jeneral Montgomery.
Selepas memecah keluar daripada tumpuan pantai di Normandy, Kumpulan Tentera Darat Ke-12 membentuk pusat tentera Bersekutu di Barisan Barat. Di utara ialah Kumpulan Tentera Darat Ke-21 British (2 tentera darat medan yang diyatakan diatas) dan, di selatan, mara daripada pendaratan mereka di pantai Mediterranean, ialah Kumpulan Tentera Darat Keenam Amerika Syarikat (Tentera Darat Ketujuh AS dan Tentera Darat Pertama Perancis).
Sewaktu kemaraan Kumpulan Tentera Darat Ke-12 melalui Jerman pada tahun 1945, ia mengawal empat tentera darat medan: Tentera Darat Pertama Amerika Syarikat, Tentera Darat Ketiga AS, Tentera Darat Kesembilan Amerika Syarikat dan Tentera Darat Kelima Belas Amerika Syarikat. Menjelang V-E Day, Kumpulan Tentera Darat Ke-12 merupakan sebuah ketumbukan yang berkekuatan lebih 1.3 juta askar.[2]
Senarai tempur – 8 Mei 1945
sunting- Kumpulan Tentera Darat Ke-12 – Jeneral Omar N. Bradley
- Tentera Darat Pertama – Jeneral Courtney H. Hodges
- Divisyen Ke-78 Infantri – Mejar Jeneral Edwin P. Parker
- Kor VII – Leftenan Jeneral J. Lawton Collins
- Divisyen Ke-9 Infantri – Mejar Jeneral Louis A. Craig
- Divisyen Ke-69 Infantri – Mejar Jeneral Emil F. Reinhardt
- Divisyen Ke-104 Infantri – Mejar Jeneral Terry de la Mesa Allen, Sr.
- Tentera Darat Ketiga – Jeneral George S. Patton, Jr.
- Divisyen Pertama Infantri – Mejar Jeneral Clift Andrus
- Divisyen Ke-2 Infantri – Mejar Jeneral Walter M. Robertson
- Divisyen Ke-9 Armor – Mejar Jeneral John W. Leonard
- Divisyen Ke-70 Infantri – Mejar Jeneral Allison J. Barnett
- Divisyen Ke-97 Infantri – Brigedier Jeneral Milton B. Halsey
- Kor III – Mejar Jeneral James Van Fleet
- Divisyen Ke-4 Infantri – Mejar Jeneral Harold W. Blakeley
- Divisyen Ke-14 Armor – Mejar Jeneral Albert C. Smith
- Divisyen Ke-99 Infantri – Mejar Jeneral Walter E. Lauer
- Kor V – Mejar Jeneral Clarence R. Huebner
- Divisyen Ke-16 Armor – Brigedier Jeneral John L. Pierce
- Kor XII – Mejar Jeneral Stafford LeRoy Irwin
- Divisyen Ke-4 Armor – Mejar Jeneral William M. Hoge
- Divisyen Ke-5 Infantri – Mejar Jeneral Albert E. Brown
- Divisyen Ke-11 Armor – Mejar Jeneral Holmes E. Dager
- Divisyen Ke-26 Infantri – Mejar Jeneral Willard S. Paul
- Divisyen Ke-90 Infantri – Mejar Jeneral Herbert L. Earnest
- Kor XX – Mejar Jeneral Walton H. Walker
- Divisyen Ke-13 Armor – Mejar Jeneral John Millikin
- Divisyen Ke-65 Infantri – Mejar Jeneral Stanley E. Reinhart
- Divisyen Ke-71 Infantri – Mejar Jeneral Willard G. Wyman
- Divisyen Ke-80 Infantri – Mejar Jeneral Horace L. McBride
- Tentera Darat Kesembilan – Leftenan Jeneral William H. Simpson
- Divisyen Ke-2 Armor – Mejar Jeneral Isaac D. White
- Kor VIII – Mejar Jeneral Troy H. Middleton
- Divisyen Ke-6 Armor – Mejar Jeneral Robert W. Grow
- Divisyen Ke-76 Infantri – Mejar Jeneral William R. Schmidt
- Divisyen Ke-87 Infantri – Mejar Jeneral Frank L. Cullin, Jr.
- Divisyen Ke-89 Infantri – Mejar Jeneral Thomas D. Finley
- Kor XIII – Mejar Jeneral Alvan C. Gillem, Jr.
- Divisyen Ke-30 Infantri – Mejar Jeneral Leland S. Hobbs
- Divisyen Ke-35 Infantri – Mejar Jeneral Paul W. Baade
- Divisyen Ke-83 Infantri – Mejar Jeneral Robert C. Macon
- Divisyen Ke-84 Infantri – Mejar Jeneral Alexander R. Bolling
- Divisyen Ke-102 Infantri – Mejar Jeneral Frank A. Keating
- Kor XVI – Mejar Jeneral John B. Anderson
- Divisyen Ke-29 Infantri – Mejar Jeneral Charles H. Gerhardt
- Divisyen Ke-75 Infantri – Mejar Jeneral Ray E. Porter
- Divisyen Ke-79 Infantri – Mejar Jeneral Ira T. Wyche
- Divisyen Ke-95 Infantri – Mejar Jeneral Harry L. Tawddle
- Kor XIX – Mejar Jeneral Raymond S. McLain
- Divisyen Ke-3 Armor – Brigedier Jeneral Doyle O. Hickey
- Divisyen Ke-8 Armor – Mejar Jeneral John M. Devine
- Tentera Darat Kelima Belas – Leftenan Jeneral Leonard T. Gerow
- Divisyen Ke-66 Infantri – Mejar Jeneral Herman F. Kramer
- Divisyen Ke-106 Infantri – Mejar Jeneral Donald A. Stroh
- Kor XVIII Airborne – Mejar Jeneral Matthew B. Ridgway
- Divisyen Ke-5 Armor – Mejar Jeneral Lunsford E. Oliver
- Divisyen Ke-7 Armor – Mejar Jeneral Robert W. Hasbrouck
- Divisyen Ke-8 Infantri – Mejar Jeneral Bryant E. Moore
- Divisyen Ke-82 Airborne – Mejar Jeneral James M. Gavin
- Kor XXII – Mejar Jeneral Ernest N. Harmon
- Divisyen Ke-17 Airborne – Mejar Jeneral William M. Miley
- Divisyen Ke-94 Infantri – Mejar Jeneral Harry J. Malony
- Kor XXIII – Mejar Jeneral Hugh J. Gaffey
- Divisyen Ke-28 Infantri – Mejar Jeneral Norman D. Cota
- Tentera Darat Pertama – Jeneral Courtney H. Hodges
Sumber: Bradley, Omar, A Soldier's Story, New York: Henry Holt and Company (1950), pp. 557–561
Pautan luar
suntingThe Library of Congress possesses over 400 military situation maps created by the Engineering Section of the 12th Army Group:
https://www.loc.gov/search/?fa=contributor%3Aallied+forces.+army+group%2C+12th.+engineer+section
Rujukan dan nota
sunting- ^ Bradley, Omar N. (1983). A General's Life. Simon & Schuster. ISBN 978-0-671-41023-0.
- ^ CSI REPORT No. 6, Larger units: Theater Army – Army Group – Field Army, Combat Studies Institute, U.S. Army Command and General Staff College, Fort Leavenworth, Kansas, January 1985 [1]