Rampasan kuasa

(Dilencongkan daripada Kudeta)

Rampasan kuasa atau kudeta[1] (daripada istilah iaitu "pukulan terhadap negara"[2]) ialah "penggulingan kekuasaan" suatu pemerintahan biasanya secara keras dan tiba-tiba oleh golongan dalam tertentu - selalunya tentera - dalam sebuah negara, dan akan digantikan dengan pemerintah lain, sama ada awam atau tentera.[3][4] Jika rampasan kuasa tersebut tidak berjaya sepenuhnya, ia mungkin menyebabkan perang saudara.

Sebuah kajian bertarikh tahun 2016 mengkategorikan perampasan ini kepada empat hasil yang berkemungkinan:[5]

  • Rampasan yang gagal
  • Tiada perubahan pada rejim, misalnya apabila seseorang ketua itu diusir keluar tanpa berubahnya identiti kumpulan yang mengambil alih mahupun undang-undang memerintah
  • Penggantian kediktatoran yang sedia ada dengan suatu kediktatoran lain yang baru
  • Penggantian kediktatoran diikuti oleh pendemokrasian (dikenali sebagai "rampasan berdemokrasi")[6]

Kajian ini juga mendapati bahawa hampir separuh daripada perampasan kuasa yang berlaku sewaktu dan selepas Perang Dingin turut melantik rejim autokratik yang baru.[5] Kediktatoran baru yang diasaskan gerakan perampas kuasa melakukan lebih banyak penindasan pada tahun berikutan sesebuah rampasan berbanding dengan tahun sebelum perampasan itu berlaku.[5] Satu pertiga daripada rampasan yang dilakukan sewaktu Perang Dingin dan 10 peratus rampasan pasca-tempoh tersebut menyusun semula tampuk pimpinan rejim yang ada.[5] Pemerintahan berdemokrasi diasaskan ekoran 12 peratus rampasan kuasa sewaktu Perang tersebut dan 40 peratus selepas perang ini.[5]

Saintis politik Samuel P. Huntington mengenalpasti rampasan kuasa atau kudeta kepada tiga kelas situasi, iaitu;[7]

  • Rampasan kuasa sempalan, dilakukan oleh kelompok bersenjata yang dapat terdiri dari anggota tentera yang tidak berpuas hati dengan dasar-dasar pemerintahan semasa, kemudian melakukan gerakan yang bertujuan menggulingkan pemerintah tradisional dan kemudian menciptakan suatu elit birokrasi baru.
  • Rampasan kuasa wakil, dilakukan oleh sekelompok pengkudeta yang akan mengumumkan diri sebagai perwakilan dalam rangka meningkatkan ketenteraman awam, kecekapan, dan mengakhiri korupsi, para pemimpin kudeta akan menggambarkan tindakan mereka hanyalah tindakan sementara dan akan menyesuaikan dengan keperluan semasa pemerintah. Pada umumnya, kudeta jenis ini sering dilakukan dengan cara mengubah bentuk pemerintahan awam menjadi bentuk pemerintahan ketenteraan.
  • Rampasan kuasa veto, dilakukan melalui penglibatan dan pergerakan sosial dari sekelompok khalayak rakyat dalam melakukan penekanan berskala besar yang berasas luas kepada bangkangan daripada pihak awam.

Pemimpin kini yang mendapat kuasa melalui rampasan kuasa

sunting
Gelaran Nama Mendapat kuasa Menggantikan Negara
Sultan Qaboos bin Said Al Said[8]1 23 Julai 1970 Said bin Taimur   Oman
Presiden Teodoro Obiang Nguema Mbasogo 3 Ogos 1979 Francisco Macías Nguema   Guinea Khatulistiwa
Presiden Yoweri Museveni 29 Januari 1986 Tito Okello   Uganda
Presiden Blaise Compaoré 15 Oktober 1987 Thomas Sankara   Burkina Faso
Presiden Omar Hasan Ahmad al-Bashir 30 Jun 1989 Sadiq al-Mahdi   Sudan
Presiden Idriss Déby 2 Disember 1990 Hissène Habré   Chad
Presiden Yahya Jammeh[9]2 22 Julai 1994 Dawda Jawara   Gambia
Presiden Denis Sassou Nguesso 25 Oktober 1997 Pascal Lissouba   Republik Congo
Perdana Menteri Hun Sen Ogos 1997 Norodom Ranariddh   Kemboja
Perdana Menteri (memangku) Frank Bainimarama 5 Disember 2006 Laisenia Qarase   Fiji
Presiden Mohamed Ould Abdel Aziz3 6 Ogos 2008 Sidi Ould Cheikh Abdallahi   Mauritania
Presiden (memangku) Manuel Serifo Nhamadjo4 11 Mei 2012 Raimundo Pereira   Guinea-Bissau
Presiden (memangku) Adly Mansour[10]5 3 Julai 2013 Mohammed Mursi   Mesir
Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha 22 Mei 2014 Yingluck Shinawatra6   Thailand
Presiden Jawatankuasa Revolusioner Mohammed Ali al-Houthi 6 Februari 2015 Abd Rabbuh Mansur Hadi7   Yaman
Presiden Emmerson Mnangagwa 24 November 2017 Robert Mugabe8   Zimbabwe

1Menggulingkan ayahandanya tanpa pertumpahan darah.
2Kemudian disahkan oleh pilihan raya bebas dan bersih.
3Kemudian disahkan oleh pilihan raya "memuaskan".
4Selepas rampasan kuasa Guinea-Bissau 2012.
5Selepas rampasan kuasa Mesir 2013.
6merupakan Perdana Menteri de facto pada ketika itu namun diperintahkan mahkamah agar meletakkan jawatan, lihat Rampasan kuasa Thailand 2014
7Hadi meletakkan jawatan pada 22 January 2015.
8Mugabe meletakkan jawatan sebagai Presiden negara tersebut pada 21 November 2017 tidak lama selepas rampasan kuasa yang berlaku.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "'kudeta' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 18 Disember 2017.
  2. ^ "Turkey Coup". Merriam Webster. July 15, 2016. Dicapai pada February 5, 2021.
  3. ^ Luttwak, Edward. Coup d'etat: a practical handbook. m/s. 172. Clearly the coup is by definition illegal,
  4. ^ "Rampasan kuasa". Wikipedia. Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP. Dicapai pada 22 Mac 2014.
  5. ^ a b c d e Derpanopoulos, George; Frantz, Erica; Geddes, Barbara; Wright, Joseph (1 January 2016). "Are coups good for democracy?". Research & Politics (dalam bahasa Inggeris). 3 (1): 2053168016630837. doi:10.1177/2053168016630837. ISSN 2053-1680.
  6. ^ Varol, Ozan O. (2017). The Democratic Coup d'État (ed. 1). Oxford University Press. ISBN 978-0190626020.
  7. ^ Huntington, Samuel P. (1968). Political order in changing societies. Yale University Press. m/s. 488. ISBN 0300116209, 9780300116205 Check |isbn= value: invalid character (bantuan). Unknown parameter |nopp= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  8. ^ Allen, Calvin H.; Rigsbee, W. Lynn (2000). Oman Under Qaboos: From Coup to Constitution, 1970-1996. Frank Cass Publishers.
  9. ^ "The Gambia". Dicapai pada 27 Julai 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ "Coup topples Egypt's Morsy; deposed president under 'house arrest'". CNN. 4 Julai 2013. Dicapai pada 6 Julai 2013.