Krisis diplomatik Qatar 2017
Krisis diplomatik Qatar 2017 bermula pada 5 Jun 2017 apabila beberapa negara secara tiba-tiba menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar. Pada awalnya, negara-negara yang terlibat adalah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Mesir, dan Maldives. Penamatan ini juga merangkumi sekatan perdagangan dan perjalanan.
Krisis diplomatik Qatar 2017 | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Hubungan luar Qatar | |||||||
Qatar Negara-negara yang menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar Negara-negara yang mengurangkan hubungan diplomatik atau memanggil pulang duta daripada Qatar | |||||||
| |||||||
Pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian diplomatik | |||||||
Arab Saudi Emiriah Arab Bersatu Bahrain Mesir Maldives Yaman[a] Mauritania Comoros Libya[b] | Qatar | ||||||
a Kerajaan yang diakui antarabangsa yang menamatkan hubungan dengan Qatar. b Kerajaan yang berpusat di Tobruk hilang pengiktirafan antarabangsa selepas penubuhan Kerajaan Permuafakatan Kebangsaan pada bulan Januari 2016. Kerajaan pusat di Tobruk mendakwa menamatkan hubungan dengan Qatar meskipun tidak mempunyai perwakilan diplomatik di negara ini. |
Arab Saudi dan beberapa negara lain telah mengkritik Al Jazeera dan hubungan Qatar dengan Iran, dan menuduh Qatar membiayai pertubuhan pengganas. Qatar menafikan bahawa ia menyokong keganasan, dan mendakwa ia telah membantu Amerika Syarikat dalam Perang Menentang Keganasan dan campur tangan ketenteraan melawan ISIL yang masih berlangsung.
Tindakan diplomatik Arab Saudi secara lisannya telah disokong oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Banyak negara di wilayah ini termasuk Turki, Rusia dan Iran, meminta agar krisis ini diselesaikan melalui rundingan damai.
Latar belakang
suntingQatar memiliki perbezaan dengan kerajaan-kerajaan Arab lain berkenaan beberapa isu: syarikat penyiaran Al Jazeera; ia dituduh mengekalkan hubungan baik dengan Iran; dan menyokong Ikhwan Muslimin pada masa lalu.[1] Qatar juga merupakan sebuah sekutu Amerika, yang menempatkan pangkalan terbesar Amerika di Timur Tengah, Pangkalan Udara Al Udeid.[2]
Negara-negara yang menamatkan hubungan diplomatik menuduh Qatar menyokong keganasan, campur tangan dalam urusan dalaman negara mereka[3] dan mengekalkan hubungan dengan Iran.[4][5] Qatar menafikan tuduhan-tuduhan bahawa ia menyokong keganasan, dan menekankan sokongan mereka dalam penentangan yang diketuai oleh A.S. menentang ISIL.[6]
Reaksi diplomatik
suntingMenamatkan hubungan
suntingAntara 5 dan 6 Jun 2017, Arab Saudi, UAE, Yemen, Mesir, Maldives, dan Bahrain secara berasingan mengumumkan bahawa mereka telah menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar.[7][8][3][4]
Setakat 7 Jun 2017, sembilan buah negara berdaulat telah menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar.[9][10]
Kerajaan Libya yang berpusat di Tobruk mendakwa telah menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar meskipun tidak mempunyai perwakilan diplomatik di negara itu.[12][13][14] Kerajaan sementara Libya adalah berpusat di timur Libya dan merupakan salah sebuah daripada tiga buah kerajaan Libya yang bersaing.[a]
Kesemua negara-negara GCC yang terlibat telah mengarahkan warganegara mereka agar keluar daripada Qatar.[5] Tiga buah negara-negara Teluk (Arab Saudi, UAE, dan Bahrain) memberi tempoh dua minggu kepada pelancong dan penduduk Qatar supaya meninggalkan negara mereka.[17] Kementerian Luar Bahrain dan Mesir memberi tempoh 48 jam kepada para diplomat Qatar untuk meninggalkan negara mereka.[18][4] Qatar juga dibuang daripada pakatan campur tangan yang diketuai oleh Arab Saudi di Yemen.[17]
Arab Saudi dan UAE telah memaklumkan agen-agen pelabuhan dan penghantaran agar tidak menerima kapal-kapal Qatar atau kapal-kapal milik syarikat atau individu Qatar.[19] Arab Saudi juga menutup sempadan dengan Qatar.[19] Iran menawarkan untuk menghantar bekalan makanan ke Qatar.[19] Arab Saudi menghadkan ruang udaranya kepada Qatar Airways. Sebaliknya, Qatar telah melencongkan penerbangan mereka ke Afrika dan Eropah melalui Iran.[20] Bank Pusat Arab Saudi menasihatkan bank-bank mereka untuk tidak berdagang dengan bank-bank Qatar menggunakan matawang Riyal Qatar.[21]
Hamad Saif al-Shamsi, Peguam Negara Emiriah Arab Bersatu telah mengumumkan pada 7 Jun bahawa sebarang bentuk percetakan yang mengzahirkan simpati kepada Qatar melalui media sosial, atau sebarang jenis tulisan, visual atau bentuk lisan adalah dianggap haram di bawah Kod Penal Persekutuan UAE dan Undang-undang Persekutuan dalam melawan Jenayah Teknologi Maklumat. Penentang yang didapati bersalah akan dipenjarakan antara 3 hingga 15 tahun, denda sehingga 500,000 dirham emirati ($136,000) atau kedua-duanya.[22][23] Bahrain juga mengeluarkan kenyataan serupa dengan penalti sehingga 5 tahun penjara dan denda.[24]
Kuwait yang menjadi orang tengah di Riyadh telah membawakan satu senarai tuntutan Saudi kepada Qatar. Ia termasuk menamatkan semua hubungan dengan Iran dan mengusir kesemua anggota Hamas dan Ikhwan Muslimin, membendung kebebasan al-Jazeera, menghentikan “campur tangan” dalam hubungan negara-negara luar dan menghentikan dana kepada pertubuhan pengganas.[25]
Setakat 10 Jun 2017, lima buah negara telah menurunkan status hubungan diplomatik dengan Qatar tanpa menamatkan hubungan sepenuhnya.
Tindak balas Qatar
suntingMenteri Luar Qatar mengkritik sekatan ini dengan mendakwa ia menjatuhkan kedaulatan Qatar.[17]
Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani, berkata kenyataan oleh Saudi berkenaan Qatar adalah bercanggah: pada satu sisi, Arab Saudi mendakwa Qatar telah menyokong Iran, tetapi pada sisi yang lain, ia mendakwa Qatar mendanai para ekstremis Sunni berjuang menentang Iran.[30]
Reaksi dari pertubuhan bukan kerajaan
suntingAmnesty International mengutuk sekatan ini dan menuduh Arab Saudi, Bahrain dan (UAE) bermain-main dengan nyawa manusia. James Lynch, Timbalan Pengarah Program Isu Global di Amnesty International, mendakwa “Langkah-langkah drastik ini telah menyebabkan kesan-kesan yang kejam, memisahkan anak-anak daripada ibu bapa mereka dan suami daripada isteri. Rakyat dari seluruh wilayah – bukan hanya daripada Qatar, tetapi juga daripada negara-negara yang menerima pakai langkah-langkah ini – berisiko kehilangan kerja dan pendidikan mereka terganggu. Kesemua negara yang terlibat dalam pertikaian ini mesti memastikan tindakan mereka tidak akan membawa kepada pencabulan hak-hak kemanusian.” Amnesty International telah menerima laporan daripada mangsa-mangsa yang tidak dapat melawat anggota keluarga mereka, para pelajar yang terkandas dan para pekerja yang tidak dapat kembali bekerja di negara yang menentang.[31]
Majlis Pelarian Norway menyatakan kerisauan mereka bahawa krisis ini akan menjejaskan pembinaan semula di Palestin kerana Qatar adalah satu sumber bantuan kemanusiaan dan infrastruktur penting kepada Palestin.[32][33]
Reaksi-reaksi lain
suntingBeberapa negara dan Pertubuhan Bangsa Bersatu[34] menyeru satu penyelesaian krisis diplomatik melalui dialog:
Menteri Luar Jerman, Sigmar Gabriel melahirkan sokongan kepada Qatar dan mengkritik krisis hubungan ini.[43] Beliau menuduh Presiden A.S, Donald Trump menyebabkan pergolakan krisis di Timur Tengah.[44]
India berkata ia melihat krisis ini sebagai satu krisis dalaman Majlis Kerjasama Teluk dan lebih bimbang akan para ekspatriat India di wilayah ini.[45][46]
Kesan-kesan
suntingPerjalanan udara
suntingSyarikat penerbangan utama yang berpangkalan di negara-negara ini termasuk Emirates, menghentikan perkhidmatan penerbangan ke Qatar.[47][48] Gulf Air,[49] EgyptAir,[50] FlyDubai, Air Arabia, Saudi Arabian Airlines dan Etihad Airways menghentikan penerbangan mereka ke dan daripada Qatar.[51] Bahrain,[52] Mesir, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu juga mengharamkan sebarang pesawat yang berdaftar di Qatar daripada menggunakan ruang udara mereka. Qatar mengubah laluan penerbangan mereka ke Afrika dan Eropah melalui Iran.[20] Sebagai tindak balas, Qatar Airways juga menghentikan operasi penerbangan ke Arab Saudi, UAE, Mesir, dan Bahrain.[51][53]
Pakistan International Airlines telah menghantar penerbangan khas untuk membawa balik lebih 200 orang jemaah Pakistan yang terkandas di lapangan terbang Doha.[54] Lebih daripada 550 orang jemaah Pakistan di Doha kemudian diterbangkan ke Muscat.[55]
Penerbangan jet persendirian juga terjejas oleh krisis ini. Para pegawai penerbangan perniagaan berkata penerbangan peribadi antara Qatar dan negara-negara yang menamatkan hubungan diplomatik perlu melakukan satu perhentian teknikal di negara ketiga. Pesawat yang didaftarkan di Qatar tidak boleh diterbangkan di negara-negara ini dan begitu juga sebaliknya. Meskipun pengguna jet perniagaan boleh memohon satu perjalanan tanpa henti, dua pegawai berkata ia telah ditolak menjadikan perhentian di negara ketiga diperlukan.[56]
Perkapalan
suntingMakanan
suntingHampir 80% keperluan makanan Qatar datang daripada jiran-jiran Arabnya, dengan hanya 1% sahaja yang dikeluarkan dalam negara dan diimport daripada negara luar Teluk yang biasanya merentasi daratan yang bersempadanan dengan Arab Saudi yang kini ditutup.[57] Serta merta selepas ikatan hubungan ditamatkan, laporan tempatan menunjukan para penduduk yang panik menyerbu kedai makanan dengan harapan untuk menyimpan bekalan. Banyak trak-trak penghantaran makanan tersadai di sepanjang sempadan Arab Saudi-Qatar. Para pegawai Iran menawarkan bantuan penghantaran makanan.[58][59] Pada 8 Jun 2017, Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani berkata, "Kami tidak bimbang akan kekurangan bekalan makanan, kami tidak akan apa-apa. Kami boleh hidup begini selama-lamanya, kami sudah bersedia." Turki telah berjanji bekalan makanan dan air akan dihantar bersama-sama dengan penghantaran tentera mereka ke pangkalan Angkatan Tentera Turki di Qatar.[60]
Sekatan media
suntingArab Saudi, Bahrain, Mesir dan UAE telah menyekat capaian ke agensi berita Qatar termasuk salah sebuah agensi berita Arab paling popular yang berangkalan di Qatar iaitu Al Jazeera.[61] Arab Saudi telah menutup pejabat tempatan bagi Al Jazeera Media Network.[19] BBC membuat spekulasi bahawa perubahan-perubahan ke atas Al-Jazeera merupakan sebahagian daripada resolusi penyelesaian aman.[62]
UAE mengharamkan sebarang bentuk simpati kepada Qatar. Seseorang yang didapati mengeluarkan bentuk simpati kepada Qatar boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun.[63]
Pada 8 Jun 2017, Bahrain juga mengharamkan sebarang bentuk simpati kepada Qatar. Pesalah akan didenda dan dipenjarakan sehingga 5 tahun.[64]
Kewangan
suntingTabung Kewangan Antarabangsa berkata ianya masih terlalu awal untuk menghakimi kesan kewangan ekoran krisis diplomatik ini.[65] Standard & Poor's menurunkan status hutang Qatar satu anak tangga daripada AA kepada AA- di sebabkan kejatuhan matawang Riyal Qatar yang paling rendah sejak 11 tahun.[66] Bursa Saham Qatar pula menjunam kepada 7.3%; tahap paling rendah dalam masa setahun dan menjunam 9.7% sejak 3 hari lepas.[67][68]
Perkhidmatan pos
suntingPada 6 Jun 2017, Emirates Post dari UAE, menghentikan perkhidmatan pos ke Qatar.[69]
Tenaga
suntingQatar merupakan sebuah pemimpin global dalam pengeluaran gas asli cecair production. Meskipun menghadapi hubungan yang memburuk, gas asli Qatar masih dieksport ke UAE dan Oman melalui Abu Dhabi menggunakan saluran paip milik Dolphin Energy. Saluran paip ini memenuhi sekitar 30-40 peratus keperluan tenaga UAE.[70][71] Kekangan perkapalan ekoran krisis ini juga menyebabkan gangguan beberapa penghantaran minyak dan gas ke/dari Teluk, yang mana mengakibatkan kesan besar kepada banyak pasaran tenaga tempatan. Pada 8 Jun 2017, United Kingdom yang mana hampir satu per tiga import gasnya datang daripada Qatar, harga masa depan gas meningkat hampir 4 peratus.[72][73]
Lihat juga
sunting- Hubungan Mesir–Qatar
- Hubungan Mesir–Turki (sebuah pertikaian diplomatik lain berkaitan dengan Ikhwan Muslimin)
- Hubungan Arab Saudi-Iran
- Hubungan Emiriah Arab Bersatu-Qatar
- Hubungan Bahrain–Qatar
- Konflik proksi Arab Saudi-Iran
- Keganasan yang disokong oleh negara § Arab Saudi
Notes
sunting- ^ The interim government based in Tobruk in eastern Libya is affiliated with the House of Representatives (which has international recognition).[15][16] However, two other governments also claim to be the legitimate government of Libya: the Tripoli-based Government of National Accord (which also has international recognition from the United Nations) and a third government, the General National Congress, also based in Tripoli.[16]
Rujukan
sunting- ^ Barnard, Anne; Kirkpatrick, David (5 Jun 2017). "5 Arab States Break Ties With Qatar, Complicating U.S. Coalition-Building". New York Times. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaUSbase
- ^ a b Associated Press (5 Jun 2017). "Saudi Arabia Accuses Qatar of Backing Terrorism, Cuts Ties". NBCnews.com. Dicapai pada 5 Jun 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b c Wintour, Patrick (5 Jun 2017). "Gulf plunged into diplomatic crisis as countries cut ties with Qatar". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Jun 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b Gambrell, Jon (5 Jun 2017). "Arab nations cut ties with Qatar in new Mideast crisis" (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Dicapai pada 5 Jun 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Sheikh Tamim denies Qatar has links to terrorism". Khaleej Times. 25 Mei 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ "Why Saudi Arabia and six other countries have cut ties with Qatar". News.com.au. Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ "Qatar row: Five countries cut links with Doha" (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 5 Jun 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ "Arab states sever ties with Qatar, announce blockade". ch-aviation. 5 Jun 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ "Qatar row: Saudi and Egypt among countries to cut Doha links". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 5 Jun 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Comoros severs diplomatic relations with Qatar The official Saudi Press Agency". www.spa.gov.sa. Dicapai pada 8 Jun 2017.
- ^ a b Katie Hunt; Elizabeth Roberts; Victoria Brown (6 Jun 2017). "Qatar: We're 'willing to talk' to resolve diplomatic crisis". CNN. Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ "Libya's eastern-based government cuts diplomatic ties with Qatar". Reuters. 5 Jun 2017.
- ^ Prentis, Jamie (5 Jun 2017). "Beida government cuts off diplomatic relations with Qatar". Libya Herald. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ The Latest: US colleges say programs in Qatar continue, Associated Press (5 June 2017).
- ^ a b Richard Hall, Libya now has three governments, none of which can actually govern, GlobalPost (31 March 2016).
- ^ a b c "Saudi, Egypt, UAE, Bahrain and Yemen isolate Qatar over 'terrorism' as rift deepens". Dawn (dalam bahasa Inggeris). Reuters/AFP/AP. 5 Jun 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ "Qatar: 'No justification' for cutting diplomatic ties". Al Jazeera. 5 Jun 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ a b c d "Qatar diplomatic crisis: All the latest updates". www.aljazeera.com. Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ a b "Saudi-led Rupture With Qatar Pushes Nation Into Iran's Embrace".
- ^ "Saudi central bank tells banks not to trade with Qatar banks in Qatari riyals: sources". Reuters
- ^ "UAE bans expressions of sympathy toward Qatar: media". Reuters. Dicapai pada 7 Jun 2017.
- ^ "Strict action against anyone showing sympathy with Qatar: UAE". Khaleej Times. Dicapai pada 7 Jun 2017.
- ^ Karen DeYoung (8 Jun 2017). "Bahrain and UAE criminalize 'sympathy' for Qatar". Washington Post. Dicapai pada 9 Jun 2017. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Qatar crisis: Saudi Arabia insists Gulf country must meet its demands 'soon'".
- ^ "Chad recalls ambassador from Qatar amid Gulf Arab row". Reuters.com. Reuters. Dicapai pada 10 Jun 2017.
- ^ Djibdiplomatie1. "URGENT/COMMUNIQUE DE PRESSE". www.djibdiplomatie.dj. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Ogos 2017. Dicapai pada 10 Jun 2017.
- ^ "Niger recalls ambassador to Qatar in solidarity with Arab states". Reuters.com. Reuters. Dicapai pada 10 Jun 2017.
- ^ "Senegal recalls Qatar ambassador, backs Saudi in Gulf row". Reuters. 7 Jun 2017. Dicapai pada 7 Jun 2017.
- ^ "Qatar: We're 'willing to talk' to resolve diplomatic crisis".
- ^ "Families ripped apart, freedom of expression under attack amid political dispute in Gulf". www.amnesty.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Jun 2017.
- ^ "Gazans worried by Qatari crisis". www.aljazeera.com. Dicapai pada 11 Jun 2017.
- ^ "Qatar crisis could damage Gaza reconstruction, NGO warns". The Times of Israel (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Jun 2017.
- ^ "Deeply Concerned by Middle East Situation, Secretary-General Encourages Diplomacy to Avoid Escalating Tensions | Meetings Coverage and Press Releases". www.un.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2017.
- ^ "Algeria calls for dialogue to resolve Qatar row". Anadolu Agency. 6 Jun 2017.
- ^ Browning, Noah (5 Jun 2017). "Arab powers sever Qatar ties, widening rift among US allies" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ "Saudi Arabia, Egypt lead Arab states cutting Qatar ties, Iran blames Trump". CNBC. Reuters with AP. 5 Jun 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ Chaudhry, Fahad (8 Jun 2017). "Middle East diplomatic crisis: lawmakers pass resolution in NA urging restraint". DAWN.COM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2017.
- ^ "Russia Hopes Anti-Terror Efforts Unaffected by Qatar Diplomatic Row". Sputnik News. 5 Jun 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ "Somalia: Govt Breaks Silence Over the Qatar Crisis". allAfrica. 7 Jun 2017.
- ^ "Tunisia follows with concern diplomatic crisis in Gulf countries". Xinhua Net.
- ^ "Turkey calls for dialogue over Qatar rift with Arab states". Reuters. 5 Jun 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ "German Foreign Minister Voices Support for Qatar, Bashes Trump". Handelsblatt.
- ^ "German foreign minister accuses US of stirring up Middle East conflict". DW.
- ^ "Arab nations cut ties with Qatar over 'terror links', MEA worried about 6.5 lakh Indians living there". The Times of India. Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ "Arab nations cutting ties with Qatar GCC's internal matter, says Sushma Swaraj". Hindustan times. 5 Jun 2017. Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ Carey, Glen; Fattah, Zainab (5 Jun 2017). "Flights Grounded as Gulf Split on Iran Leaves Qatar Isolated". Bloomberg.com. Dicapai pada 5 Jun 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Suspension of flights between Dubai and Doha with effect from 6 June 2017". Emirates. 5 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2017. Dicapai pada 10 Jun 2017.
- ^ Nagraj, Aarti (5 Jun 2017). "Emirates, Etihad, Flydubai, Gulf Air and Air Arabia to suspend Qatar flights". Gulf Business. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ "EgyptAir Suspends Flights to Qatar Until Special Notice". Sputniknews.com (dalam bahasa Inggeris). 5 Jun 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ a b "Qatar diplomatic crisis: How it affects air travel". Al Jazeera. 5 Jun 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ "Flight Ban for Qatar Flights in UAE, Saudi Arabia, Bahrain, and Egypt". Flightradar24. 5 Jun 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ "Travel Alerts | Qatar Airways". Qatar Airways. 5 Jun 2017. Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ "Qatar row: Over 200 Pakistani pilgrims stuck at Doha airport - Pakistan - Dunya News". dunyanews.tv. Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ Siddiqui, Naveed (6 Jun 2017). "550 Pakistani pilgrims stranded in Qatar flown to Muscat". DAWN.COM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ "Private Jet Card Comparisons - Know Before You Buy Qatar's Diplomatic Crisis Is Impacting Private Jets Too". privatejetcardcomparisons.com. 6 Jun 2017. Dicapai pada 7 Jun 2017.
- ^ Taylor, Adam. "Analysis | Qatar could face a food crisis in spat with Arab neighbors". Washington Post. Dicapai pada 7 Jun 2017.
- ^ "The Latest: Food Trucks Lining Up At Saudi Border With Qatar". Bloomberg.com. 5 Jun 2017. Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ "Arab powers sever Qatar ties, citing support for militants". Reuters. 6 Jun 2017. Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaauto3
- ^ Youssef, Neveen (25 Mei 2017). "Qatar hacking row fuels Gulf tensions". BBC News. Dicapai pada 7 Jun 2017.
- ^ Ponniah, Kevin (7 Jun 2017). "Qatar crisis: Can Al Jazeera survive?" – melalui www.bbc.com.
- ^ "UAE says to jail Qatar sympathizers for up to 15 years".
- ^ Wam. "Qatar sympathisers in Bahrain to face fine, jail". www.khaleejtimes.com. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ "IMF says too soon to judge impact from Qatar, Gulf diplomatic dispute". Reuters. 8 Jun 2017. Dicapai pada 8 Jun 2017.
- ^ "Standard and Poor's downgrades Qatar debt rating". Financial Review (dalam bahasa Inggeris). 8 Jun 2017. Dicapai pada 8 Jun 2017.
- ^ "Qatari stocks plunge 7% after Arab states cut ties". CNN (dalam bahasa Inggeris). 5 Jun 2017. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ "Qatar Faces Fallout from Diplomatic Struggles". Daily Forex (dalam bahasa Inggeris). 7 Jun 2017. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ "Emirates Post Group halts services to Qatar" (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "The U.A.E. Needs Qatar's Gas to Keep Dubai's Lights On". Bloomberg.com. 7 Jun 2017. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ Alkhalisi, Zahraa (7 Jun 2017). "Qatar keeps gas flowing to UAE despite blockade". CNNMoney. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ Domm, Patti (8 Jun 2017). "Qatar fight finally spills into global energy market". Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ Vaughan, Adam (8 Jun 2017). "Qatar crisis highlights rising UK energy reliance on imports". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 9 Jun 2017.