Kerabat Komnenos (jamak: Komnenoi; Yunani: Κομνηνός, jamak Κομνηνοί, [komniˈni]), yang dilatinkan sebagai Comnenus (jamak Comneni), merupakan sebuah keluarga bangsawan Yunani Byzantium yang memerintah Empayar Byzantium pada abad ke-11 dan ke-12. Ahli pertama yang memerintah, Isaac I Komnenos, memerintah dari 1057 hingga 1059. Kerabat ini kembali berkuasa di bawah Alexios I Komnenos pada tahun 1081 yang mengukuhkan pemerintahan mereka selama 104 tahun seterusnya sehingga ia berakhir dengan Andronikos I Komnenos pada tahun 1185. Pada abad ke-13, mereka menubuhkan dan memerintah Empayar Trebizond, sebuah kerajaan sisa Byzantium dari 1204 hingga 1461.[1] Pada masa itu, mereka sering digelarkan Komnenoi Agung (Μεγαλοκομνηνοί, Megalokomnenoi), gelaran yang digunakan secara rasmi oleh George Komnenos dan pewaris-pewarisnya. Melalui perkahwinan dengan keluarga bangsawan lain, terutamanya Doukas, Angelos, dan Palaiologos, nama Komnenos muncul di kalangan kebanyakan kerabat bangsawan besar pada penghujung hayat dunia Byzantium.

Komnenos
Κομνηνός

Dinasti Komnenos
NegaraEmpayar Byzantium
Empayar Trebizond
Gelaran
* melalui perkahwinan
Diasaskanabad ke-10
1057 (sebagai keluarga diraja)
PengasasManuel Erotikos Komnenos
(pertama diketahui; mungkin pengasas)
Isaac I Komnenos
(maharaja pertama)
Pembubaran1719[perlu rujukan]
Deposition1185 (Empayar Byzantium)
1461 (Empayar Trebizond)

Asal usul

sunting

Ahli sejarah Byzantium abad ke-11, Michael Psellos, melaporkan bahawa kerabat Komnenos berasal dari kampung Komne di Thrake—biasanya dikenali dengan "Ladang Komnene" (Κομνηνῆς λειμῶνας) yang disebut oleh John Kantakouzenos pada abad ke-14—pendapat ini diterima oleh kebanyakan sarjana moden.[2][3] Ahli keluarga yang pertama diketahui, Manuel Erotikos Komnenos, memperoleh estet yang luas di Kastamon, Paphlagonia, yang menjadi kubu kuat keluarga itu pada abad ke-11.[2][4] Keluarga ini dengan cepat menjadi aristokrasi ketenteraan (dynatoi) yang berpengaruh dan berprestij di Asia Kecil, sehingga walaupun berasal dari Thrake, mereka dianggap orang "timur".[5] Selain mendapatkan keabsahan sebagai pemerintah melalui hubungan kekeluargaan dengan kerabat Doukai (khususnya Maharaja Constantine X dan Michael VII), mereka juga mempunyai tradisi yang mengaitkan darah mereka dengan Claudius Gothicus, kononnya datuk kepada Constantinus Agung. Banyak monumen klasik yang didedikasikan kepada Claudius berada di sekitar istana Kastra Komnenon, yang menurut ahli sejarah Maximilian C. G. Lau mungkin telah meningkatkan daya tarikannya di mata kerabat Komnenos.[2][3]

Ahli sarjana Perancis abad ke-17, du Cange, mencadangkan bahawa keluarga ini berasal daripada keluarga bangsawan Rom yang mengikut Constantinus Agung ke Konstantinopel, daripada sepupunya, tetapi walaupun silsilah mitos seperti itu biasa—dan sudah terbukti bagi kerabat Doukas—ketiadaan apa-apa dakwaan sedemikian dalam sumber-sumber Byzantium menyangkal pandangan du Cange.[6] Ahli sejarah Romania, George Murnu, mencadangkan pada tahun 1924 bahawa Komnenos mempunyai darah kaum Aromania, tetapi pandangan ini juga kini ditolak.[6] Sarjana moden menganggap keluarga ini berasal sepenuhnya dari Yunani.[6][7]

Manuel Erotikos Komnenos ialah bapa kepada Isaac I Komnenos (r. 1057–1059),[8] dan datuk, melalui adik lelaki Isaac, John Komnenos, kepada Alexios I Komnenos (r. 1081–1118).[9]

Penubuhan dinasti

sunting

Isaac I Komnenos, seorang stratopedark atau panglima agung Timur di bawah pemerintahan Michael VI, mengasaskan dinasti Komnenos dalam kalangan maharaja-maharaja Byzantium. Pada tahun 1057, Isaac mengetuai kudeta terhadap Michael dan dilantik sebagai maharaja. Walaupun pemerintahannya hanya kekal hingga tahun 1059, ketika para pegawai istana memaksanya untuk turun takhta dan menjadi rahib, Isaac telah memulakan banyak pembaharuan yang berguna. Dinasti ini bertakhta dengan pelantikan Alexios I Komnenos, anak saudara Isaac I, pada tahun 1081. Pada waktu itu, keturunan semua dinasti terdahulu Byzantium seperti kerabat Scleros dan Argyros nampaknya telah lenyap dari alam Byzantium. Keturunan maharaja-maharaja terdahulu itu tinggal di luar negara setelah berkahwin dengan keluarga diraja Georgia, Rusia, Perancis, Parsi, Itali, Jerman, Poland, Bulgaria, Hungary, dan Serbia, yang memudahkan keluarga Komnenos naik ke takhta.

Setelah naik ke takhta, kerabat Komnenos berkahwin dengan dinasti Doukas: Alexios I berkahwin dengan Irene Doukaina, cucu saudara Constantinus X Doukas, yang menggantikan Isaac I pada tahun 1059. Selepas itu, keluarga gabungan ini sering dipanggil Komnenodoukai (Κομνηνοδούκαι) dan beberapa individu menggunakan kedua-dua nama keluarga tersebut bersama-sama.[10] Beberapa keluarga lain adalah keturunan daripada suku yang lebih luas ini, seperti Palaiologos, Angelos, Vatatzes dan Laskaris. Anak perempuan bongsu Alexios dan Irene, Theodora, memastikan kejayaan masa depan keluarga Angelos dengan berkahwin ke dalamnya: cucu-cucu Theodora menjadi maharaja Isaac II Angelos (memerintah 1185–1195 dan 1203–1204) dan Alexios III Angelos (memerintah 1195–1203).

Komnenos sebagai Maharaja

sunting
 
Alexios I Komnenos.

Di bawah pemerintahan Alexios I dan pewaris-pewarisnya, Empayar Byzantium agak makmur dan stabil. Alexios memindahkan istana diraja ke bahagian Blachernae di Konstantinopel. Sebahagian besar Anatolia ditawan balik daripada Saljuk Turki, yang telah menakluki kawasan tersebut sebelum pemerintahan Alexios. Alexios juga menyaksikan Perang Salib Pertama melintasi wilayah Byzantium, yang menyebabkan penubuhan negeri-negeri Salibi di timur Eropah. Dinasti Komnenos banyak terlibat dalam urusan Salibi, dan juga berkahwin dengan keluarga-keluarga pemerintah negeri Antioka dan Kerajaan Baitulmuqaddis: Theodora Komnene, anak saudara Manuel I Komnenos, berkahwin dengan Baldwin III dari Baitulmuqaddis, dan Maria, cucu saudara Manuel, berkahwin dengan Amalric I dari Baitulmuqaddis.

Menariknya, Alexios memerintah selama 37 tahun, dan anaknya John II memerintah selama 25 tahun, setelah berjaya menggagalkan konspirasi terhadapnya oleh kakaknya, Anna Komnene, seorang penulis sejarah. Anak John, Manuel, memerintah selama 37 tahun lagi.

Dinasti Komnenos melahirkan beberapa cabang salasilah. Memandangkan peralihan kuasa tidak mengikut urutan yang tetap tetapi bergantung pada kuasa peribadi dan kehendak pendahulunya, dalam beberapa generasi terdapat beberapa saudara-mara yang menuntut takhta. Selepas pemerintahan Manuel I, dinasti Komnenos terlibat dalam konspirasi dan komplot seperti banyak dinasti sebelumnya (dan ramai ahli keluarga yang menuntut takhta sering berjaya menggulingkan saudara terdekat mereka); Alexios II, Komnenos pertama yang naik semasa bawah umur, memerintah selama tiga tahun dan penggulingnya serta penggantinya, Andronikos I, memerintah selama dua tahun sebelum digulingkan oleh kerabat Angelos di bawah Isaac II, yang dijatuhkan dan dibutakan oleh saudaranya sendiri, Alexios III. Kerabat Angelos digulingkan semasa Perang Salib Keempat pada tahun 1204, oleh Alexios V Doukas, seorang saudara dari kerabat Doukas.

Keluarga kemudian

sunting

Beberapa minggu sebelum penaklukan Konstantinopel oleh tentera Salib pada tahun 1204, satu cabang kerabat Komnenos melarikan diri balik ke tanah air mereka di Paphlagonia, di sepanjang Laut Hitam Timur dan kawasan sekitarnya di Pergunungan Pontik, di mana mereka menubuhkan Empayar Trebizond. "Maharaja" pertama mereka, yang bernama Alexios I, ialah cucu Maharaja Andronikos I.[4] Maharaja-maharaja ini, yang dikenali sebagai Komnenoi Agung (Megaloi Komnenoi atau Megalokomnenoi dalam bahasa Yunani), memerintah di Trebizond lebih dari 250 tahun, sehingga 1461, ketika David Komnenos dikalahkan dan dihukum bunuh oleh sultan Uthmaniyah, Muhammad al-Fatih.[5] Muhammad al-Fatih sendiri mendakwa keturunan daripada keluarga Komnenos melalui John Tzelepes Komnenos. Cabang dinasti Komnenos dari Trebizond juga mendakwa nama Axouchos sebagai keturunan John Axouch, seorang bangsawan dan menteri Byzantium kepada Dinasti Komnenos Byzantium. Seorang puteri dari cabang Trebizond dikatakan telah menjadi ibu kepada putera Şehzade Yahya (lahir 1585),[perlu rujukan] yang dikatakan menjadi Kristian tetapi menghabiskan sebahagian besar hidupnya berusaha untuk mendapatkan takhta Uthmaniyah.

Cabang lain dari keluarga ini, keturunan Constantinus Angelos, menubuhkan negeri despot Epirus pada tahun 1204, di bawah Michael I Komnenos Doukas, cicit Maharaja Alexios I. Cabang ini mengambil nama keluarga Komnenos Doukas dan dikenali sedemikian dalam kajian moden. Helena Doukaina Komnene, seorang anak dari cabang keluarga ini, berkahwin dengan Guy I de la Roche, menyatukan keluarga Komnenos dan de la Roche, yang mana ahli keluarga Komnenos akhirnya menjadi Duke-Duke Athens.

Seorang ahli keluarga yang berpaling tadah, yang juga bernama Isaac Komnenos, menubuhkan "empayar" tersendiri di Cyprus pada tahun 1184, yang bertahan hingga 1191, apabila pulau tersebut diambil daripadanya oleh Richard I dari England semasa Perang Salib Ketiga. Anak perempuannya, yang dipanggil Perawan Cyprus, berkahwin dengan Thierry dari Flanders semasa Perang Salib Keempat dan cuba menuntut pulau tersebut.

Apabila Empayar Byzantium dipulihkan pada tahun 1261 di Konstantinopel, ia diperintah oleh sebuah keluarga yang berkait rapat dengan kerabat Komnenos, iaitu kerabat Palaiologos. Kerabat Palaiologos memerintah sehingga kejatuhan Konstantinopel kepada Turki Uthmaniyah pada tahun 1453.

Keturunan terakhir dari dinasti ini sering dianggap John Komnenos Molyvdos,[11] seorang cendekiawan dan doktor Yunani Uthmaniyah yang dihormati, yang menjadi uskup metropolitan Side dan Dristra, dan meninggal dunia pada tahun 1719.

Pada tahun 1782, bangsawan Yunani Corsica, Demetrio Stefanopoli, memperoleh surat-surat paten daripada Louis XVI dari Perancis yang mengiktirafnya sebagai keturunan dan pewaris Maharaja Trebizond.[12]

Keturunan Komnenos di Eropah Barat

sunting

Irene Angelina, anak perempuan Isaac II Angelos dan keturunan Alexios I Komnenos, berkahwin dengan Philip dari Swabia (1177–1208), Raja Jerman. Daripada perkahwinan ini, banyak kerabat diraja dan bangsawan di Eropah Barat dapat menjejaki garis keturunan mereka.

Salasilah Kerabat Wangsa Komnenos

sunting
Constantinus X Doukas
maharaja Byzantium (1059–1067)
Sofia Doukaina
WANGSA DOUKAS
Manuel Erotikos Komnenos
panglima
WANGSA KOMNENOS
Isaac I
maharaja Byzantium (1057–1059)
Catherine dari Bulgaria
John
domestikos ton scholon
Anna Dalassene Charontos
Manuel
kouropalates
Maria
Michael Taronites
panhypersebastos
Isaac protoproedros
domestikos ton scholon Timur
∞ Irene dari Alania
Eudokia
Nikephoros Melissenos
panglima
Theodora
Constantinus Diogenes
kouropalates
Alexios I
maharaja Byzantium
(1081–1118)
Irene Doukaina
Adrianos protosebastos
domestikos ton scholon Barat
∞ Zoe Doukaina
(anak Constantinus X Doukas)
Nikephoros sebastos
armada droungarios
John
doux Dyrrhachium
∞ Maria Doukaina
(anak Michael)
Anna Komnene
sejarawan
Nikephoros Bryennios Muda
panglima, sejarawan
Maria
Nikephoros Katakalon
panhypersebastos
John II
maharaja Byzantium
(1118–1143)
Irene dari Hungary
Andronikos
sebastokrator
Isaac
sebastokrator
Theodora
∞ 2.Constantine Angelos
Eudokia
∞ Constantine Iasites
Alexios
maharaja bersama
∞ 1.Dobrodeia dari Kiev
2.Kata dari Georgia
Maria
John Rogerios Dalassenos
kaisar
Andronikos
sebastokrator
Anna
Stephen Kontostephanos
megas doux (laksamana)
Isaac
sebastokrator
∞ 1.Theodora
2.Irene Diplosynadene
Theodora
Manuel Anemas
panglima
Eudokia
Theodore Vatatzes
panglima
Manuel I
maharaja Byzantium
(1143–1180)
∞ 1.Bertha dari Sulzbach
2.Maria dari Antioch
John Tzelepes
∞ 1.(anak Leo I, Putera Armenia)
2.(anak Mesud I sultan Ikonium)
Andronikos I
maharaja Byzantium
(1183–1185)
∞ 2.Agnes
(anak Louis VII dari Perancis)
Andronikos
panglima

WANGSA ANGELOS
Maria
Alexios Axouch
sebastos, protostrator,
doux Cilicia
Maria
∞ 1.John Dasiotes
2.John Kantakouzenos
sebastos
John
dukas Cyprus
∞ Maria Taronitissa
Theodora
Henry II, Duke Austria
Eudokia
∞ 2.John Gabras
Alexios
protosebastos
∞ Maria Doukaina
(1) Irene
∞ Doukas Kamateros
(1) Maria
Stephen IV dari Hungary
(2) Theodora
Baldwin III dari Baitulmuqaddis
(2) Eudokia
William VIII dari Montpellier
(1) Maria
Renier Montferrat
kaisar
(2) Alexios II Komnenos
maharaja Byzantium
(1180–1183)
Agnes dari Perancis
(1) Manuel
Rusudan dari Georgia
(1) John
maharaja bersama
(tak sah taraf) Alexios
John Komnenos Axouch Gemuk
perampas kuasa
Maria
∞ 1.Amalric dari Baitulmuqaddis
2.Balian dari Ibelin
Theodora
Bohemond III dari Antioka
Isaac Komnenos Kamateros
perampas kuasa pemerintahan Cyprus
Maria dari Montpellier
∞ 3.Peter II dari Aragon
Alexios I
maharaja Trebizond
CABANG KOMNENOI AGUNG
(Empayar Trebizond)
∞ (?)Theodora Axouchina
David
penguasa Herakleia & Paphlagonia
maharaja bersama

Rujukan

sunting

Petikan

sunting
  1. ^ Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Comnenus" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 6 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 793.
  2. ^ a b c ODB, "Komnenos" (A. Kazhdan), hlm. 1143–1144.
  3. ^ a b Varzos 1984a, m/s. 25.
  4. ^ a b Varzos 1984a, m/s. 25–26.
  5. ^ a b Varzos 1984a, m/s. 26 (note 8).
  6. ^ a b c Varzos 1984a, m/s. 26.
  7. ^ Koytcheva 2007, m/s. 115–122.
  8. ^ Varzos 1984a, m/s. 39, 41.
  9. ^ Varzos 1984a, m/s. 39, 49, 52.
  10. ^ Varzos 1984a, m/s. 27.
  11. ^ Varzos 1984a, m/s. 32.
  12. ^ Rousseau, Hervé (1966). "La duchesse d'Abrantès, Napoléon et les Comnène". Revue des Deux Mondes: 44–52. JSTOR 44592112.

Sumber

sunting