Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh ialah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau merupakan mantan ADUN Malim Nawar selama sepenggal (2008-2013).

Keshvinder Singh
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Malim Nawar
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2013
Didahului oleh Lee Chee Leong
Digantikan oleh Leong Cheok Keng
Majoriti1, 362 (PRU-12)
Butiran peribadi
Lahir1972 (52 tahun)
Parti politik Parti Tindakan Demokratik (-2010)
BEBAS (2010)
(2010-2018)
PekerjaanAhli politik

Laporan rasuah

sunting

Pada 25 Februari 2010, Keshvinder membuat laporan rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat. Katanya , agen Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Keluar DAP

sunting

Beliau kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat. Kini beliau tertarik dengan kepimpinanMenteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebelum ini Adun DAP dari Jelapang, Datuk Hee Yit Foong melompat parti ke Bebas.Sidang akhbar diadakan di Hotel Holiday Villa, di Subang. Surat perletakan jawatan diserahkan kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng. Mereka yang menuduhnya rasuah boleh memeriksa buku akaun banknya.

Kini bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.[1]


Ekoran itu, DAP Perak mengutip tandatangan dari rumah ke rumah di Malim Nawar "untuk menuntut peletakan jawatan segera" ADUN Keshvinder [2].Timbalan pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran menyatakan pengundi yang memilihnya atas tiket DAP dan merekalah yang harus memutuskan masa depan politiknya.

Rujukan

sunting