Kerabat Plantagenet
Kerabat Plantagenet (sebutan AFA: /plænˈtædʒənət/; Jawi: ڤلانتاجنت ) ialah keluarga keturunan raja-raja yang memerintah England dari tahun 1154 hingga 1399, dari pemerintahan Henry II sehingga Kerabat Tudor naik kuasa selepas Richard III tewas dalam Pertempuran Padang Bosworth pada tahun 1485. Ramai ahli sejarah menggelarkan raja-raja ini sebagai Angevin yang bermaksud "dari Anjou".[1]
Kerabat Plantagenet | |
---|---|
Kerabat induk | Kerabat Ingelger |
Negara |
|
Diasaskan | abad ke-12 |
Pengasas | Geoffrey V dari Anjou |
Pemerintah terakhir | Richard III dari England |
Gelaran |
|
Pembubaran |
|
Penurunan takhta | 1485 |
Cabang kadet | Kerabat Lancaster Kerabat York Kerabat Beaufort (legitimised) |
Segala bermula dengan count-count Angevin dari wilayah barat Perancis bernama Anjou. Terdapat tiga kerabat yang berbeza di rantau ini: Angevin, Kerabat Lancaster, dan Kerabat York. Puak Lancaster dan York berperang melawan satu sama lain dalam Perang Ros untuk menuntut mahkota untuk dinasti mereka sendiri.
England telah berubah di bawah pemerintahan Plantagenet, walaupun hanya separuh sengaja. Raja-raja Plantagenet sering dipaksa mencapai kompromi seperti Magna Carta, yang membataskan kuasa raja untuk mendapat sokongan kewangan dan tentera. Raja bukan lagi satu-satunya orang paling berkuasa dalam negeri—memegang kuasa membuat keputusan, ufti feudal dan berperang, tetapi mempunyai tugas-tugas yang ditakrifkan kepada negeri, disokong oleh sistem keadilan yang lebih mendalam. Identiti kebangsaan yang berbeza dibentuk oleh konflik mereka dengan Perancis, Scotland, Wales dan Ireland, serta dengan pengasasan bahasa Inggeris Pertengahan sebagai bahasa utama.
Pada abad ke-15, Plantagenet dikalahkan dalam Perang Seratus Tahun dan dihantui dengan masalah sosial, politik dan ekonomi. Pemberontakan rakyat marhaen, dipicu oleh penafian pelbagai macam kebebasan, menjadi kebiasaan. Bangsawan Inggeris membesarkan tentera persendirian, terlibat dalam pergaduhan peribadi, dan secara terang-tetap menentang Henry VI.
Persaingan antara kedua-dua cabang Kerabat Plantagenet, York dan Lancaster, membawa kepada Peperangan Mawar, pergelutan berdekad-dekad untuk merebut takhta England. Ia mencapai kemuncaknya dalam Pertempuran Padang Bosworth pada tahun 1485, apabila pemerintahan Plantagenet dan Inggeris Abad Pertengahan berakhir dengan kemangkatan Richard III. Henry VII, seorang Lancaster, menjadi raja England; lima bulan kemudian baginda mengahwini Elizabeth dari York, menamatkan Peperangan Mawar dan mengangkat Kerabat Tudor. Kerabat Tudor berusaha untuk menguatkuasakan kuasa diraja England, yang membolehkan mereka mengelak sebahagian masalah yang melanda raja-raja Plantagenet yang lepas. Kestabilan yang datang memulakan Nahdah Inggeris dan penubuhan awal Britain moden. Setiap raja England, dan kemudiannya United Kingdom, dari Henry VII hingga kini adalah keturunan Plantagenet.
Istilah
suntingPlantagenet
suntingPada abad ke-15, hampir di hujung dinasti, Richard dari York, Duke ke-3 York, mengambil Plantagenet sebagai nama keluarga beliau. Plantegenest (atau Plante Genest) ialah nama panggilan abad ke-12 bagi moyangnya, Geoffrey, Count dari Anjou dan Duke dari Normandy. Salah satu teori yang popular mengatakan bahawa bunga pokok broom (Cytisus scoparius) yang berbunga kuning emas dipanggil genista dalam Latin pertengahan, ialah sumber nama panggilan itu.[2]
Tidak pasti mengapa Richard dari York memilih nama spesifik ini, namun semasa Perang Mawar (1455–1487) ia menekankan status Richard sebagai keturunan Geoffrey dari sebelah bapa. Penggunaan semula nama untuk semua keturunan lelaki Geoffrey cukup popular semasa dinasti Tudor seterusnya, mungkin digalakkan oleh legitimasi yang diberikannya kepada cicit Richard, Henry VIII.[3] Baru pada akhir abad ke-17 sahaja ia menyebar ke dalam penggunaan yang biasa di kalangan sejarawan.[4]
Angevin
Angevin dalam Perancis bermaksud "dari Anjou". Tiga raja Angevin ialah anak lelaki Geoffrey dari Anjou dari abad ke-12, Henry II, dan cucu-cucunya Richard I dan John. Kerabat bangsawan biasanya dinamakan mengikut wilayah atau tempat kelahiran, cth., Kerabat Normandy, Kerabat Wessex. "Angevin" juga boleh merujuk kepada zaman sejarah ketika mereka memerintah. Ramai ahli sejarah memahamkan Angevin sebagai kerabat diraja Inggeris yang tersendiri. "Angevin" juga digunakan untuk merujuk mana-mana raja atau kerajaan yang berasal dari Anjou. Sebagai kata nama, ia merujuk kepada mana-mana orang dari Anjou atau pemerintah Angevin, dan khususnya kepada count-count dan duke-duke Anjou yang lain, termasuk nenek moyang tiga raja yang membentuk kerabat diraja Inggeris ini; sepupu-sepupu mereka, yang memegang mahkota Baitulmuqaddis; dan kepada anggota kerabat Perancis yang tidak ada pertalian yang kemudiannya dikurniakan gelaran dan membentuk dinasti-dinasti yang berbeza, seperti Kerabat Capet Anjou dan Kerabat Valois Anjou.[5] Akibatnya, terdapat perselisihan pendapat antara mereka yang menganggap anak lelaki John, Henry III, sebagai raja Plantagenet pertama, dan mereka yang tidak membezakan antara Angevin dan Plantagenet dan oleh itu menganggap Henry II sebagai Plantagenet yang pertama.[6]
Frasa nama "Empayar Angevin" dicipta oleh sejarawan British Kate Norgate pada tahun 1887. Tiada nama kolektif yang diketahui pada masa itu untuk semua wilayah yang diperintah oleh Raja-Raja Angevin England. Ini menimbulkan bahasa berbelit-belit seperti "kerajaan kami dan segala-galanya yang tertakluk kepada pemerintahan kami apa-apa sahaja ia itu" atau "seluruh kerajaan yang pernah menjadi milik bapanya". Kata nama "Empayar" dalam "Empayar Angevin" adalah berkontroversi, terutamanya kerana wilayah-wilayah ini tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang atau sistem tadbir urus yang bersatu, dan setiap wilayah mengikut undang-undang, tradisi dan hubungan feudalnya sendiri. Pada tahun 1986, konvensyen sejarawan menyimpulkan bahawa tidak pernah ada negeri Angevin, maka tidak wujudnya "Empayar Angevin". Sebaliknya, istilah espace Plantagenet (Perancis untuk "kawasan Plantagenet") boleh diterima.[7] Namun begitu, ahli sejarah tetap terus menggunakan "Empayar Angevin".[8]
Rujukan
sunting- ^ "Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". prpmv1.dbp.gov.my. Dicapai pada 2024-12-29.
- ^ Plant 2007
- ^ Wagner 2001, halaman 206
- ^ Keefe 2008
- ^ "Angevin". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
- ^ Blockmans & Hoppenbrouwers 2014, halaman 173; Gillingham 2007, halaman 15–23; Power 2007, halaman 85–86; Warren 1991, halaman 228–229
- ^ Gillingham 2001, halaman 2–5
- ^ For instance, Crouch, David (1990). William Marshal: Court, Career, and Chivalry in the Angevin Empire, 1147–1219. Longman. ISBN 978-0-582-03786-1. and Turner & Heiser 2014
Bibliografi
sunting- Blockmans, W., & Hoppenbrouwers, P. (2017). Introduction to medieval Europe 300–1500. Routledge.
- Gillingham, J. (2001). The Angevin Empire. Bloomsbury Academic.
- Keefe, T. (2008, January 03). Henry II (1133–1189), king of England, duke of Normandy and of Aquitaine, and count of Anjou. Oxford Dictionary of National Biography. Retrieved 31 Dec. 2024, from https://www.oxforddnb.com/view/10.1093/ref:odnb/9780198614128.001.0001/odnb-9780198614128-e-12949.
- Plant, J. S. (2007). The tardy adoption of the Plantagenet surname. Nomina, 30, 57-84.
- Wagner, J. A. (2001). Encyclopedia of the Wars of the Roses. Bloomsbury Publishing USA.
Bacaan lanjut
sunting- Jones, Dan (10 May 2012). The Plantagenets: The Kings Who Made England (dalam bahasa Inggeris). HarperCollins Publishers. ISBN 978-0-00-745749-6.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kerabat Plantagenet. |
— Kerabat diraja — Kerabat Plantagenet Kejatuhan: 1485
| ||
Didahului oleh Kerabat Blois |
Kerabat pemerintah England 1154–1485 |
Diikuti oleh: Kerabat Tudor |
Didahului oleh Kerabat Penthièvre |
Kerabat pemerintah Brittany 1181–1203 |
Diikuti oleh: Kerabat Thouars |
Didahului oleh Kerabat Ingelger |
Kerabat pemerintah Anjou hingga 1203 |
Diikuti oleh: Kerabat Anjou (Capet) |