Raja England John (24 Disember 1166 – 19 Oktober 1216) memerintah dari 6 April 1199 hingga kemangkatannya. Baginda naik takhta sebagai adik kepada Raja Richard I. Baginda hilang Duci Normandy dan kebanyakan tanah di Perancis kepada Raja Philip II dari Perancis, menyebabkan kejatuhan Empayar Angevin dan menambahkan kuasa dinasti Capet Perancis pada abad ke-13. John merupakan anak bongsu daripada lima anak lelaki Raja Henry II dari England dan Eleanor, Duchess Aquitaine. Baginda adalah anak mereka yang kedua menaiki takhta. Selain itu, selepas pemberontakan baron baginda juga terkenal sebagai orang yang mematerai Magna Carta, satu dokumen yang mengehadkan kuasa raja di England yang dikatakan langkah pertama ke arah evolusi demokrasi moden serta perlembagaan United Kingdom.

John
Lukisan patung Raja John di Katedral Worcester
Patung makam, Gereja Worcester
Raja England (more ...)
Pemerintahan27 Mei 1199 – 19 Oktober 1216
Kemahkotaan27 Mei 1199
Didahului olehRichard I
Diikuti olehHenry III
Keputeraan24 Disember 1166
Istana Beaumont, Oxford, England
Kemangkatan19 Oktober 1216 (umur 49)
Istana Newark, Nottinghamshire, England
PemakamanKatedral Worcester, England
Pasangan
Anakanda
Butiran
Tidak sah :
KerabatPlantagenet/Angevin[nb 1]
AyahandaHenry II dari England
BondaEleanor, Duchess of Aquitaine

Semasa hidupnya, John mendapat dua nama julukan. Satu "Tak Bertanah" (bahasa Inggeris: Lackland; Perancis: Jean sans Terre)[1] kerana baginda merupakan anak bongsu dan tidak mewarisi tanah keluarga.[2] Satu lagi nama julukan ialah "Pedang lembut" (bahasa Inggeris: Soft-sword) kerana baginda dikatakan tidak cekap dalam ketenteraan. Baginda menjadi anak kesayangan Henry berikutan kegagalan pemberontakan pada tahun 1173–1174 oleh saudara-saudara baginda, Henry Si Raja Muda, Richard I dan Geoffrey II, terhadap Raja. John dijadikan Lord Ireland pada 1177 dan dikurniakan tanah di England dan di tanah besar Eropah. Baginda cuba namun gagal memberontak terhadap pentadbir-pentadbir diraja saudaranya, Raja Richard I, sementara Richard terlibat dalam Perang Salib Ketiga. Akan tetapi baginda ditabalkan selepas Richard mangkat pada 1199. Baginda turut membuat perjanjian dengan Philip II dari Perancis untuk mengakui tanah-tanah Angevin John di tanah besar dalam perjanjian damai Le Goulet pada tahun 1200.

Apabila perang tercetus semula dengan Perancis pada 1202, John mencapai kemenangan pada awalnya tetapi kekurangan sumber tentera dan layanan baginda terhadap bangsawan-bangsawan Norman, Breton dan Anjou menyebabkan kejatuhan empayar baginda di utara Perancis pada 1204. Baginda menghabiskan sedekad untuk cuba mendapatkan semula jajahan-jajahan ini, mengumpulkan dana, membentuk semula tentera dan menjalinkan perikatan di tanah besar. Reformasi perundangan baginda masih lagi berkesan terhadap sistem undang-undang Inggeris, sambil menjanakan sumber pendapatan tambahan. Pertikaiannya dengan Paus Innocentius III berkaitan dengan pelantikan Ketua Biskop Canterbury Stephen Langton membawa kepada Perintah Larangan Paus 1208 serta pengucilan John tahun selepas itu, yang baginda selesaikan pada tahun 1213. Usaha John mengalahkan Philip pada 1214 gagal kerana kekalahan sekutu-sekutu John dalam Pertemburan Bouvines. Apabila baginda pulang ke England, baron-baron memberontak atas polisi-polisi fiskal dan layanan John dengan pembesar-pembesar paling berkuasa England. Magna Carta pun dibuat sebagai perdamaian antara John dan para baron, dan dipersetujui pada tahun 1215. Namun, kedua-dua pihak tidak menepati syarat-syarat dan perang saudara berlaku tidak lama kemudian, dengan pihak baron dibantu oleh Putera Louis dari Perancis. Perang ini akhirnya seri. John mangkat akibat disenteri semasa berkempen di timur England pada akhir-akhir tahun 1216; penyokong-penyokong putera baginda Henry III akhirnya menewaskan Louis dan baron-baron tahun berikutnya.

Penulis sejarah kontemporari kebanyakannya mengkritik kebolehan John sebagai raja, dan pemerintahannya telah banyak diperdebatkan dan disemak oleh ahli sejarah sejak abad ke-16. Ahli sejarah Jim Bradbury telah merumuskan pendapat sejarah kini tentang kualiti-kualiti positif John, bahawa John hari ini biasanya dianggap sebagai "pentadbir yang bekerja keras, seorang yang berkebolehan, seorang jeneral yang berkebolehan".[3] Biarpun begitu, sejarawan moden bersetuju bahawa beliau juga ada banyak kekurangan sebagai raja, misalnya yang ahli sejarah Ralph Turner melabelkan sebagai "sifat keperibadian yang tidak menyenangkan, malah berbahaya", seperti sikap remeh, dengki, dan kejam.[4] Kualiti-kualiti negatif ini menjadi bahan untuk penulis fiksyen pada era Victoria, dan John adalah watak yang kerap muncul dalam budaya popular Barat, terutamanya sebagai penjahat dalam cerita rakyat Robin Hood.

Catatan

sunting
  1. ^ Ahli sejarah tidak sepakat menggunakan label "Plantagenet" dan "Angevin" untuk Henry II dan putera-putera baginda. Ada yang mengelaskan Henry II sebagai raja Plantagenet pertama England; yang lain mengelaskan Henry, Richard dan John sebagai dinasti Angevin, dan menganggap Henry III pemerintah Plantagenet yang pertama.

Rujukan

sunting
  1. ^ "- Jean sans Terre". www.rct.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 January 2023.
  2. ^ Norgate (1902), pp. 1–2.
  3. ^ Bradbury (2007), p. 353.
  4. ^ Turner, p. 23.

Bibliografi

sunting
  • —— (2007). Philip Augustus and King John: Personality and History. in Church 2007
    —— (1902). John Lackland. London: Macmillan. OCLC 1374257.
  • Turner, Ralph V. (2009). King John: England's Evil King?. Stroud, UK: History Press. ISBN 978-0-7524-4850-3.
                              Raja England
something Alfred • Edward si Lebih Tua • Ælfweard • Athelstan • Edmund I • Edred • Edwy • Edgar I • Edward si Korban • Ethelred • Sweyn I* • Edmund II • Canute* • Harthacanute* • Harold I • Edward si Pengaku • Harold II • Edgar II • William I • William II • Henry I • Stephen • Matilda • Henry II • Richard I • John • Henry III • Edward I • Edward II • Edward III • Richard II • Henry IV • Henry V • Henry VI • Edward IV • Edward V • Richard III • Henry VII • Henry VIII • Edward VI • (Lady Jane Grey) • Mary I • Elizabeth I • James I§ • Charles I§ • Tempoh Peralihan • Charles II§ • James II§ • William III§ dan Mary II§ (sebagai raja bersama William & Mary) • William III§ (pemerintahan diri) • Anne‡KING CHARLES II TO ABIYYU.§
 
Bendera England
* juga Raja Denmark • juga Raja Norway • juga Raja Ireland • § juga Raja Scotland • juga Stadtholder Belanda, Zeeland, Utrecht, Gelderland, Overijssel dan Drenthe