Jenayah pencerobohan

Jenayah pencerobohan atau jenayah terhadap keamanan ialah perancangan, permulaan, atau pelaksanaan tindakan pencerobohan berskala besar dan serius dengan menggunakan kekuatan tentera sebuah negara. Definisi dan skop adalah kontroversi. Statut Rom mengandungi senarai lengkap tindakan pencerobohan yang boleh menyebabkan individu penjenayah bertanggungjawab, yang merangkumi pencerobohan tentera, pendudukan tentera, pengilhakan dengan menggunakan kekerasan, pengeboman, dan sekatan pelabuhan. Pencerobohan secara amnya adalah jenayah pucuk pimpinan yang hanya boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa untuk membentuk dasar pencerobohan negara, bukannya mereka yang melaksanakannya.

Jenayah pencerobohan telah dicipta oleh seorang hakim Soviet Aron Trainin selepas serangan Jerman ke atas Soviet Union semasa Perang Dunia II. Dalam gambar: Kemusnahan Stalingrad, Disember 1942

Asas falsafah bagi kesalahan pencerobohan terdapat dalam teori adil peperangan, dimana melancarkan perang tanpa alasan yang adil untuk mempertahankan diri adalah tidak patut. Selepas serangan Jerman ke atas Soviet Union semasa Perang Dunia II, hakim Soviet Aron Trainin membuat cadangan pertama yang berjaya untuk menjenayahkan perbuatan pencerobohan. Piagam Tribunal Tentera Antarabangsa memperuntukkan liabiliti jenayah kerana melancarkan perang pencerobohan, yang merupakan fokus utama Perbicaraan Nuremberg. Penjenayah lain dalam Perang Dunia II telah dibicarakan kerana pencerobohan di Finland, Poland, China, Perbicaraan Nuremberg Terkemudian, dan Perbicaraan Tokyo. Tiada siapa yang telah didakwa kerana pencerobohan samada sebelum atau sejak tahun 1940an.

Ia secara umum diterima bahawa jenayah pencerobohan wujud dalam Undang-Undang Adat Antarabangsa. Definisi dan syarat untuk menjalankan undang-undang ke atas jenayah ini oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah diterima pada 2010 di Persidangan Kajian Semula Kampala oleh negara anggota mahkamah. Pencerobohan adalah jenayah mengikut undang-undang statut sesetengah negara, dan boleh didakwa di bawah bidang kuasa sejagat.

Pencerobohan ialah salah satu jenayah teras dalam undang-undang jenayah antarabangsa, di samping genosid, jenayah kemanusiaan, dan jenayah perang. Pada tahun 1946, Tribunal Tentera Antarabangsa memutuskan bahawa pencerobohan adalah "jenayah antarabangsa tertinggi" kerana "ia mengandungi dalam dirinya seluruh kejahatan yang terkumpul".[1] Pandangan standard pencerobohan adalah jenayah terhadap negara yang diserang, tetapi ia juga boleh dianggap sebagai jenayah terhadap individu yang terbunuh atau dicederakan akibat peperangan.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Sellars 2013, m/s. 165.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "UN_Kampala_amendments2010" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Sumber

sunting
  • Clark, Roger S. (2013). "The Crime of Aggression: From the Trial of Takashi Sakai, August 1946, to the Kampala Review Conference on the ICC in 2010". The Hidden Histories of War Crimes Trials (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-967114-4.
  • Cohen, David; Totani, Yuma (2020). The Tokyo War Crimes Tribunal: Law, History, and Jurisprudence (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 978-1-108-82068-4.
  • Dannenbaum, Tom (2018). "The Criminalization of Aggression and Soldiers' Rights". European Journal of International Law. 29 (3): 859–886. doi:10.1093/ejil/chy054.
  • Drumbl, Mark A. (2013). "'Germans are the Lords and Poles are the Servants': The Trial of Arthur Greiser in Poland, 1946". The Hidden Histories of War Crimes Trials (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-967114-4.
  • Heller, Kevin Jon (2011). The Nuremberg Military Tribunals and the Origins of International Criminal Law (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-955431-7.
  • Kemp, Gerhard (2010). Individual Criminal Liability for the International Crime of Aggression (dalam bahasa Inggeris). Intersentia. ISBN 978-94-000-0013-1.
  • May, Larry (2016). "Just War Theory and the Crime of Aggression". Dalam Kreß, Claus; Barriga, Stefan (penyunting). The Crime of Aggression: A Commentary. Cambridge University Press. m/s. 273–286. ISBN 978-1-107-01526-5.
  • Sayapin, Sergey (2014). The Crime of Aggression in International Criminal Law: Historical Development, Comparative Analysis and Present State (dalam bahasa Inggeris). T.M.C. Asser Press. ISBN 978-90-6704-927-6.
  • Sellars, Kirsten (2013). 'Crimes Against Peace' and International Law (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 978-1-107-02884-5.
  • Soler, Christopher (2019). The Global Prosecution of Core Crimes under International Law (dalam bahasa Inggeris). T.M.C. Asser Press. ISBN 978-94-6265-335-1.
  • Tallgren, Immi (2013). "The Finnish War-Responsibility Trial in 1945–6: The Limits of Ad Hoc Criminal Justice?". The Hidden Histories of War Crimes Trials (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-967114-4.

Bacaan lanjut

sunting
  • Bock, Stefanie; Conze, Eckart (2021). Rethinking the Crime of Aggression: International and Interdisciplinary Perspectives (dalam bahasa Inggeris). T.M.C. Asser Press. ISBN 978-94-6265-467-9.
  • Dannenbaum, Tom (2018). The Crime of Aggression, Humanity, and the Soldier (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 978-1-107-16918-0.
  • Grzebyk, Patrycja (2013). Criminal Responsibility for the Crime of Aggression (dalam bahasa Inggeris). Routledge. ISBN 978-1-136-00120-8.
  • Jia, Bing Bing (2015). "The Crime of Aggression as Custom and the Mechanisms for Determining Acts of Aggression". American Journal of International Law. 109 (3): 569–582. doi:10.5305/amerjintelaw.109.3.0569. S2CID 147754466.
  • McDougall, Carrie (2021). The Crime of Aggression under the Rome Statute of the International Criminal Court (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 978-1-108-86476-3.
  • Politi, Mauro (2017). The International Criminal Court and the Crime of Aggression (dalam bahasa Inggeris). Routledge. ISBN 978-1-351-21829-0.

Pautan luar

sunting

Templat:Undang-Undang Jenayah Antarabangsa