Komodor
Kommodore
Bendera
pangkat
Shoulder
kord
Jalur
lengan
Negara  Jerman Nazi
Cabang perkhidmatan Bendera tentera laut Jerman Nazi Kriegsmarine
Singkatan Kdore
Kumpulan pangkat Pegawai kanan
Kod
NATO
OF-5
Pangkat tinggi seterusnya Konteradmiral
Pangkat rendah seterusnya

Kapitän zur See

Persamaan pangkat Oberführer

Kommodore (disebut kom-o-'dor-eh) ialah pangkat pegawai kanan tertinggi (Jerman: Stabsoffizier Rang) dalam Kriegsmarine Jerman, setanding Komodor dalam angkatan laut berbahasa inggeris.[1] Tiada rakan sejawat dalam Heer Jerman dan Luftwaffe, tetapi Kommodore mungkin setanding dengan Oberführer dalam Waffen-SS.

Sejarah

sunting
 
Kommodore F. Ruge (tengah)

Kommodore berasal sebagai gelaran yang digunakan oleh sesetengah Kapitän zur See dan Korvettenkapitän dalam Tentera Laut Prusia dan Kaiserliche Marine (Tentera Laut Imperial) semasa abad ke-19 dan awal ke-20.

Seorang Kommodore Jerman boleh memegang sebarang pangkat tentera laut antara leftenan hingga kepten dan gelaran Kommodore dipegang oleh pegawai-pegawai tersebut yang memegang kawalan taktikal ke atas lebih daripada satu kapal. Ini paling banyak berlaku pada komander U-boat yang memimpin beberapa kapal selam yang ditugaskan ke satu pasukan petugas. Pada abad ke-19, pegawai Jerman berpangkat komodor dirujuk sebagai kepten armada (Flottenkapitän).

Menjelang Perang Dunia II, Kommodore akhirnya menjadi pangkat sebenar - walaupun jarang digunakan - dalam Kriegsmarine. Posisi ini dianggap sebagai kepten kanan, dengan tanda pangkat bahu sebagai Kapitän zur See berserta satu jalur baris besar (52 mm) pangkat laksamana pada pergelangan baju. Komodor Jerman juga dibenarkan memakai lapel kot labuh dan insignia visor (scrambled egg) seorang laksamana tetapi tidak secara rasmi menjadi anggota admiralti Jerman. Mungkin pemegang paling terkenal pangkat ini ialah Karl Dönitz, yang menjadi Kommodore dan Führer der Unterseeboote (ketua kapal selam) pada 28 Januari 1939; namu, beliau memegang pangkat itu selama lebih lapan bulan sehingga 1 Oktober 1939, apabila beliau dinaikkan pangkat ke Konteradmiral.

Pangkat Kommodore Perang Dunia II wujud dalam senioriti zon kelabu, kerana kedua-dua cabang Wehrmacht (Heer dan Luftwaffe) tidak mempunyai pangkat yang setara; oleh itu, ia sangat serupa dengan pangkat Oberführer S.S..

Selepas kejatuhan Jerman Nazi, dan pembinaan semula Tentera Laut Jerman, Kommodore tidak lagi digunakan sebagai pangkat, telah digantikan dengan Flottillenadmiral yang merupakan pangkat pegawai berbendera paling muda. Ia muncul semula sebagai satu gelaran pada tahun 1950an. Pada zaman moden, komodor Jerman adalah kepten kanan yang memegang pangkat kepten tetapi menyandang jawatan sebagai komander skuadron tentera laut.

Tanda pangkat Kriegsmarine

sunting

Tanda pangkat berupa shoulder kord dan jalur lengan. Shoulder kord, serupa dengan kepunyaan Kapitän zur See, mesti dipakai pada jaket uniform dan berbentuk pintalan brid perak pada padding berwarna biru kelasi Waffenfarbe dan disemat dua paku (bintang) emas. Insignia pergelangan baju berbentuk satu bintang bucu lima di atas baris besar (berukuran 52 mm) berwarna emas. Gegelang pada lengan baju meliliti manset bawah.

Turutan pangkat mengikut senioriti adalah seperti berikut:

  1. ^ The contemporary German Armed Forces use the OF-6 ranks of Flotillenadmiral and Brigadegeneral while Konteradmiral and Generalmajor are ranked as OF-7.

Rujukan

sunting
  1. ^ Konstam, Angus (19 Aug 2021). Big Guns in the Atlantic: Germany’s battleships and cruisers raid the convoys (dalam bahasa Inggeris). Bloomsbury Publishing. m/s. 11. ISBN 9781472845979.