Kapal serangan amfibia kelas Wasp
Kelas Wasp adalah sebuah kelas kapal serangan amfibia dok pendaratan helikopter (LHD) yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia dibina berdasarkan pada rekabentuk kelas Tarawa, dengan ubahsuai dilakukan untuk mengoperasikan pesawat udara dan lancang mendarat yang lebih canggih. Kelas Wasp mampu mengangkut hampir kekuatan penuh sebuah Unit Ekspedisi Marin (MEU) Kor Marin Amerika Syarikat, dan mendaratkan mereka di wilayah musuh menggunakan lancang mendarat dan helikopter selain memberi perlindungan udara melalui pesawat serangan darat AV-8B Harrier II atau pesawat pejuang-penyerang halimunan F-35B Lightning II. Semua kapal kelas Wasp telah dibina oleh Ingalls Shipbuilding, di Pascagoula, Mississippi, dengan kapal sulung, USS Wasp, ditauliahkan pada 29 Julai 1989. Lapan buah kapal kelas Wasp telah dibina dan setakat Jun 2018[kemas kini], kesemua kapal masih aktif.
USS Makin Island (LHD-8)
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Wasp |
Pembina: | Ingalls Shipbuilding |
Pengguna: | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Didahului oleh: | kelas Tarawa |
Diganti oleh: | kelas America |
Kos: | Kira-kira $1.5 bilion[1] |
Ditauliahkan: | 1989–kini |
Disiapkan: | 8 |
Aktif: | 8 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Dok pendaratan helikopter (LHD) kapal serangan amfibia |
Sesaran: | 40,500 long ton (41,150 t) muatan penuh |
Panjang: | 843 ka (257 m) |
Lunas: | 104 ka (31.8 m) |
Draft: | 27 ka (8.1 m) |
Jana kuasa: |
|
Halaju: | 22 knot (41 km/j; 25 mph) |
Jarak: | 9,500 batu nautika (17,600 km; 10,900 bt) pada 18 kn (33 km/j; 21 mph) |
Dimesi dek Well: | 266-kali-50-kaki (81 kali 15.2 m) by 28-kaki (8.5 m) high |
Bot & lancang yang dibawa: |
|
Trup: | 1,687 anggota (tambahan 184 anggota) detasmen Marin |
Anak kapal: | 66 pegawai, 1,004 lain-lain pangkat[2] |
Sistem penderia dan pemprosesan: | |
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: |
|
Kemudahan penerbangan: | Dek hangar |
Rujukan
suntingPetikan
sunting- ^ "LHD-1 Wasp Class". Warships Forecast. Dicapai pada 14 November 2016.
Bibliografi
sunting- Bishop, Chris; Chant, Christopher (2004). Aircraft Carriers: The World's Greatest Naval Vessels and Their Aircraft. London: MBI. ISBN 0-7603-2005-5. OCLC 56646560.
|access-date=
requires|url=
(bantuan)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kapal serangan amfibia kelas Wasp |