General Electric LM2500
General Electric LM2500 adalah sebuah turbin gas untuk kegunaan industri dan marin yang dikeluarkan oleh GE Aviation. LM2500 merupakan enjin terbitan General Electric CF6 yang digunakan pada pesawat terbang.
LM2500 | |
---|---|
Sebuah LM2500 di atas kapal USS Ford (FFG-54) | |
Jenis | Turbin gas |
Negara pengeluar | Amerika Syarikat |
Pengeluar | General Electric |
Pertama kali diguna | 1960-an |
Dibangunkan dari | General Electric CF6 |
LM2500 boleh didapati dalam 3 versi yang berbeza iaitu:
- LM2500 yang mampu menjana 33,600 kuasa kuda aci (shp) (25,060 kW) dengan kecekapan termal dengan kadar 37 peratus pada keadaan ISO. Apabila digandingkan dengan sebuah penjana elektrik, ia mampu menjana 24 MW kuasa elektrik pada 60 Hz dengan kecekapan termal di tahap 36 peratus di keadaan ISO.[1]
- Versi dipertingkat, generasi ke-3, LM2500+ mampu menghasilkan 40,500 shp (30,200 kW) dengan kecekapan termal pada tahap 39 peratus di keadaan ISO. Apabila digandingkan dengan sebuah penjana elektrik, ia mampu menghasilkan 29 MW kuasa elektrik pada 60 Hz dengan kecekapan termal pada kadar 38 peratus di keadaan ISO.[2][3]
- Generasi terkini iaitu generasi ke-4, LM2500+G4 yang diperkenalkan pada bulan November 2005; mampu menghasilkan 47,370 shp (35,320 kW) dengan kecekapan termal pada tahap 39.3 peratus di keadaan ISO.[4]
Sehingga tahun 2004, Tentera Laut Amerika Syarikat dan sekurang-kurangnya 29 buah tentera laut negara-negara lain menggunakan lebih daripada seribu buah turbin gas LM2500/LM2500+ untuk memacu kuasa kepada kapal perang.[5] Antara kegunaan lain termasuk hidrofoil, hovercraft dan feri laju.
Pada tahun 2012, GE telah membangunkan sebuah versi FPSO untuk memenuhi tuntutan industri minyak dan gas yang memerlukan turbin gas yang lebih ringan dan kompak untuk menghasilkan elektrik dan memacu pemampat untuk menghantar gas asli melalui saluran paip.[6]
Lihat juga
suntingPembangunan berkaitan
Senarai berkaitan
Rujukan
sunting- ^ "LM2500 Marine Gas Turbine Data Sheet" (PDF). GE Aviation. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 September 2012. Dicapai pada 4 Januari 2014. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "LM2500+ Marine Gas Turbine Data Sheet" (PDF). GE Aviation. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Julai 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Ramsdal, Roald. "På disse plattformene fyrer de minst for måkene" Teknisk Ukeblad, 27 October 2014.
- ^ "LM2500+G4 Marine Gas Turbine Data Sheet" (PDF). GE Aviation. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 Mac 2014. Dicapai pada 27 Julai 2012. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "GE Marine to Supply IHI with LM2500 Gas Turbines to Power Japan's 15DDG AEGIS Destroyer" (Siaran akhbar). GE Aviation. 6 Mei 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2006. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "From aircraft to blowout preventer, GE's global technology cross-pollinates". World Oil Online. 10 September 2012.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan General Electric LM2500 |
- Official GE Aviation page for LM2500 (GEAE).
- Official GE Aviation page for LM2500+.
- Official GE Aviation page for LM2500+G4.
- FAS information page on US Navy LM2500 usage
- SA Navy Valour class frigate pageDiarkibkan 2012-07-17 di Wayback Machine
- Power Generation plants
- Simple and combined cycle 50Hz
- Simple and combined cycle 60Hz