RIM-7 Sea Sparrow adalah sebuah sistem senjata anti peluru berpandu dan anti pesawat jarak dekat, lancaran kapal buatan Amerika Syarikat, dengan tujuan utamanya adalah untuk mempertahankan kapal daripada peluru berpandu anti kapal. Sistem ini dibangunkan pada awal tahun 1960an berdasarkan peluru berpandu udara ke udara AIM-7 Sparrow sebagai sebuah senjata pertahanan-titik ringan yang boleh disesuaikan dengan kapal-kapal sedia ada secepat mungkin, sering kali mengantikan senjata anti pesawat yang berasaskan meriam.

RIM-7 Sea Sparrow
JenisPeluru berpandu permukaan ke udara
Tempat asalAmerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1976–kini
Sejarah pengeluaran
PengeluarRaytheon dan General Dynamics
Kos unit$165,400
Spesifikasi
Berat510 lb (230 kg)
Panjang12 ka (3.7 m)
Diameter8 in (20 cm)
WarheadAnnular blast fragmentation warhead, 90 lb (41 kg)
Detonation
mechanism
Proximity fuzed, rod mengembang, dengan jejari membunuh 27 ka (8.2 m)

EnjinMotor roket bahan api pepejal Hercules MK-58
Lebar sayap3 ka 4 in (1.02 m)
Jarak
operasi
10 nmi (19 km)
Kelajuan4,256 km/j (2,645 mph)
Sistem
pemanduan
Tujuan radar semi-aktif
Platform
pelancaran
Kapal

Selepas kemasukkannya, sistem ini melalui pembangunan penting menjadi sistem automatik sepenuhnya menyamai sistem peluru berpandu Tentera Laut Amerika Syarikat yang lain seperti RIM-2 Terrier. Penambahbaikan yang dilakukan ke atas Sparrow dalam peranan udara ke udara mengakibatkan penambahbaikan serupa dilakukan ke atas Sea Sparrow sehingga tahun 1970an dan 80an. Selepas peranan udara ke udara diambil alih oleh AIM-120 AMRAAM, Sea Sparrow melalui beberapa proses naik taraf yag tertakluk hanya bagi peranan tentera laut. Ia kini menyerupai AIM-7 hanya dalam bentuk luaran; di mana ia kini lebih besar, pantas termasuk penjejak baharu dan sebuah sistem pelancaran yang sesuai bagi pelancaran menegak daripada kapal perang moden.

Lima puluh tahun selepas pembangunannya, Sea Sparrow kekal memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan berlapis, dengan menyediakan komponen jarak dekat/sederhana terutamanya menghapuskan peluru berpandu mendakap permukaan laut.

Rujukan

sunting

Bibliografi

sunting
  • Friedman, Norman (2004). U.S. Destroyers. Naval Institute Press. ISBN 1-55750-442-3.
  • Polmar, Norman (2004). The Naval Institute Guide to the Ships and Aircraft of the U.S. Fleet. Naval Institute Press. ISBN 1-59114-685-2. (note: this source contains several obvious errors)

Lihat juga

sunting