Kampung Durian Hijau, Jerantut
Kampung Durian Hijau merupakan kawasan perkampungan yang terletak di Daerah Jerantut, Pahang iaitu sebuah negeri dalam Malaysia.[1]
Kampung Durian Hijau | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Pahang |
Daerah | Jerantut |
Kampung | Kampung Durian Hijau |
Pentadbiran | |
• Pengerusi JKKK | Yusri Mat Yusoh |
Zon waktu | Waktu Piawai Malaysia (MST) |
Poskod | 27090 |
Latar belakang
suntingKampung Durian Hijau mendapatkan namanya dari sepohon pokok Durian yang besar dan sentiasa berbuah lebat. Dipercayai isi buah durian itu berwarna hijau dan disitulah nama kampung ini mendapat namanya. Kampung Durian Hijau terletak di pinggiran Sungai Pahang dan dihuni oleh golongan petani dan nelayan. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terkini ialah Yusri Mat Yusoh.[2]
Kemudahan asas
suntingTempat beribadah
suntingKampung Durian Hijau mempunyai satu masjid yang bernama Masjid Kampung Durian Hijau. Ianya digunakan sebagai pusat beribadah masyarakat setempat dan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan seperti ibadah korban. Terdapat juga masjid yang baru dibina dengan ruang yang lebih luas untuk keselesaan penduduk setempat.
Kemudahan masyarakat
sunting- Gelanggang Futsal
- Dewan serbaguna
- Balai raya
Pendidikan
suntingPoskod
suntingPoskod yang digunakan bagi Kampung Durian Hijau ialah 27090.