Ibadah korban

haiwan sembelihan
(Dilencongkan daripada Qurban)


Korban atau qurban (Arab: قربان) dalam konteks ajaran Islam merujuk kepada perlakuan menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha atau hari tasyriq dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah S.W.T.. Binatang yang dibolehkan qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (kibas).

Korban di Malaysia

Ibadah ini adalah sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya.

Latar Belakang Sejarah

sunting

Dalam sejarah sebagaimana yang disampaikan dalam Al Qur'an terdapat dua peristiwa dilakukannya ritual korban iaitu oleh Habil dan Qabil, putera Nabi Adam alaihis salam, serta pada saat Nabi Ibrahim akan mengorbankan Nabi Ismail atas perintah Allah.

Habil dan Qabil

sunting

Kisah Habi dan Qabil di kisahkan dalam al-Qur'an:

Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (kurban) dari orang-orang yang bertakwa". (Al Maaidah: 27)

Ibrahim dan Ismail

sunting

Disebutkan dalam Al Qur'an, Allah memberi perintah melalui mimpi kepada Nabi Ibrahim untuk mempersembahkan Ismail. Diceritakan dalam Al Qur'an bahawa Ibrahim dan Ismail mematuhi perintah tersebut dan tepat saat Ismail akan disembelih, Allah menggantinya dengan domba. Berikut petikan surat As-Saaffaat ayat 102-107 yang menceritakan hal tersebut.

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar". Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ), dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata, dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. (Ash Shaaffaat: 102-107)

Dalil tentang berkorban

sunting

Ayat dalam Al Qur'an tentang ritual korban antara lain :

  • surah Al Kauthar ayat 2: Maka dirikanlah solat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah (anhar)

Sementara hadis yang berkaitan dengan korban antara lain:

  • “Siapa yang mendapati dirinya dalam keadaan lapang, lalu dia tidak berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat Hari Raya kami.” HR. Ahmad dan ibn Majah.
  • Hadis Zaid ibn Arqam, ia berkata atau mereka berkata: “Wahai Rasulullah SAW, apakah korban itu?” Rasulullah menjawab: “korban adalah sunahnya bapa kalian, Nabi Ibrahim.” Mereka menjawab: “Apa keutamaan yang kami akan peroleh dengan korban itu?” Rasulullah menjawab: “Setiap satu helai rambutnya adalah satu kebaikan.” Mereka menjawab: “Kalau bulu-bulunya?” Rasulullah menjawab: “Setiap satu helai bulunya juga satu kebaikan.” HR. Ahmad dan ibn Majah
  • “Jika masuk tanggal 10 Dzulhijjah dan ada salah seorang di antara kalian yang ingin berkorban, maka hendaklah dia tidak cukur atau memotong kukunya.” HR. Muslim
  • “Kami berkorban bersama Nabi SAW di Hudaibiyah, seekor unta untuk tujuh orang, seekor lembu untuk tujuh orang. “ HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi.

Hukum korban

sunting

Majoriti ulama dari kalangan sahabat, tabi’in, tabiut tabi’in, dan fuqaha (ahli fiqh) menyatakan bahwa hukum korban adalah sunnah muakkadah (utama), dan tidak ada seorangpun yang menyatakan wajib, kecuali Abu Hanifah (tabi’in). Ibnu Hazm menyatakan: “Tidak ada seorang sahabat Nabi pun yang menyatakan bahwa korban itu wajib.

Syarat dan pembagian daging korban

sunting

Syarat dan ketentuan pembagian daging korban adalah sebagai berikut :

  • Orang yang berkorban harus mampu menyediakan haiwan sembelihan dengan cara halal tanpa berhutang.
  • Korban harus dari ternakan seperti unta, lembu, kambing, atau biri-biri.
  • Binatang yang akan disembelih tidak memiliki cacat, tidak buta, tidak pincang, tidak sakit, dan telinga serta ekor harus utuh.
  • Haiwan korban telah cukup umur, iaitu unta berumur 5 tahun atau lebih, lembu atau kerbau telah berumur 2 tahun, dan biri-biri atau kambing berumur lebih dari 1 tahun.
  • Orang yang melakukan korban hendaklah yang merdeka (bukan hamba), baligh, dan berakal.
  • Daging haiwan korban dibagi tiga, 1/3 untuk dimakan oleh yang berkorban, 1/3 disedekahkan, dan 1/3 bagian dihadiahkan kepada orang lain.

Waktu berkorban

sunting

Awal waktu

sunting

Waktu untuk menyembelih korban biasa di awal waktu iaitu setelah solat Hari Raya langsung dan tidak menunggu hingga selesai khutbah. Bila di sebuah tempat tidak terdapat pelaksanaan solat Hari Raya, maka waktunya diperkirakan dengan ukuran solat Aidiladha. Dan barang siapa yang menyembelih sebelum waktunya maka tidak sah dan wajib menggantinya .

Dalilnya adalah hadis-hadis berikut:

  1. Hadis Al-Bara` bin ‘Azib radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: مَنْ صَلَّى صَلاَتَنَا وَنَسَكَ نُسُكَنَا فَقَدْ أَصَابَ النُّسُكَ وَمَنْ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيُعِدْ مَكَانَهَا أُخْرَى “Barang siapa yang solat seperti solat kami dan menyembelih haiwan korban seperti kami, maka telah benar korbannya. Dan barang siapa yang menyembelih sebelum solat maka hendaklah dia menggantinya dengan yang lain.” (HR. Al-Bukhari no. 5563 dan Muslim no. 1553) Hadis senada juga datang dari sahabat Jundub bin Abdillah Al-Bajali radhiyallahu ‘anhu riwayat Al-Bukhari (no. 5500) dan Muslim (no. 1552).
  2. Hadis Al-Bara` riwayat Al-Bukhari (no. 5556) dan yang lainnya tentang kisah Abu Burdah radhiyallahu ‘anhu yang menyembelih sebelum solat. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: شَاتُكَ شَاةُ لَحْمٍ “Kambingmu adalah kambing untuk (diambil) dagingnya saja.” Dalam lafadz lain (no. 5560) disebutkan: وَمَنْ نَحَرَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ يُقَدِّمُهُ لِأَهْلِهِ لَيْسَ مِنَ النُّسُكِ شَيْءٌ “Barangsiapa yang menyembelih (sebelum solat), maka itu hanyalah daging yang dia persembahkan untuk keluarganya, bukan termasuk haiwan korban sedikitpun.”

Akhir waktu

sunting

Waktu penyembelihan haiwan korban adalah 4 hari, hari Iedul Adha dan tiga hari sesudahnya. Waktu penyembelihannya berakhir dengan tenggelamnya matahari di hari keempat yaitu tanggal 13 Dzulhijjah. Ini adalah pendapat ‘Ali bin Abi Thalib, Al-Hasan Al-Bashri (imam penduduk Bashrah), ‘Atha` bin Abi Rabah (imam penduduk Makkah), Al-Auza’i (imam penduduk Syam), dan Asy-Syafi'i (imam fuqaha ahli hadis). Pendapat ini dipilih oleh Ibnul Mundzir, Ibnul Qayyim dalam Zadul Ma’ad (2/319), Ibnu Taimiyah, Al-Lajnah Ad-Da`imah (11/406, no. fatwa 8790), dan Ibnu Utsaimin dalam Asy-Syarhul Mumti’ (3/411-412).

Alasannya disebutkan oleh Ibnul Qayyim sebagai berikut:

  1. Hari-hari tersebut adalah hari-hari Mina.
  2. Hari-hari tersebut adalah hari-hari tasyriq.
  3. Hari-hari tersebut adalah hari-hari melempar jumrah.
  4. Hari-hari tersebut adalah hari-hari yang diharamkan puasa padanya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: أَيَّامُ التَّشْرِيْقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلهِ تَعَالَى “Hari-hari tasyriq adalah hari-hari makan, minum, dan dzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.”

Adapun hadis Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: كَانَ الْمُسْلِمُوْنَ يَشْرِي أَحَدُهُمُ اْلأُضْحِيَّةَ فَيُسَمِّنُهَا فَيَذْبَحُهَا بَعْدَ اْلأضْحَى آخِرَ ذِي الْحِجَّةِ

“Dahulu kaum muslimin, salah seorang mereka membeli haiwan korban lalu dia gemukkan kemudian dia sembelih setelah Iedul Adha di akhir bulan Dzulhijjah.” (HR. Al-Baihaqi, 9/298)

Al-Imam Ahmad rahimahullahu mengingkari hadis ini dan berkata: “Hadis ini aneh.” Demikian yang dinukil oleh Ibnu Qudamah dalam Syarhul Kabir (5/193).

Menyembelih di waktu siang atau malam?

sunting

Tidak ada khilafiah di kalangan ulama tentang kebolehan menyembelih kkurban di waktu pagi, siang, atau petang, berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُوْمَاتٍ

“Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan.” (Al-Hajj: 28)

Mereka hanya berbeda pendapat tentang menyembelih korban di malam hari. Yang rajih adalah diperbolehkan, karena tidak ada dalil khusus yang melarangnya. Ini adalah tarjih Ibnu Utsaimin dalam Asy-Syarhul Mumti’ (3/413) dan fatwa Al-Lajnah Ad-Da`imah (11/395, no. fatwa 9525). Yang dimakruhkan adalah tindakan-tindakan yang mengurangi sisi keafdhalannya, seperti kurang terkoordinasi pembagian dagingnya, dagingnya kurang segar, atau tidak dibagikan sama sekali. Adapun penyembelihannya tidak mengapa.

Adapun ayat di atas (yang hanya menyebut hari-hari dan tidak menyebutkan malam), tidaklah menunjukkan persyaratan, namun hanya menunjukkan keafdhalan saja.

Adapun hadis yang diriwayatkan Ath-Thabrani dalam Al-Kabir dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma dengan lafaz:

نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الذَبْحِ بِاللَّيْلِ

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang menyembelih di malam hari.”

Al-Haitsami rahimahullahu dalam Al-Majma’ (4/23) menyatakan: “Pada sanadnya ada Salman bin Abi Salamah Al-Janabizi, dia matruk.” Sehingga hadis ini dha’if jiddan (lemah sekali). Wallahu a’lam. (lihat Asy-Syarhul Kabir, 5/194)

SIFAT SIFAT BINATANG YANG DISEMBELIH

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al Tirmidzy dari Aisyah dan Abu Hurairah, Ujarnya: "Adalah Rasulullah S.A.W apabila berkehendak menyembelih korban beliau membeli dua ekor kirbasy yang besar-besar, yang gemuk-gemuk, bertanduk dan yang telah dikebirikan."

(AnNad 5:207)

Hadis yang pertama menyatakan bahawa kambing tanduk boleh juga dijadikan korban, walaupun tidak dapat kita utamakan, kerana selera makan bagi setengah orang tidak tergelak kepadanya.

Hadis kedua, menyatakan bahawa Nabi berusaha mencari kirbasy yang gemuk-gemuk, bertad dan yang telah dikebirikan untuk dijadikan korban.

Dari hadis-hadis yang telah lalu dapat kita ambil kesan, bahawa disukai kita berkorban dengan kambing (biri-biri) yang bertanduk lagi putih warnanya.

Lihat pula[1]

sunting
  1. ^ Haji Ali, Al-Ustaz Ismail (2005). Panduan Korban & Akikah. Kuala Lumpur: AL-HIDAYAH PUBLISHERS. m/s. 42. ISBN 983-9188-56-9.