KTM Antarabandar
KTM Antarabandar (bahasa Inggeris: KTM Intercity ) merujuk kepada perkhidmatan kereta api antara bandar berkuasa diesel di Semenanjung Malaysia, Singapura, dan Negara Thai dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kebanyakan perkhidmatan beroperasi dari stesen Kuala Lumpur Sentral di Kuala Lumpur. Namun terdapat beberapa perkhidmatan yang hanya beroperasi di landasan Pantai Timur antara Tumpat dengan Gemas dan terus ke Singapura. Terdapat juga satu perkhidmatan kereta api merentas sempadan antara Butterworth dengan Hat Yai, Thailand.
KTM Antarabandar ک.ت.م. انتاراباندر | |
---|---|
Umum | |
Status | Beroperasi |
Lokasi | Semenanjung Malaysia |
Stesen | 60 (Laluan Pantai Timur), 12 (Laluan Pantai Barat), 2 (Shuttle Tebrau) |
Perkhidmatan | Laluan Pantai Timur Laluan Pantai Barat (dari Gemas) Shuttle Tebrau |
Laman sesawang | https://www.ktmb.com.my/Intercity.html |
Operasi | |
Bermula | Sekitar 1960-an |
Pengendali | Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) |
Teknikal | |
Tolok landasan | 1,000 mm tolok meter |
Kelajuan operasi | 110 km/j (68 mph) |
KTM Antarabandar telah lama menikmati kejayaan sederhana, namun bertambah persaingannya dengan pengangkutan jalan raya dan pengangkutan udara atas penambahan bilangan lebuh raya dan penerbangan murah menawarkan masa perjalanan yang lebih singkat. Pada tahun 2006, KTM Antarabandar mendapat untung sebanyak RM70.94 juta sebagai hasil kumpulan, kekal sekitar RM 65 juta sejak 2001.[1]
Perkhidmatan setempat dan ekspres
suntingTerdapat dua jenis perkhidmatan KTM Antarabandar: ekspres dan kereta api mel. Kereta api mel secara umumnya juga dirujuk sebagai kereta api tempatan atau tren lokal. Semua kereta api penumpang pada landasan Pantai Barat merupakan kereta api ekspres - kecuali satu perkhidmatan kereta api tempatan antara Singapura dan Gemas - yang hanya berhenti pada stesen-stesen utama. Landasan Pantai Timur masih ada kereta api mel yang berhenti pada semua stesen dan perhentian.
KTM pernah mengoperasikan satu perkhidmatan shuttle antara Johor Bahru dan Singapura untuk memberi manfaat mereka yang bekerja di negara bandar ini, namun perkhidmatan ini telah ditamatkan pada 15 April 2006. Ini disebabkan oleh projek pembaharuan landasan antara Seremban dan Singapura. Kini perkhidmatan shuttle dilarikan antara Ipoh dan Sentral KL, Tumpat dan Kemubu serta Woodlands dan Gemas
Pada 1 Julai 2011, berikutan penamatan operasi KTM di Stesen Keretapi Tanjung Pagar di Singapura, perjalanan KTM Antarabandar ke selatan Semenanjung Malaysia berakhir di terminal Woodlands di Woodlands, Singapura yang hanya terletak kira-kira 2 kilometer dari Johor Bahru.
Berikut antara perkhidmatan yang beroperasi bagi KTM antarabandar :
Ekspres rakyat. Woodlands-butterworth Ekspres rakyat Butterworth-woodlands Ekspres sinaran selatan woodlands-kl sentral Ekspres sinaran selatan. Kl sentral- woodlands Ekspres senandung timuran woodlands -tumpat Ekspres senandung wau. Kl sentral-tumpat Ekspres senandung langkawi. Kl sentral-hat yai Ekspres senandung sutera. Woodlands-kl sentral
Perkhidmatan yang telah dihentikan operasi :
Ekspres kenali Ekspres gading mas Lambaian Timur Ekspres sinaran utara Ekspres senandung mutiara Ekspres sinaran timur Ekspres sinaran pagi Kembara
Senarai stesen KTM Antarabandar
suntingBerikut merupakan senarai stesen KTM Antarabandar.
Laluan Utara-Selatan
suntingLaluan Pantai Timur
suntingNama stesen | Bandar lokasi stesen | Tarikan utama | Nota |
---|---|---|---|
Stesen keretapi Gemas | Gemas, Negeri Sembilan | Pertukaran dengan Laluan Utara-Selatan Antarabandar | |
Stesen keretapi Bahau | Bahau, Negeri Sembilan | ||
Stesen keretapi Teriang | Teriang, Pahang | ||
Stesen keretapi Bahau | Bahau, Pahang | ||
Stesen keretapi Mentakab | Mentakab, Pahang | ||
Stesen keretapi Jerantut | Jerantut, Pahang | ||
Stesen keretapi Kuala Lipis | Kuala Lipis, Pahang | ||
Stesen keretapi Gua Musang | Gua Musang, Kelantan | ||
Stesen keretapi Dabong | Dabong, Kelantan | ||
Stesen keretapi Kuala Krai | Kuala Krai, Kelantan | ||
Stesen keretapi Tanah Merah | Tanah Merah, Kelantan | ||
Stesen keretapi Pasir Mas | Pasir Mas, Kelantan | Pertukaran dengan Laluan Rantau Panjang Antarabandar | |
Stesen keretapi Wakaf Bharu | Kota Bharu, Kelantan | ||
Stesen keretapi Tumpat | Tumpat, Kelantan |
Laluan Rantau Panjang
suntingNama stesen | Bandar lokasi stesen | Tarikan utama | Nota |
---|---|---|---|
Stesen keretapi Pasir Mas | Pasir Mas, Kelantan | Pertukaran dengan Laluan Pantai Timur Antarabandar | |
Stesen keretapi Rantau Panjang | Rantau Panjang, Kelantan | ||
(Bersambung ke Thai Railway) |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Darshini M. Nathan (6 Oktober 2007). "Back on track: KTMB upgrades to be competitive". Bizweek, The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-11. Dicapai pada 18 November 2008.