Jun 2010
Jun 2010 ialah bulan keenam untuk 2010 dan 2010-an. Ia bermula pada hari Selasa dan berakhir selepas 30 hari pada hari Rabu.
Portal:Hal semasa
suntingBerikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 30 Jun - Hurikan Alex (gambar imej satelit), hurikan Atlantik Jun terhebat dalam 53 tahun, bertemu daratan buat kali kedua di Tamaulipas, Mexico, mengorbankan 24 orang.
- 30 Jun - Christian Wulff (gambar) terpilih menjadi Presiden Jerman.
- 30 Jun - Bekas juara Olimpik Pál Schmitt terpilih menjadi Presiden Hungary.
- 29 Jun - Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh akibat banjir teruk di Romania.
- 28 Jun - Pengundi Kyrgyzstan menyetujui perlembagaan baru yang mengurangkan kuasa presiden dan memperuntukkan pilihan raya secara berkala.
- 28 Jun - Senator Amerika Syarikat paling lama berkhidmat, Robert Byrd meninggal dunia pada usia 92 tahun.
- 28 Jun - Bekas Presiden dan Perdana Menteri Lithuania Algirdas Brazauskas meninggal dunia pada usia 77 tahun.
- 26 Jun - Perwakilan G-20 negara industri bersidang di Toronto, Kanada.
- 26 Jun - Gerhana bulan separa terjadi di Amerika Tengah, Asia Tenggara dan Australasia.
- 24 Jun - 12 orang terbunuh semasa melintas landasan kereta api di sebuah stesen di Barcelona, Sepanyol.
- 24 Jun - Julia Gillard (gambar) menjadi perdana menteri wanita Australia pertama selepas menewaskan Kevin Rudd dalam pemilihan parti memimpin Parti Buruh.
- 23 Jun - Jeneral A.S. Stanley A. McChrystal digugurkan sebagai Komander ISAF di Afghanistan; Leftenan Jeneral UK Sir Nick Parker memangku.
- 22 Jun - Banjir di timur laut Brazil menyebabkan sekurang-kurangnya 44 orang maut dan ratusan lagi hilang.
- 22 Jun - Ketua Parti Tengah Mari Kiviniemi menggantikan Matti Vanhanen sebagai Perdana Menteri Finland.
- 20 Jun - Juan Manuel Santos menjadi Presiden Colombia selepas memenangi pusingan kedua pemilihan presiden Colombia, 2010.
- 19 Jun - Banjir meluas di selatan China mengorbankan lebih 210 orang, dengan sekitar 110 lagi masih hilang dan ribuan kehilangan tempat tinggal.
- 16 Jun - Hujan lebat di Var, Perancis, mengorbankan lebih 25 orang dalam banjir terdahsyat di kawasan itu sejak 1827.
- 15 Jun - Penyiasatan Saville terhadap Ahad Berdarah mendapati Tentera Darat Britain "tiada justifikasi" untuk menembak 27 orang awam pada 1972.
- 13 Jun - Kuar Jepun Hayabusa (gambar) kembali ke Bumi, mengakhiri misi 7 tahun untuk mengambil sampel asteroid 25143 Itokawa.
- 12 Jun - Rusuhan etnik di selatan Kyrgyzstan menyebabkan sekurang-kurangnya 170 orang maut.
- 11 Jun - Piala Dunia FIFA 2010 bermula di Afrika Selatan.
- 10 Jun - Rancangan Malaysia Kesepuluh dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak di Parlimen Malaysia.
- 9 Jun - Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan pusingan keempat terhadap Iran kerana program nuklearnya.
- 8 Jun - Benigno Aquino III (gambar) bakal menjadi Presiden Filipina setelah disahkan memenangi pilihan raya presiden.
- 7 Jun - Mahkamah India menyabitkan tujuh lelaki bersalah kecuaian jenayah dalam tugas mereka semasa tragedi Bhopal 1984.
- 6 Jun - Puluhan orang di India, Oman dan Pakistan maut akibat Taufan Phet, antara taufan Laut Arab terkuat pernah direkodkan.
- 4 Jun - Naoto Kan menjadi Perdana Menteri Jepun selepas Yukio Hatoyama meletak jawatan.
- 4 Jun - Pihak berkuasa kesihatan Nigeria mengumumkan yang 163 orang telah maut akibat keracunan plumbum di Negeri Zamfara sejak Mac.
- 3 Jun - Lebih 110 orang terbunuh dan 100 lagi cedera dalam satu kebakaran besar di Dhaka, Bangladesh.
- 2 Jun - Perdana Menteri Jepun Yukio Hatoyama meletak jawatan, menjadi orang keempat menarik diri sejak 2006.