Jeram (hidrologi)
Jeram (Jawi: جرم ; juga dikenali sebagai cegar, chegar, giam, lata, riam, olak dan wong) ialah bahagian daripada sungai yang memiliki arus sungai yang deras, sama seperti air terjun,[1] tetapi yang membezakanya ialah kedalamannya, di mana jeram lebih cetek atau rendah berbanding dengan air terjun.[2] Jeram merupakan salah-satu ciri hidrologi antara arus (bahagian aliran sungai yang lancar) dan air terjun. Jeram dicirikan oleh sungai menjadikan ia lebih cetek atau rendah dengan beberapa batu-batuan sungai yang besar-besar dan sentiasa terdedah dengan air sungai.[3]
Sehingga kini, terdapat 584 buah jeram yang direkodkan serata Malaysia, di pangkalan data GeoNames.[4]
Pembentukan
suntingJeram terbentuk apabila struktur batu-batuan sungai yang dalam keadaan condong dan berselang-seli antara batuan yang lembut dan keras.[5] Pergerakan air terjun seakan-akan terlihat seperti bertingkat-tingkat kerana 'sekatan' kecil pada aliran sungai tersebut, yang disebabkan oleh perubahan mengejut gradien.[6]
Tarikan pelancong
suntingAktiviti perakitan (water rafting), juga dikenali sebagai aktiviti meredah jeram dan rakit redah jeram merupakan sukan lasak yang boleh dilakukan di jeram.[7]
Penamaan
suntingMalaysia
suntingDalam peta yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), singkatan rasmi bagi jeram ialah "J.". Terjemahan rasmi dalam Bahasa Inggeris pula ialah rapids.[8][9][10] Penaaman sebuah nama tempat, petempatan dan lokalti yang menggunakan nama jeram telah digunakan secara meluas di Malaysia, seperti contoh Kampung Jeram, sebuah kampung di Perak, Mukim Jeram di tiga buah negeri iaitu di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Jajahan Pasir Puteh, Kelantan serta Daerah Kuala Selangor, Selangor.[8] Terdapat 211 buah entri identiti geografi (seperti sungai, bukit, petempatan dan sebagainya) yang didaftarkan dalam Gazetir Kebangsaan Malaysia yang menggunakan perkataan "jeram",[11] 476 buah rekod yang didaftarkan dalam GeoNames,[12] dan 559 buah rekod dalam Pelayan Nama GEOnet, National Geospatial-Intelligence Agency.[13]
Penamaan jeram yang lain yang terdapat di Malaysia adalah seperti giam, riam dan wong di negeri Sarawak, Malaysia,[14] dengan contoh penggunaan iaitu, Wong Gerogo Kubal di Bahagian Kapit,[15] Riam Long Duan di sungai Batang Trusan, dekat Long Duan, Daerah Limbang,[16] dan Giam Nyilong di pedalaman Bahagian Kapit.[17] Penggunaan chegar (sebelum tahun 1972) atau cegar hanya terhad digunakan di negeri Kelantan, Pahang dan Perak sahaja.[9] Sebagai contoh penggunaan ialah, Cegar Landak, di Sungai Aring, dalam kawasan pentadbiran Mukim Relai, Jajahan Gua Musang,[18] Cegar Aguh di Sungai Tembeling, hanya timur laut dari Kuala Tahan, Daerah Jerantut,[19] dan Chegar Jemerang Baras di Sungai Perak, selatan Pulau Banding, di kawasan Mukim Temengor, Daerah Hulu Perak.[20] Pengguaan olak hanya direkodkan untuk satu sahaja iaitu, Olak Lintang yang terdapat di Sungai Panchor, Mukim Jenagur, Daerah Hulu Terengganu.[10][21] Perkataan lata pula berkongsi maksud dengan air terjun, yang digunakan secara meluas di negeri-negeri Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.[10][22]
Rujukan
sunting- ^ "jeram I". Kamus Dewan Edisi Keempat (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 21 Februari 2022 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ Twigger, Robert (2014). Red Nile : A Biography of the World's Greatest River (ed. satu AS). New York: St. Martin's Press. m/s. 51. ISBN 978-1-250-05233-9. OCLC 883962326.
A benign cousin to damnosum inhabits the river beyond the Sudd, between the third and fourth cataracts in Sudan (a cataract is a rocky obfuscation, a short series of micro-ledgelike waterfalls across the river).
- ^ "jeram". Kamus Pelajar Edisi Kedua (ed. ke-2). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 21 Februari 2022 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ "Carian "rapids" di Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 2 Januari 2009. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ Wan Noor Azmi Wan Mod Nor; Rusidah Mohd Akil; Mazlina Mansor (2008). Teks dan Rujukan Lengkap PMR Geografi. Balakong, Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. ISBN 9789833717378.
- ^ Cheng Long Goh (2010). Atlas Sumber dan Geografi Fizikal. Cheras, Kuala Lumpur: Insitut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. m/s. 131. ISBN 9789830685212.
- ^ Lizza Imelia M Sulanah (11 November 2021). "Berakit terjah jeram". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 1 April 2023.
- ^ a b "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
- ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
- ^ a b c Gazetter No. 10 – Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia, Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris). United States Government Printing Office. 1970. Dicapai pada 12 Januari 2018.
- ^ "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
- ^ "Carian "jeram" di Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 2 Januari 2009. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ "GNS Search and Database". Pelayan Nama GEOnet (dalam bahasa Inggeris). National Geospatial-Intelligence Agency, USA. Dicapai pada 28 Februari 2023.
- ^ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
- ^ "Wong Gerogo Kubal, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 2 Januari 2009. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ "Riam Long Duan, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 2 Januari 2009. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ "Giam Nyilong, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 2 Januari 2009. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ "Cegar Landak, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 2 Januari 2009. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ "Cegar Aguh, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 2 Januari 2009. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ "Chegar Jemerang Baras, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 2 Januari 2009. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ "Olak Lintang, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 2 Januari 2009. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ "Carian "lata" di Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 2 Januari 2009. Dicapai pada 27 Februari 2023.
Bibliografi
sunting- "River Flow Changes Over Time | EARTH 111: Water: Science and Society". Dicapai pada 2023-03-03.
- "Understanding Rivers". Dicapai pada 2023-03-03.
- "Rivers and Streams, and erosional processes". Dicapai pada 2023-03-03.
- Wright, Nick (2020-08-14). "How Do Rapids Form in a River?". Whitewater Guidebook. Dicapai pada 2023-03-03.
- Attal, Mikaël (2021-09-24). "Impacts by Moving Gravel Cause River Channels to Widen or Narrow". Eos. Dicapai pada 2023-03-03.
- "Water flow obstructions in watercourses - World Problems & Global Issues". The Encyclopedia of World Problems. Dicapai pada 2023-03-03.
- Mason, Bill (1984). Path of the Paddle. Northword Press. ISBN 9781559710046.
- Brocard, G.Y.; van der Beek, P.A. (2006-01-01). "Influence of incision rate, rock strength, and bedload supply on bedrock river gradients and valley-flat widths: Field-based evidence and calibrations from western Alpine rivers (southeast France)". Dalam Willett, Sean D.; Hovius, Niels; Brandon, Mark T.; Fisher, Donald M. (penyunting). Tectonics, Climate, and Landscape Evolution. 398. Geological Society of America. ISBN 978-0-8137-2398-3. Dicapai pada 2023-03-03.
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Jeram (hidrologi) di Wikimedia Commons