Air terjun ialah sebuah tempat di mana suatu saliran air mengalir jatuh secara menjunam atau beberapa siri jatuhan yang curam di sepanjang aliran saliran air ataupun sungai. Air terjun juga boleh berlaku apabila ais menjadi cair dan jatuh di tepian aisberg atau pentas ais.

Air terjun yang paling tinggi di dunia ialah Air Terjun Angel di Venezuela, dengan ketinggian 979 m (3,212 kaki).

Pembentukan

sunting
 
Pembentukan sebuah air terjun

Air terjun selalunya terbentuk di bahagian hulu sungai di gunung yang curam.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ Carreck, Rosalind, penyunting (1982). The Family Encyclopedia of Natural History. The Hamlyn Publishing Group. m/s. 246–248. ISBN 0711202257.