J2: J Retribusi

Filem aksi Malaysia 2021 arahan Nazim Shah dan Nazrul Ashraff Mahzan

J2: J Retribusi ialah sebuah filem aksi Malaysia 2021 arahan bersama Nazrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah dengan skrip ditulis oleh Azhar Amirulhisyam, Anwari Ashraf dan Alfie Palermo. Kesinambungan dari filem J Revolusi (2017), ia dibintangi oleh Haji Zul Ariffin, Ashraf Sinclair, Chen Yiming, Ainin Batrisya, Amelia Henderson dan Dato' Rosyam Nor. Dalam filem ini, ia mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang mengejar masa untuk menyelamatkan bosnya, Dato' Hashim dan anak perempuannya, Nadi yang menjadi mangsa tebusan.[1] Filem ini merupakan filem terakhir lakonan Ashraf Sinclair sebelum kematiannya pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.[2] Ia mula ditayangkan pada 1 Jun 2021 di platform Disney+ Hotstar.[3]

J2: J Retribusi
Pengarah
  • Nazrul Asraff Mahzan
  • Nazim Shah
Penulis
Dihasilkan oleh
Eksekutif

Bersama

  • Jment Lim
  • Yeoh Oon Lai

Bersekutu

  • Siti Nor Aishah Sheikh Abdul Kadir
Dibintangi
SinematografiTan Teck Zee
Disunting olehNazim Shah
Muzik olehLuka Kuncevic
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehDisney+ Hotstar
Tarikh tayangan
Masa tayangan
108 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis

sunting

Jay, kini menjadi pengawal keselamatan kepada Nadi, yang berumur 9 tahun, merupakan anak kepada Dato' Hashim, seorang usahawan terkenal selepas menamatkan khidmatnya sebagai ketua Unit Tindakan Khas (UTK). Dia terus melawan arus untuk melupakan kisah lampaunya.

Taufiq tidak gentar menentang cabaran musuh. Seorang yang pantas dalam misinya dan keinginannya untuk menang dalam merampas kuasa dari pemimpin berpangkat tinggi yang tamak. Ketamakan yang memakan diri sendiri - Dato' Hashim, usahawan terkenal yang bangga dengan kejayaannya akhirnya terperangkap dalam rancangannya sendiri. Sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan anaknya, Nadi dari menjadi tebusan penjenayah. Amy, kredibilitinya sebagai seorang pengurus hotel sering dipersoalkan. Sentiasa bersedia memastikan semua orang di dalam keadaan selamat. Membantu Jay dan Chang menyelamatkan tebusan dan bersama menentang halangan dan cabaran.

Bekerja keras demi keluarga untuk mengatasi kelemahannya. Chang, merupakan bekas ahli taekwondo yang dijual kepada Liu Kang untuk melunaskan hutang keluarganya. Bersama Jay menentang musuh, dia menemui semangat baru yang telah hilang. Bagaikan nyawa keluarga sendiri - Nadi, si gadis lasak yang bijak dan berpegang utuh pada janji Jay. Menjadi semangat kepada Jay untuk terus berjuang menentang masa.

Pelakon

sunting
  • Haji Zul Ariffin sebagai Jay Zulkarnain, bekas pegawai UTK yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi untuk Dato' Hashim
  • Ashraf Sinclair sebagai Taufik, ketua pengganas, rakan kerjasama dengan Dato' Hashim dan juga adik kepada Andra (antagonist utama)
  • Chen Yiming sebagai Chang, pengawal peribadi Liu Kang dari China yang tidak mahir menggunakan senjata api, tetapi mahir seni mempertahankan diri
  • Ainin Batrisya sebagai Nadi, anak tunggal Dato' Hashim
  • Amelia Henderson sebagai Amy, pekerja Hotel Berjaya Stulang Laut yang menjadi mangsa tawanan Taufik
  • Dato' Rosyam Nor sebagai Dato' Hashim, usahawan terkenal dan dalang utama dengan Taufik
  • Eric Chen sebagai Liu Kang, ahli perniagaan dari China
  • Luqman Hafidz sebagai Sani, pengawal peribadi korup Dato' Hashim, secara rahsia juga tali barut Taufik
  • Theebaan G sebagai Ivan, orang kanan Taufik
  • Anas Ridzuan sebagai Jin, pakar pengodam untuk Taufik
  • Farid Amirul sebagai Boon, orang suruhan Taufik
  • Kim Fukazawa sebagai Tina
  • Al-Fudhail Anwar sebagai Rooster
  • Azwan Razali sebagai Viktor
  • Shewin Sim sebagai Hong

Penampilan khas

sunting

Penerbitan

sunting

Penggambaran filem ini dijalankan pada November 2018.[4] Nazrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah menggalas peranan sebagai pengarah, menggantikan Zulkarnain Azhar yang mengarahkan filem pertama. Alfie Palermo kembali menulis skrip untuk filem ini, kali ini bersama Azhar Amirulhisyam dan Anwari Ashraf. Untuk filem ini, Zul Ariffin kembali menjayakan watak sebagai Jay Zulkarnain dan tiada pelakon-pelakon asal J Revolusi yang kembali menjayakan watak masing-masing. Ashraf Sinclair, Rosyam Nor dan Amelia Henderson menyertai barisan pelakon filem ini dengan penambahan pelakon baharu termasuk Yiming Chen dan Ainin Batrisya. Ini merupakan projek filem pertama Zul dan Rosyam dalam tempoh dua tahun sejak Misteri Dilaila (2019).

Tajuk rasmi filem ini telah diumumkan pada Mac 2019, ia diberi tajuk J2: J Retribusi.[5] Ia menjadi filem terakhir lakonan Ashraf Sinclair sebelum kematiannya akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020 dan dikeluarkan secara anumerta.[2] Lagu tema filem ini, "Ralit" dipersembahkan oleh Tuju dari kumpulan K-Clique menampilkan Malik Abdullah, ia dikeluarkan pada 15 Mei 2021 oleh Monkey Bone Records.[6][7]

Keluaran

sunting

J2: J Retribusi dikeluarkan untuk tayangan eksklusif di Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021 tanpa ditayangkan di pawagam.[3][8] Filem ini ditayangkan di 8 pawagam di Brunei pada 25 Jun 2021.[9][10][11]

Filem ini menerima ulasan daripada pengkritik filem. Menurut ulasan daripada Goggler mengenai filem ini: "Ini ialah filem yang tidak menjanjikan apapun dalam kalimatnya. Yang mana, dalam hal ini, "Die Hard di hotel Berjaya?".[12] Portal filem Wayangkini berkata: "Kesimpulannya, jika anda hanya mencari sebuah filem aksi tempatan, anda pasti akan berpuas hati menonton filem J Retribusi ini. Walaubagaimanapun jika anda mecari filem tempatan dengan jalan cerita asal dan lain dari yang lain, teruskanlah mencari kerana filem ini tidak akan memberikan kepuasan kepada anda".[13] Wafa Awla dari portal Getaran pula merasakan filem ini ialah "filem aksi terbaik tempatan yang ditonton untuk tahun ini".[14] Rekomen Filem pula mengatakan filem ini tampil "aksi padat dan menggunakan formula ala Hollywood".[15]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Jay Zulkarnain kembali dalam sekuel J2: J Reribusi, eksklusif di Disney+ Hotstar MY". Kakimuvee. 4 Mei 2021. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  2. ^ a b Heidi Hsla (5 Mei 2021). "Ashraf Sinclair's last movie to be released on Disney+ Hotstar" [Filem terakhir Ashraf Sinclair bakal dikeluarkan di Disney+ Hotstar] (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! News. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  3. ^ a b Fatin Farhana Ariffin (29 Mei 2021). "Karya Malaysia ke persada dunia". Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  4. ^ Tahir Alhamzah (28 Jun 2018). "#Showbiz: Filming of J Revolusi's sequel to kick off in November" [#Hiburan: Penggambaran kesinambungan J Revolusi akan bermula pada November]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press (M) Bhd. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  5. ^ Khairul Zaman Khobin (26 Mac 2019). "Sekuel J Revolusi dapat tajuk rasmi, pencarian bakat dimulakan". Sukafilem. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  6. ^ Gerogie Joseph (18 Mei 2021). "Ralit 'kekuatan' J2: J Retribusi". Harian Metro. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  7. ^ Wawann Mohd (15 Mei 2021). "Ralit terpilih sebagai lagu tema J2: J Retribusi". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  8. ^ "Have an action-packed weekend with J2: J Retribusi starring Zul Ariffin" [Nikmati hujung minggu penuh aksi bersama J2: J Retribusi lakonan Zul Ariffin] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. 17 Jun 2021. Dicapai pada 25 Jun 2021.
  9. ^ Sudirman Mohd Tahir (25 Jun 2021). "J2: J Retribusi ditayang di Brunei". Harian Metro. Dicapai pada 25 Jun 2021.
  10. ^ Zaidi Mohamad (25 Jun 2021). "J2: J Retribusi tembusi Brunei". Berita Harian. Dicapai pada 29 Jun 2021.
  11. ^ Padin (26 Jun 2021). "J2: J Retribusi tembusi pasaran Brunei". XTRA. Dicapai pada 25 Julai 2021.
  12. ^ "J2: J Retribusi really wants to be Die Hard in Berjaya Hotel" [J2: J Retribusi benar-benar mahu Berani Mati di Hotel Berjaya] (dalam bahasa Inggeris). Googler. 2 Jun 2021. Dicapai pada 3 Jun 2021.
  13. ^ "J2: J Retribusi - Sekuel yang penuh aksi". Wayangkini. 7 Jun 2021. Dicapai pada 12 Jun 2021.
  14. ^ Wafa Awla (9 Jun 2021). "Ulasan J2: J Retribusi". Getaran. Dicapai pada 12 Jun 2021.
  15. ^ "J2: J Retribusi tampil dengan aksi padat dan menggunakan formula ala Hollywood". Rekomen Filem. 2 Jun 2021. Dicapai pada 1 Ogos 2021.

Pautan luar

sunting