Isu Exco Perak ditangkap 2008
Exco negeri Perak telah ditangkap oleh BPR kerana rasuah dan seks. Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR) dan Mohd Osman Mohd Jailu (PKR) dalam kerajaan campuran DAP-PKR-PAS ditangkap dan ditahan oleh BPR pada 20 Ogos 2008 . Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan kes rasuah seks dan RM180 juta membabitkan kelulusan projek perumahan di Seri Iskandar, Perak Tengah. Mereka disyakki menerima suapan lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan itu.Mereka disiasat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 .[1]
Turut ditahan ialah dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Mereka berumur 30-57 tahun, telah dibebaskan.Seorang bekas ADUN PKR turut ditahan BPR. Majistret Mahkamah Tinggi Ipoh, Noor Aini Yusof mengeluarkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.[2]
Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim membebaskan mereka setelah mendengar rayuan mereka. Mahkamah Majistret turut membebaskan Fairul Azrim Ismail(30). Ahli perniagaan dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin . [3]
Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar menjelaskan bahawa RM100,000 berada dalam sebuah beg milik salah seorang suspek dan lima daripada mereka ditahan di sebuah hotel pada jam 6 petang Selasa 19 Ogos 2008 . Seminggu sebelum itu RM20,000 telah bertukar tangan dan BPR bertindak atas maklumat orang ramai.
Jamaluddin Mohd Rozi dibebaskan pada 22 Ogos 2008 dengan jaminan BPR sebanyak RM20,000 tanpa deposit di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh. Jamaluddin merupakan ADUN Behrang dan bertanggungjawab terhadap portfolio pembangunan usahawan, pertanian dan perusahaan.
Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu (57) pula ADUN Changkat Jering, dan mempengerusikan portfolio pelancongan, modal insan dan NGO.
Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan tangkapan itu berunsur politik. Secara kebetulan kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 sedang rancak diadakan antara 16 - 26 Ogos 2008. BPR tidak melakukan konspirasi atau sekongkol dengan parti pemerintah. Ini kes jenayah rasuah, ramai telah ditangkap termasuk bekas ketua pengarah Imigresen dan pegawai kanan polis. Kes ini benar-benar berlaku, bukan cubaan.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menempelak Pakatan Rakyat yang memerintah 5 negeri dalam tempoh 5 bulan telah terjadi pelbagai onar. [4]
Reaksi Pakatan Rakyat
suntingPengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa penahanan anggota Exco itu adalah tindakan jahat Barisan Nasional untuk menjatuhkan pemimpin pakatan pembangkang. Kelulusan projek bukan diluluskan oleh seorang dua exco tetapi majlis exco.
Menteri Besar Perak Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin menuduh Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat dakwaaan palsu. Ini kerana mereka tidak ditahan di sebuah hotel . Kerajaan negeri Perak tidak meluluskan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.[5]
Menjadi Ahli Bebas
suntingJamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Jailu melompat dari PKR menjadi calon bebas setelah Nasaruddin Hashim (Adun Bota) menyertai PKR .Akibatnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kehilangan majoriti kerana Hee Yit Fong (Adun DAPb - Jelapang) juga menjadi calon bebas. Majlis angkat sumpah Exco baru Perak pada 10 Februari 2009, nama keempat-empat orang ini tiada dalam senarai. Surat perletakan jawatan tanpa tarikh masih tidak diterima oleh SPR kerana menyalahi kepentingan awam dan hak asasi manusia . Walaupun pembubaran DUN Behrang dan Changkat Jering tidak menjadi kenyataan tetapi Pilihan rayan kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 akan diadakan berikutan kematian ahli parlimen Harun Shaharum pada 9 Februari 2009.
Perbicaraan 10 Mac 2009 ditunda
suntingJamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Jailu tidak hadir di Mahkamah Majistret Ipoh pada 10 Februari 2009 kerana sakit. Mulanya Hakim mengeluarkan waran tangkap kepada Jamaluddin, Mohd Osman Jailu dan Usaili Elias. Tetapi pihak Jamaluddin cepat-cepsat mengemukakan surat cuti sakit .Sementara peguam bagi Mohd Othman mengemukakan surat tidak sihat. Sementara Usaili Elias datang tetapi terlewat sejam.
Mohd Osman, Jamaluddin, Usaili dan dua orang lagi - juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Ruslan Sahat dan bekas anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan - menghadapi 16 pertuduhan menerima dan meminta rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar , 20 km dari Ipoh. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 14 hingga 19 Ogos 2008. Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos 2008 di Sri Sayang Apartment di Pulau Pinang.[6]
Tertuduh keenam, ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail (30) dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos 2008 untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah turut dibicarakan secara bersama dengan empat tertuduh berkenaan.
Peguam M. Saravanan mencadangkan pihak pendakwaan memanggil perempuan yang ditawarkan kepada tertuduh kerana hanya perempuan terbabit boleh mengesahkan tuduhan berkenaan. Hanya perempuan terbabit dapat mengesahkan hubungan seks telah dilakukan. "Kenapa dia tidak dipanggil (memberi keterangan)? Adakah dia masih hidup? Adakah masih berada atau keluar dari negara ini? Sekurang-kurangnya apakah namanya?,"
Hakim ialah Azhaniz Teh.Peguam Surjan Singh mewakili Usaili, Mohd Asri Othman mewakili Fairul Azrim, M. Saravanan mewakili Zul dan Abdul Roni Rahman mewakili Mohd Osman dan Jamaluddin.[7]
Rujukan
sunting- ^ Penahanan Dua Exco Perak Tiada Kaitan Dengan Politik, Kata Ketua Pengarah BPR
- ^ Dua Anggota Exco Perak Antara Enam Ditahan Kerana Rasuah
- ^ 5 termasuk Exco Perak dibebas daripada reman
- ^ Exco Perak ditahan BPR, bukti 'kehebatan' pembangkang
- ^ http://www.malaysiakini.com/news/88366
- ^ Tarik balik waran tangkap Osman
- ^ Kes Rasuah Bekas Exco Tiada Kaitan Dengan Kejatuhan Pakatan Di Perak