Jamaluddin Mohd Radzi
Jamaluddin Mohd Radzi ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Behrang selama sepenggal (2008-2013).
Jamaluddin Mohd Radzi | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi N59 Behrang | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | R. Apalanaidu |
Digantikan oleh | Rusnah Kassim |
Majoriti | 1,027 (PRU-12) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1950-an |
Parti politik | BEBAS (2009-kini) (-2009) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Pada asalnya, beliau adalah seorang posmen sebelum menceburi bidang perniagaan. Beliau aktif dalam PKR negeri Perak dan telah bertanding dua kali untuk kerusi DUN Behrang. Beliau berjaya memenangi DUN berkenaan pada pilihan raya umum 2008 menewaskan calon BN dari MIC. Malah ketika perjumpaan antara PAS, PKR dan DAP untuk menubuhkan kerajaan di Perak, nama beliau antara yang disebut-sebut untuk dipilih menjadi Menteri Besar Perak. Akhirnya, Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dipilih.
Dalam krisis politik Perak pada Februari 2009, beliau bersama ADUN Changkat Jering, Osman Mohd Jailu dan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong telah bertindak mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas dan menyokong Barisan Nasional untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak.
Isu dan kontroversi
suntingRasuah
suntingPada 6 Februari 2013, Mahkamah Rayuan yang diwakili oleh dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara mengekalkan pembebasan mereka daripada pertuduhan rasuah.[1]