Ismail Salleh (ahli politik)

Dato' Dr. Ismail Salleh ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Kedah (2018-2020), mantan ADUN Pengkalan Kundor selama sepenggal (2018-2023) dan mantan ADUN Alor Mengkudu selama sepenggal (2008-2013) serta mantan EXCO Kedah (2008-2013).

Dato' Dr.

Ismail Salleh

DSDK (Kedah)
Pengerusi Muda Agricultural Development Authority (MADA)
Memegang jawatan
6 Jun 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriMohamad Sabu
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Pengkalan Kundor
Dalam jawatan
2018–2023
Didahului oleh Phahrolrazi Mohd Zawawi
Digantikan oleh Mardhiyyah Johari
Majoriti2,490 (PRU-14)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
2008–2013
Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Alor Mengkudu
Dalam jawatan
2008–2013
Didahului oleh Fadzil Hanafi
Digantikan oleh Ahmad Yahaya
Majoriti2,247 (PRU-12)
Butiran peribadi
Lahir (1963-09-20) 20 September 1963 (umur 60)
Kuala Terengganu, Terengganu
Parti politik (-2015)
(2015-kini)
PasanganDatin Nor Afizah Abd Aziz
Anak-anak7
PekerjaanAhli politik

Protes terhadap Menteri Besar Kedah

sunting

Pada 12 Februari 2012, Dr Ismail Salleh dan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menolak tawaran Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk melantik semula mereka sebagai exco kerajaan negeri Kedah. Exco Kedah terdiri dari 7 wakil rakyat PAS dan 3 dari PKR. Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh telah berjumpa dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penolakan tersebut. Turut menolak ialah Datuk Taulan Mat Rasul dan Dr Hamdan Mohamed Khalib. Secara tradisi, ahli exco memperbaharui sumpah jawatan mereka setiap tahun. Ketika ini, Azizan menghadiri Sultan Kedah ke Persidangan Majlis Raja-Raja di Kuala Lumpur. Dua exco tersebut tidak hadir dalam majlis, di hadapan Datuk Seri Utama Tunku Annuar Sultan Badlishah . Beberapa pihak mahu Menteri Besar melantik Phahrolrazi, seorang jurutera sebagai Timbalan Menteri Besar.[1]

Rujukan

sunting