Ahmad Yahaya

ahli politik Malaysia

YB Dato' Ahmad bin Saad @ Yahaya (Jawi: احمد @ سعد بن يحيى) (lahir 1975) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena. Di peringkat parti, beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Setar.

Yang Berhormat Dato'

Ahmad Yahaya

DSDK (Kedah)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pokok Sena, Kedah
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Mahfuz Omar
Majoriti31,751 (PRU-15)
Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia
Memegang jawatan
2021
TimbalanZulkifli Ismail
Didahului olehNik Muhammad Zawawi Salleh
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah
Memegang jawatan
2019
Didahului olehAhmad Fakhruddin Fakhrurazi
Ahli Dewan Negara
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Kedah
Dalam jawatan
25 Ogos 2020 – 1 November 2022
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Alor Mengkudu
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului oleh Ismail Salleh
Digantikan oleh Phahrolrazi Mohd Zawawi
Majoriti1,865 (PRU-13)
Butiran peribadi
LahirAhmad bin Saad @ Yahaya
1975 (49 tahun)
Jitra, Kedah
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
KediamanKedah Alor Setar, Kedah
PekerjaanPendakwah

Latar belakang

sunting

Ahmad Yahaya merupakan seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Dakwah dari Universiti Islam Riau di Indonesia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Tentera, Tok Jalai dan menyambung pengajian ke Madrasah At-Taufiqiah Batu 16 atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya.

Politik

sunting

Ahmad Yahaya melibatkan diri dalam politik sejak tahun 1997. Beliau pernah diberi kepercayaan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Alor Setar, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kedah, Setiausaha Muassasah Darul Ulum, Pengerusi Lajnah Tarbiyah, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kedah serta Setiausaha Lajnah Pendidikan PAS Pusat.

Sementara itu, jawatan yang masih disandang sebelum beliau dilantik sebagai pesuruhjaya, antaranya Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah, YDP PAS Kawasan Alor Setar dan diberi kepercayaan menjadi Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA). Selain itu, beliau juga merupakan ahli jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat.

Pilihan raya

sunting
Kerusi yang ditandingi oleh Ahmad Yahaya
Tahun Kawasan Individu Undi Lawan Undi Peratusan Mengundi Majoriti
2013 DUN Alor Mengkudu, Kedah Ahmad Yahaya (PAS) 11,453 Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah (BN-UMNO) 9,588 85.60% 1,865
Fadzil Hanafi (Bebas) 325
2018 DUN Alor Mengkudu, Kedah Ahmad Yahaya (PAS) 6,964 Abdul Malik Saad (BN-UMNO) 6,434 1,876
Phahrolrazi Mohd Zawawi (PH-Amanah) 8,840

Anugerah dan pengiktirafan

sunting
  •   Kedah
    • Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) - Dato' (2021)

Pautan luar

sunting