Hamdan Mohamed Khalib

Dr. Hamdan Mohamed Khalib ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Kedah (2008-2013) dan mantan ADUN Tanjong Dawai selama sepenggal (2008-2013).

Dr.

Hamdan Mohamed Khalib
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Tanjong Dawai
Dalam jawatan
2008 – 2013
Didahului oleh Arzmi Hamid
Digantikan oleh Tajul Urus Mat Zain
Majoriti79 (PRU-12)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
2008–2013
Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak
Butiran peribadi
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
KediamanKedah Kedah
PekerjaanAhli politik

Keluarga

sunting

Pada 4 September 2011, anak beliau, Mohd Syazmin Hamdan, 16, meninggal dunia setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)setelah kemalangan jalan raya. Anaknya itu adalah penuntut tingkatan empat Sekolah Agama Sik , menumpang kereta Perodua Kelisa yang dipandu abangnya, Mohd Syazwan. Di selekoh Pekan Jeniang sebuah lori dari arah bertentangan bertembung.Anaknya Syazwan, 18 tidak sedarkan diri.Jenazah disembahyangkan di Masjid Lama, Merbok.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Anak Exco Kedah meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-08. Dicapai pada 2012-02-05.