Ismail Salleh (ahli politik)
Dato' Dr. Ismail Salleh ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Kedah (2018-2020), mantan ADUN Pengkalan Kundor selama sepenggal (2018-2023) dan mantan ADUN Alor Mengkudu selama sepenggal (2008-2013) serta mantan EXCO Kedah (2008-2013).
Dato' Dr. Ismail Salleh DSDK (Kedah) | |
---|---|
Pengerusi Muda Agricultural Development Authority (MADA) | |
Memegang jawatan 6 Jun 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Mohamad Sabu |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Pengkalan Kundor | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Didahului oleh | Phahrolrazi Mohd Zawawi |
Digantikan oleh | Mardhiyyah Johari |
Majoriti | 2,490 (PRU-14) |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Menteri Besar Kedah | Azizan Abdul Razak |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Alor Mengkudu | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | Fadzil Hanafi |
Digantikan oleh | Ahmad Yahaya |
Majoriti | 2,247 (PRU-12) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kuala Terengganu, Terengganu | 20 September 1963
Parti politik | (-2015) (2015-kini) |
Pasangan | Datin Nor Afizah Abd Aziz |
Anak-anak | 7 |
Pekerjaan | Ahli politik |
Protes terhadap Menteri Besar Kedah
suntingPada 12 Februari 2012, Dr Ismail Salleh dan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menolak tawaran Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk melantik semula mereka sebagai exco kerajaan negeri Kedah. Exco Kedah terdiri dari 7 wakil rakyat PAS dan 3 dari PKR. Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh telah berjumpa dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penolakan tersebut. Turut menolak ialah Datuk Taulan Mat Rasul dan Dr Hamdan Mohamed Khalib. Secara tradisi, ahli exco memperbaharui sumpah jawatan mereka setiap tahun. Ketika ini, Azizan menghadiri Sultan Kedah ke Persidangan Majlis Raja-Raja di Kuala Lumpur. Dua exco tersebut tidak hadir dalam majlis, di hadapan Datuk Seri Utama Tunku Annuar Sultan Badlishah . Beberapa pihak mahu Menteri Besar melantik Phahrolrazi, seorang jurutera sebagai Timbalan Menteri Besar.[1]