Isabella dari Perancis
- Untuk tokoh lain yang bernama Isabella dari Perancis, sila lihat Isabella dari Perancis (nyahkekaburan).
Isabella dari Perancis (sekitar 1295 – 22 Ogos, 1358), kadang kala digambarkan sebagai Serigala Jadian dari Perancis,[1] merupakan seorang permaisuri kepada Edward II dari England dan ibu kepada Edward III. Beliau merupakan anak termuda dan satu-satunya anak perempuan yang hidup bagi Philip IV dari Perancis dan Joan I dari Navarre.
Isabella dari Perancis | |
---|---|
Permaisuri England | |
Tempoh | 25 Januari 1308 - 20 Januari 1327 |
Kemahkotaan | 25 Februari 1308 |
Pemakaman | Gereja Grey Friars di Newgate |
Pasangan | Edward II dari England |
Anakanda | Edward III dari England John dari Eltham, Earl Cornwall Eleanor, Countess Guelders Joan, Ratu Scotland |
Kerabat | Kerabat Capet (melalui kelahiran) Kerabat Plantagenet (melalui perkahwinan) |
Ayahanda | Philip IV dari Perancis |
Bonda | Joan I dari Navarre |
Perkahwinan
suntingKetika masih bayi, Isabella dijanjikan untuk dikahwinkan oleh bapanya kepada Raja Edward II dari England; bertujuan bagi menyelesaikan pertikaian antara Perancis dan England berkenaan milik England ke atas Gascony dan tuntutan ke atas Anjou, Normandy dan Aquitaine. Pope Boniface VIII telah menggalakkan perkahwinan tersebut seawal 1298 tetapi telah dilewatkan oleh tawar menawar mengenai syarat kontrak perkahwinan. Raja Inggeris, Edward I, turut cuba membatalkan pertunangan tersebut beberapa kali. Hanya selepas kematiannya, pada 1307, barulah perkahwinan tersebut berlaku.
Bakal suami Isabella, Raja Edward II yang baru, kelihatan sebagai raja Plantagenet yang sempurna. Dia tinggi, seperti ahli sukan, dan popular pada awal pemerintahannya. Isabella dan Edward dikahwinkan di Boulogne-sur-Mer pada 25 Januari 1308.
Pada masa perkahwinannya, Isabella kemungkinannya sekitar dua belas tahun dan digambarkan oleh Geoffrey dari Paris sebagai "tercantik antara yang cantik... dalam jajahan takluk sekiranya tidak di seluruh Eropah." Perkataan ini mungkin bukan sekadar mewakili kesopanan dan pujian piwaian di raja oleh seorang pengarang, oleh kerana bapa Isabella dan saudara lelakinya digambarkan sebagai amat kacak dalam penulisan sejarah. Isabella dikatakan menyerupai bapanya, dan bukan ibunya, ratu regnant dari Navarre, wanita gempal dengan kulik agak gelap.[2] Ini menunjukkan bahawa Isabella adalah langsing dan berkulit putih.
Lihat juga
suntingNota
sunting- ^ A sobriquet appropriated from Shakespeare's Henry VI, Part 3, where it is used to refer to Henry's Queen, Margaret dari Anjou
- ^ Thomas B. Costain "The Three Edwards", P.82
Sumber
sunting- Blackley, F.D. Isabella of France, Queen of England 1308-1358, and the Late Medieval Cult of the Dead. (Canadian Journal of History)
- Doherty, P.C. Isabella and the Strange Death of Edward II, 2003
- McKisack, May. The Fourteenth Century 1307-1399, 1959.
- Woods, Charles T. Queens, Queans and Kingship, appears in Joan of Arc and Richard III: Sex, Saints and Government in the Middle Ages, 1988.
- Weir, Alison. Queen Isabella:Treachery, Adultery, and Murder in Medieval England, Balantine Books, 2005.
Pautan luar
suntingKerabat diraja England | ||
---|---|---|
Kosong Gelaran dipegang dahulu oleh Marguerite dari Perancis |
Permaisuri England Lady Ireland 25 Januari, 1308 - 20 Januari, 1327 |
Kosong Gelaran dipegang kemudian oleh Philippa dari Hainault |
Kosong Gelaran dipegang dahulu oleh Eleanor dari Provence |
Ibu Ratu 1327 - 1358 |
Kosong Gelaran dipegang kemudian oleh Catherine dari Valois |