Sukan Olimpik Musim Panas 1896

(Dilencongkan daripada I Summer Olympic)


Sukan Olimpik Musim Panas 1896 (Bahasa Inggeris: 1896 Summer Olympics; Yunani: Θερινοί Ολυμπιακοί Αγώνες 1896, rumi: Therinoí Olympiakoí Agónes 1896) juga Sukan Olimpiad I atau Athens 1896 merupakan acara pelbagai sukan yang telah diadakan di Athens, Yunani. Sukan ini merupakan Sukan Olimpik moden pertama yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Sukan Olimpik 1896 diadakan dari 6 April hingga 15 April 1896.[2] Acara-acara yang diadakan termasuklah olahraga, lumba basikal, lawan pedang, gimnastik, menembak, renang, tenis, angkat berat dan gusti.[3]

Sukan Olimpik I
Laporan rasmi Sukan Olimpik Musim Panas 1896
Hos BandarAthens, Yunani
Negara14
Atlet241 (kesemuanya lelaki)
Acara43 dalam 9 sukan (10 disiplin)
PembukaanKalendar Gregorius: 6 April 1896
Takwim Julius: 24 Mac 1896
PenutupanKalendar Gregorius: 15 April 1896
Takwim Julius: 2 April 1896
Dibuka oleh
StadiumStadium Panathenaic

Acara sukan

sunting

Pada mulanya, lumba dayung dan kanu telah dijadualkan tetapi kedua-dua acara tersebut terpaksa dibatalkan disebabkan oleh cuaca yang buruk.[4]

Negara peserta

sunting

Pada masa itu, konsep negara peserta belum wujud, dan peserta dikira secara individu. Walau bagaimanapun, rekod kewarganegaraan peserta individu juga disimpan, dan berikut ialah negara-negara yang mempunyai peserta dalam Sukan Olimpik 1896:[5]

Pungutan pingat

sunting

14 negara, termasuklah pasukan campuran yang terdiri daripada atlet dari beberapa negara yang berbeza, telah bertanding dalam temasya ini. Amerika Syarikat telah mendapat bilangan pingat yang terbanyak, diikuti dengan tuan rumah Yunani.[6]

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  Amerika Syarikat (USA)117220
2  Yunani (GRE)*10181947
3  Jerman (GER)65213
4  Perancis (FRA)54211
5  Great Britain (GBR)2327
6  Hungary (HUN)2136
7  Austria (AUT)2125
8  Australia (AUS)2002
9  Denmark (DEN)1236
10  Switzerland (SUI)1203
11  Pasukan Bercampur (ZZX)1012
Jumlah (11 negara)434336122

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Factsheet – Opening Ceremony of the Games of the Olympiad" (PDF) (Siaran akhbar). International Olympic Committee. September 13, 2013. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 August 2016. Dicapai pada 22 December 2018.
  2. ^ History com Editors. "First modern Olympic Games". HISTORY (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-06.
  3. ^ "Athens 1896". International Olympic Committee. Dicapai pada 6 April 2021.
  4. ^ Coubertin–Philemon–Politis–Anninos (1897), 98–99, 108–109
  5. ^ Athens 1896 – Games of the I Olympiad, International Olympic Committee
  6. ^ "Athens 1896 Medal Table". Olympics.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-02.

Pautan

sunting
Didahului oleh
Tiada
Sukan Olimpik Musim Panas
Athens

I Olympiad (1896)
Diikuti oleh:
Paris