Hyeonjong dari Goryeo

Hyeonjong dari Goryeo (Jawi: هيونجوڠ دري ڬوريو; 1 Ogos 992 – 17 Jun 1031), nama peribadi Wang Sun, ialah pemerintah ke-8 dinasti Goryeo Korea. Baginda ialah cucu kepada pengasas dinasti Raja Taejo. Baginda dilantik oleh ketua tentera Kang Cho, yang dipanggil Raja Mokjong sebelumnya untuk memusnahkan rancangan oleh Kim Ch'i-yang. Semasa pemerintahannya, dinasti Goryeo berperang dua kali melawan dinasti Liao Khitan.

Hyeonjong dari Goryeo
고려 현종
高麗 顯宗
Raja Goryeo
Pemerintahan1009–1031
Kemahkotaan1009
Balai Yeonchong, Gaeju, Goryeo
Didahului olehMokjong dari Goryeo
Diikuti olehDeokjong dari Goryeo
KeputeraanWang Sun
1 Ogos 992
Gaeseong-bu, Goryeo
Kemangkatan17 Jun 1031 (umur 38)
Balai Junggwang, Gaegyeong, Goryeo
PemakamanSeolleung (선릉, 宣陵)
Raja permaisuriPermaisuri Wonjeong (k. 1009; m. 1018)
Permaisuri Wonhwa
Permaisuri Wonseong (k. 1011; m. 1028)
Suri Damping
Anakanda
Nama selepas mangkat
Raja Agung Daehyo Deokwi Dalsa Wonmun
(대효덕위달사원문대왕, 大孝德威達思元文大王)
Nama tokong
Hyeonjong (현종, 顯宗)
KerabatWang
WangsaGoryeo
AyahandaAnjong dari Goryeo
BondaPermaisuri Balu Hyosuk
Korean name
Hangul현종
Hanja
Perumian SemakanHyeonjong
McCune–ReischauerHyŏnjong
Nama lahir
Hangul왕순
Hanja
Perumian SemakanWang Sun
McCune–ReischauerWang Sun
Nama sopan
Hangul안세
Hanja
Perumian SemakanAnse
McCune–ReischauerAnse
Nama Dharma
Hangul선재
Hanja
Perumian SemakanSeonjae
McCune–ReischauerSŏnjae
Nama anumerta
Hangul원문대왕
Hanja大王
Perumian SemakanWonmun Daewang
McCune–ReischauerWŏnmun Taewang

Biografi

sunting

Pada 1 Ogos 992, Wang Sun diputerakan daripada hubungan sulit antara Putera Wang Uk (kemudian diberi nama kuil Anjong secara anumerta) dan anakanda saudaranya yang balu, Permaisuri Heonjeong. Akibat hubungan sulit itu, ayahandanya, Wang Uk, dibuang negeri dan ibundanya mangkat ketika keputeraannya.[1]

Wang Sun adalah pewaris kepada Raja Mokjong yang tidak mempunyai anak, namun permaisuri balu, Permaisuri Balu Cheonchu, berusaha untuk mendapatkan puteranya dengan kekasihnya, Kim Ch'i-yang, sebagai raja seterusnya. Baginda terpaksa menjadi seorang bhikkhu atau sami. Permaisuri Balu Cheonchu akan cuba menghantar pembunuh upahan untuk membunuh Wang Sun, namun, kepala biara kuilnya berjaya menggagalkan percubaan itu.[1]

Pada tahun 1009, pemeriksa tentera Seobukmyeon, Kang Cho, menggulingkan Raja Mokjong dan melantik Wang Sun sebagai raja Goryeo yang seterusnya. Pada tahun 1010, Khitan menyerang Goryeo, menggunakan penggulingan Raja Mokjong sebagai alasan peperangan. Hyeonjong terpaksa meninggalkan ibu kota buat sementara waktu dan dengan bantuan Jeneral Kang Kam-ch'an mengarahkan istana berpindah jauh ke selatan ke bandar pelabuhan Naju.[2] Kang Cho cuba menghalang penceroboh asing tetapi dikalahkan dalam pertempuran dan ditangkap. Semasa melarikan diri daripada pencerobohan Khitan, Hyeonjong bertemu Kim Un-bu di Gongju, dan berkahwin dengan anak perempuannya, Permaisuri Wonseong. Akhirnya, Goryeo menolak Khitan dan memaksa mereka berundur dari tanah Korea.[1]

Pada tahun 1019, apabila Goryeo terus enggan menyerahkan atau mengembalikan wilayah utara, Khitan menyerang sekali lagi. Jeneral Goryeo, termasuk Kang Kam-ch'an, dapat menyebabkan kekalahan besar kepada tentera Khitan dalam Pertempuran Kwiju.[3] Khitan berundur tanpa mencapai tuntutan mereka dan tidak pernah lagi menyerang Goryeo. Kedua-dua Dinasti Liao dan Goryeo menikmati masa aman, dan budaya mereka berada di puncaknya.

Sementara itu, Hyeonjong mengarahkan kompilasi Tripitaka Koreana, iaitu 6,000 jilid. Ia tindakan mengukir bongkah kayu yang dianggap sebagai cara untuk membawa perubahan dalam nasib dengan memohon bantuan Buddha.

Keluarga

sunting
  1. Permaisuri Wonjeong dari suku Kim Seonsan (d. 1018); sepupu - Tiada waris.
  2. Permaisuri Wonhwa dari suku Choi Gyeongju clan; sepupu.
    1. Puteri Hyojeong
    2. Puteri Cheonsu (천수전주)[4]
    3. Wang Su (왕수)[5]
  3. Permaisuri Wonseong dari suku Kim Ansan (d. 1028)
    1. Putera Mahkota Wang Heum
    2. Wang Hyeong, Putera Pyeongnyang
    3. Permaisuri Inpyeong
    4. Puteri Gyeongsuk[6]
  4. Permaisuri Wonhye dari suku Kim Ansan (d. 1022)
    1. Wang Hwi, Putera Nakrang
    2. Wang Gi, Duke Pyeongnyang
    3. Permaisuri Hyosa
  5. Permaisuri Wonyong dari suku Yu Chŏngju; sepupu – Tiada waris.
  6. Permaisuri Wonmok dari suku Seo Icheon (d. 1057) – Tiada waris.
  7. Permaisuri Wonpyeong dari suku Kim Ansan (d. 1028)
    1. Puteri Hyogyeong [7]
  8. Suri Damping Murni Wonsun dari suku Kim Gyeongju
    1. Permaisuri Gyeongseong
  9. Suri Damping Mulia Wonjil of the suku Wang Kaeseong – Tiada waris.
  10. Suri Damping Mulia, dari suku Yu (귀비 유씨) – Tiada waris.
  11. Puan Besar Istana Hwon-yeong suku Han Yangju (궁인 한훤영)
    1. Wang Chung (왕충)[8]
  12. Puan Besar Istana Yi (궁인 이씨)
  13. Puan Besar Istana Bak (궁인 박씨)
    1. Puan Besar Aji (아지)

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Vermeersch, Sem (2013). "Royal Ancestor Worship and Buddhist Politics: The Hyŏnhwa-sa Stele and the Origins of the First Koryŏ Tripitaka". Journal of Korean Studies. 18 (1): 115–146. doi:10.1353/jks.2013.0008. ISSN 2158-1665. Dicapai pada 12 November 2023.
  2. ^ "Gang Gam-chan,the Great Goryeo General". KBS World. December 6, 2012. Dicapai pada 24 January 2024.
  3. ^ "Goryeo-Khitan War and Qing invasion of Joseon". Dong A Ilbo. November 21, 2023. Dicapai pada 24 January 2024.
  4. ^ 천수전주 (dalam bahasa Korea).
  5. ^ 《고려사》 권4, 세가4 현종1, 현종 7년(1016년) 6월 8일 (경진) – 왕자가 항춘전(恒春殿)에서 태어나자, 왕수(王秀)라는 이름을 하사하였다.
  6. ^ 경숙공주 (dalam bahasa Korea).
  7. ^ 효경공주 (dalam bahasa Korea).
  8. ^ Married his half niece, Lady Yu (부인 유씨; 婦人 劉氏) who was Deokjong's daughter. In Goryeosa, Wang Chung appeared with the title of "Geomgyotaesa" (검교태사, 檢校太師; "Taesa" is a type of post that given to a servant, public servant, and high-ranking official during the Goryeo dynasty period while "Geomgyo" is like a kind of honorary position) and a believer of Buddhism.[1][2]
Hyeonjong dari Goryeo
Tarikh keputeraan: 1 Ogos 992 Tarikh kemangkatan: 17 Jun 1031
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Mokjong
Raja Goryeo
1009–1031
Diikuti oleh:
Deokjong