Hutan Montane
(Dilencongkan daripada Hutan montane)
Hutan Montane merujuk kepada kawasan hutan yang terdapat pada ketinggian 1,200 - 1,500 meter dari paras laut yang kebanyakan spesiesnya bersaiz sederhana seperti Pokok Mempening, Pokok Berangan, Pokok Damar Minyak, dan Pokok Podo.
Perkataan "montane" pada dirinya merupakan istilah biogeografi yang merujuk kepada kawasan tanah tinggi yang terletak di bawah garisan pokok. Kawasan montane umumnya mempunyai suhu yang lebih dingin dan seringnya hujan yang lebih lebat, berbanding dengan kawasan tanah pamah yang berhampiran. Kawasan itu juga merupakan tempat kediaman untuk komuniti tumbuhan dan haiwan yang tersendiri.
Kawasan di atas garisan pokok dikenali sebagai kawasan iklim alp.
Galeri
sunting-
Hutan (pokok bic berdaun lebar) daun luruh di Slovenia.
-
Hutan di Pulau San Juan, Washington.