California Utara
California Utara merupakan bahagian utara negeri California di Amerika Syarikat. Pada wilayah ini terdapat Kawasan Teluk San Fransisco, bandar ke-3 terbesar di California San Jose, ibu negeri California Sacramento, dan juga hutan Sequoia, pantai California utara, garis pantai Big Sur, Lembah Yosemite, Tasik Tahoe dan Gunung Shasta.