Tanah pamah ialah kawasan datar atau beralun yang berketinggian kurang daripada 180 m dari aras laut. Kawasan tanah pamah Malaysia terdiri daripada delta, dataran pantai dan lembangan sungai.

Tempat

sunting

Di Semenanjung Malaysia

sunting

Tanah pamah di Semenanjung Malaysia terletak di bahagian pantai barat dan pantai timur Dataran Kedah–Perlis, Dataran Hulu Sungai Perak, Dataran Kelantan dan sebagainya.

Antara kawasan tanah pamah yang utama di Semenanjung Malaysia ialah:

Dataran Kedah–Perlis

sunting
  • Bermula dari utara, iaitu di negeri Perlis seterusnya hingga ke selatan negeri Kedah.
  • Kawasan tanah pamah yang rata terdiri daripada jenis tanih aluvium.
  • Kawasan yang sesuai untuk penanaman padi.

Dataran Kelantan

  • Tanah pamah yang rendah dan rata.
  • Diliputi tanih jenis aluvium.
  • Kawasan yang subur untuk kegiatan pertanian.

Dataran Hulu Sungai Perak

  • Sambungan jaluran tanah pamah dari utara ke selatan negeri Perak.
  • Kawasan tanah pamahnya luas.
  • Kawasan tanah pamah sesuai untuk pelbagai kegiatan ekonomi.

Di Sabah dan Sarawak

sunting

Kawasan tanah pamah terletak di pantai timur dan pantai barat negeri Sabah. Dataran di pantai timur Sabah adalah lebih luas berbanding pantai barat. Dataran di sepanjang pantai barat negeri Sarawak pula merupakan tanah pamah yang luas. Delta Rajang membentuk lembangan yang luas di pantai barat negeri Sarawak.

Delta Rajang

sunting
  • Dataran luas dan subur.
  • Delta Rajang membentuk lembangan yang luas di pantai barat Sarawak
  • Kegiatan pertanian dijadikan kegiatan utama.
  • Tanih subur akibat mendapan daripada kejadian banjir.

Dataran Pantai Barat Sarawak

sunting
  • Dataran yang luas dan terdiri daripada tanih yang subur untuk kegiatan pertanian seperti lada hitam, padi dan nanas.
  • Sangat sesuai sebagai pusat petempatan dan pentadbiran.

Dataran Pantai Timur Sabah

  • Dataran di pantai timur Sabah adalah lebih luas berbanding pantai barat.
  • Kawasan tanah pamah lebih lebar.
  • Terdapat banyak kawasan berpaya.
  • Sesuai untuk kegiatan pertanian seperti tanaman kelapa sawit, getah dan koko.

Dataran Pantai Barat Sabah

sunting
  • Tanah pamah yang agak sempit dan terputus-putus.
  • Terbentuk di kaki Banjaran Crocker.
  • Sesuai untuk kegiatan perindustrian seperti di Likas dan Kepayan.