Tambun
Tambun berada didalam mukim Hulu Kinta, daerah Kinta dan terletak berdekatan dengan bandaraya Ipoh, Perak, Malaysia. Kawasan ini merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang kini menjadi kawasan perdagangan, perniagaan dan perindustrian serta perlancongan yang penting di Perak.
Bandar baru Tambun dibina sekitar tahun 1990. Bandar Baru Tambun terletak berdekatan dengan Bercham, Taman Canning, Ipoh Garden, Jalan Tambun, Jalan Harimau (Tiger Lane), Hospital Pantai Putri, Jaya Jusco dan pasar hiper Tesco.
Jalan Tambun menghubungkan bandar Ipoh dengan Tanjung Rambutan dan Ulu Kinta. Di sebelahnya ialah Taman Perpaduan. Di sini juga terdapatnya kem tentera iaitu Kem Syed Putra.
Antara lokasi yang menarik di Tambun adalah Gua Tambun dan pusat rekreasi Lost World of Tambun.
Sejarah
suntingDikatakan bahawa Tambun diasaskan atau dipelopori oleh seorang hartawan perlombongan misteri yang dikenali dengan nama samaran Kulup Lembang (penyelenggara tanah dan tapak Masjid Warisan Al-Khairiah) tetapi menurut salah seorang waris keturunannya, dakwaan tersebut kekurangan bukti yang menyokongnya.[1]
Hartawan perlombongan misteri yang memakai nama samaran Kulup Lembang itu juga membesarkan beberapa keluarga beliau dikaki Gunung Datok yang mempunyai kaitan sejarah silam dengan Menteri Ngah Ibrahim yang lebih terkenal di Larut. [2]
Sering diceritakan oleh orang-orang tua di Tambun bahawa kemisterian Kulup Lembang itu telah menarik perhatian seorang anak Raja yang mempunyai kontroversi-kontroversi tersendiri. Beliau sering turun padang melawat Tambun dan bertanya soalan berikut secara spontan kepada sesiapa sahaja yang beliau temui didalam lawatan beliau: "Siapakah Tok Lembang?". Hari ini perilaku beliau masih menjadi tanda-tanya kepada penduduk Tambun. Apakah beliau sememangnya tidak tahu akan identiti sebenar Kulup Lembang atau apakah beliau berpura-pura buat tidak tahu dan hanya mahu mengenal pasti siapa lagi yang tahu akan rahsia besar yang disimpan oleh tokoh hartawan perlombongan misteri itu. Siapakah anak Raja itu kepada Kulup Lembang? Apa mungkinkah beliau sebenarnya waris Kulup Lembang? Begitulah rupa dan bentuk persoalan yang sering bermain dibenak fikiran penduduk Tambun hari ini.[3]
Kulop Noman, anak kepada Panjang Seman, adalah satu lagi nama besar didalam lipatan sejarah Tambun. Malangnya beliau telah terlibat didalam kegiatan rompakan berkumpulan yang terkenal bermaharajalela di Tambun. Beliau akhirnya ditangkap oleh pihak berkuasa dan sebagai pengajaran, beliau telah dijadikan sebagai buruh tahanan yang telah dijatuhkan hukuman terpaksa melakukan kerja-kerja kasar selama tiga tahun pada tahun 1889.[4]
Wakil Rakyat
sunting2022 - DATO SERI ANWAR IBRAHIM MENANG MENEWASKAN PEJA. REFORMASI DI TAMBUN MEMBENARKAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI KE-10 MALAYSIA.
Kawasan Parlimen P 63 Tambun mempunyai (65,219) pengundi, kaum Melayu : 63.34% Cina : 23.46% India: 11.73% Lain: 1.49%
- Dalam pilihan raya 1999 , Suruhanjaya Pilhan raya (SPR) mengisytiharkan kawasan ini dimenangi oleh : Dato' Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dari (Barisan Nasional - UMNO ) dengan majoriti sebanyak 7,084
- Dalam pilihan raya 2004 ,Dato' Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dari (Barisan Nasional - UMNO )menewaskan Dr Khairuddin Abd Malek dari parti ( PAS ) Jumlah Undi:14464 . Majoriti.pengundi :17360 , Jumlah Undi : :47568 , Undi Rosak : 1280 dan % Mengundi ialah : 72.93
- N.23 MANJOI - YB. Nadzri Bin Ismail ( BN)
- N.24 HULU KINTA - YB. Rusnah Binti Kassim ( BN)