Gunung Gerah
Gunung Gerah yang terletak di kawasan Hutan Simpan Belum, Perak/Kelantan, di utara Semenanjung Malaysia[1], mempunyai ketinggian setinggi 2,103 meter (6,898 kaki).
Gunung Gerah | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 2,103 m (6,900 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Daerah Hulu Perak, Perak Jajahan Gua Musang, Kelantan |
Induk banjaran | Banjaran Titiwangsa |
Gunung Gerah mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.[2]
Gunung Gerah terletak berhampiran dengan Gunung Shoid, Gunung Chamah, Gunung Ulu Sepat, Gunung Bilah, dan Gunung Bieh.[3]
Laluan mendaki
suntingTerpaksa berjalan kaki sejauh 70 km dari Pos Kemar.
- Dengan pacuan 4 roda dari Felda Lasah ke Pos Kemas selama 4 jam hingga ke Kampung Orang Asli Lerla .
- Naik bot dari Tasik Temenggor ke Pos Kemas selama 4 jam dan tiba diPos Kemar. Selepas itu berjalan kaki sejauh 10 km ke Kampung Lerla .
- Dari Kampung Lerla ke Kampung Agik 9.5 km, melalui lima anak sungai besar dan kecil. Mendaki 2 bukit yang hampir 90' tinggi dan menuruni cerun curam.
- Melintasi Sungai Temenggor , permatang dan rabung gunung. Permatang ini menjadi garis sempadan Perak dengan Kelantan.
- Kem Ulu Sungai Gerah. Banyak pokok periuk kera bersaiz besar , pokok sarsi, tongkat Ali, kacip Fatimah dan orkid hutan.
Dari puncak gunung kelihatan Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat , Gunung Yong Yap, Gunung Bieh di Banjaran Titiwangsa. Lain-lain gunung berhampiran ialah Gunung Bilah, Gunung Sepat dan Gunung Belatok.
Lihat juga
sunting- Tasik Temenggor dibina 1970 dan siap 1974.
- Pelancongan di Negeri Perak