Anggerik

(Dilencongkan daripada Orkid)

Anggerik (Jawi: اڠݢريق) atau orkid (Jawi: اوركيد) ialah jenis bunga yang termasuk dalam keluarga tumbuhan berbunga Orchidaceae. Keluarga tersebut merupakan satu dari dua keluarga tumbuhan berbunga paling besar bersama Asteraceae, ia mempunyai kira-kira 28,000 spesies yang diterima dalam 763 genus.[2][3] Keluarga bunga anggerik merangkumi kira-kira 6–11% daripada semua tumbuhan berbenih.[4] Bunga anggerik datang dalam pelbagai warna dan berbau harum.

Anggerik
Orkid
Julat zaman: 80 Ma
Zmn Bt Kapur Akhir - kini
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Orchidaceae

Subfamili
Taburan keluarga Orchidaceae

Sejak tumbuhan orkid ini mula ditanam sebagai pokok hiasan pada abad ke-19, ahli-ahli hortikultur telah menghasilkan lebih daripada 100,000 kacukan dan kultivar.

Anggerik jenis Vanda Miss Joaquim merupakan bunga kebangsaan negara Singapura.

Etimologi

sunting

Istilah "orkid" meminjam daripada kata bahasa Inggeris orchid, istilah orchid diperkenalkan pada tahun 1845 oleh ahli botani Inggeris John Lindley dalam buku School Botany[5] memendekkan nama keluarga Orchidaceae.[6]

Taksonomi

sunting

Nama keluarga Orchidaceae datang daripada genus tumbuhan Orchis daripada kata bahasa Yunani Purba ὄρχις órkhis yang bermaksud "buah zakar" kerana bentuk umbi kembar dalam sesetengah spesies Orchis.[7][8][9]

Botani

sunting

Semua spesies anggerik ialah tumbuhan saka dan herba tanpa struktur berkayu kekal. Pokok bunga anggerik boleh tumbuh mengikut dua corak:

  • monopodial: batang pokok tumbuh dari tunas tunggal, daun ditambah dari apeks tunas setiap tahun dan batang tumbuh panjang mengikutnya.
  • simpodial: satu batang belakang yang tua dan satu batang depan yang muda.[10] Pokok menumbuhkan beberapa pucuk bersebelahan yang mencapai saiz tertentu, berbunga dan layu diganti.

Daun-daun pokok anggerik ringkas dengan urat selari. Daun-daun ini berbentuk bujur, mata lembing, atau hampir bulat; saiz daun pada tumbuhan individu tidak tetap.

Bunga anggerik terdiri daripada 5 bagian utama iaitu sepal (kelopak bunga), petal (mahkota bunga), benang sari, putik dan ovari (bakal buah).[11] Sekuntum bunga anggerik mempunyai tiga kelopak, tiga ranggi dan satu ovari tiga ruang. Ketiga-tiga kelopak dan dua ranggi ini selalunya nampak serupa tetapi satu ranggi yang tinggal diubahsuai membentuk "bibir" (labellum). "Bibir" ini dalam bunga banyak genus anggerik berputar 180° dan masuk ke bawah sulurnya; sulur ini dicantumkan dengan ginoesium menjadi turus.[12][13] "Bibir" ini berfungsi menarik atau memerangkap serangga yang hinggap di bunga tersebut.[14][15][13][16]

Berikut merupakan antara genus paling terkenal keluarga anggerik:

 
Bungga anggerik
 
Pokok anggerik yang dipasangkan kepada tiang membentuk anggerik gergasi.

Rujukan

sunting
  1. ^ Angiosperm Phylogeny Group (Oktober 2009). "An update of the Angiosperm Phylogeny Group classification for the orders and families of flowering plants: APG III". Botanical Journal of the Linnean Society. 161 (2): 105–121. doi:10.1111/j.1095-8339.2009.00996.x.
  2. ^ Christenhusz, M. J. M. & Byng, J. W. (Mei 2016). "The number of known plants species in the world and its annual increase". Phytotaxa. 261 (3): 201–217. doi:10.11646/phytotaxa.261.3.1.
  3. ^ "WCSP". World Checklist of Selected Plant Families. Dicapai pada 2 April 2010.
  4. ^ Yohan Pillon & Mark W. Chase (November 2007). "Taxonomic exaggeration and its effects on orchid conservation". Conservation Biology. 21 (1): 263–265. doi:10.1111/j.1523-1739.2006.00573.x. PMID 17298532.
  5. ^ Online Etymology Dictionary, "orchid".
  6. ^ Grigson, G. (1973). A Dictionary of English Plant Names. London: Allen Lane. ISBN 978-0-7139-0442-0.
  7. ^ Joan Corominas (1980). Breve Diccionario Etimológico de la Lengua Castellana. Ed. Gredos. m/s. 328. ISBN 978-84-249-1332-8.
  8. ^ Hyam, R. & Pankhurst, R.J. (1995). Plants and their names : a concise dictionary. Oxford: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-866189-4.
  9. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "ὄρχις". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  10. ^ Nash, N.; Frownie, S. (2008). Complete guide to orchids. Meredith Publishing Group. m/s. 12.
  11. ^ Gunawan, Dr. Ir. Livy Winata (1992). Budidaya Anggrek. Jakarta: PT Penebar Swadaya. m/s. 3. ISBN 979-8031-84-9.
  12. ^ Carr, Gerald (30 Oktober 2005). "Flowering Plant Families". Vascular Plant Family. Jabatan Botani Universiti Hawaii. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
  13. ^ a b "Structure of orchid flowers". New Zealand Plant Conservation Network. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
  14. ^ Hoffman, Noel; Brown, Andrew (Ogos 2011). Orchids of South-West Australia (ed. 3rd). Gooseberry Hill: Noel Hoffman. m/s. 13. ISBN 9780646562322.
  15. ^ Brown, Andrew; Dixon, Kingsley; French, Christopher; Brockman, Gary (2013). Field guide to the orchids of Western Australia : the definitive guide to the native orchids of Western Australia. Floreat, Australia Barat: Simon Nevill Publications. m/s. 16–17. ISBN 9780980348149.
  16. ^ Zimmermann, Pedro. "Anatomy of an Orchid". Brasilian Orchid Organisation. Dicapai pada 3 Ogos 2022.

Pautan luar

sunting