Anjing gunung besar Switzerland
Anjing gunung besar Switzerland[a] ialah satu baka anjing yang dikembangkan di Banjaran Alp Switzerland. Nama sennenhund merujuk orang yang dipanggil senn atau senner, iaitu penternak tenusu dan gembala dan di Banjaran Alp Switzerland. Anjing gunung besar Switzerland hampir tentu merupakan hasil pengawanan anjing peribumi dengan anjing jenis mastif besar yang dibawa ke Switzerland oleh penetap asing.[1] Ia diandaikan hampir pupus menjelang lewat abad ke-19, oleh sebab kerjanya dilakukan oleh baka lain atau mesin, tetapi ditemukan semula pada awal tahun 1900-an.[2]
Negara asal | Switzerland | ||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Piawaian bakanya mensyaratkan lapis bulu hitam, putih, dan berwarna karat.
Antara keempat-empat sennenhund, atau anjing gunung Switzerland, baka ini dianggap sebagai yang tertua dan juga merupakan yang terbesar.
Sejarah
suntingSejarah baka
suntingAsal usul anjing gunung besar Switzerland tidak diketahui. Mulai tahun 1515, lembah-lembah terpencil di Switzerland lebih kurang terpencil daripada sejarah dunia selama tiga abad. Baka-baka anjing spesifik dihasilkam melalui pembiakbakaan dalam dan anak-anak anjing diberikan kepada jiran dan ahli keluarga.[3][1]
Pembiakbakaan terpilih
suntingAnjing gunung besar Switzerland ialah baka tarikan dan penggiring yang berprestasi baik di kawasan-kawasan bergunung-ganang.[2][4] Kepopularannya sebagai anjing tarikan membawa kepada nama gelar "kuda orang miskin".[1]
Pembaharuan baka
suntingTeori lazim[nyatakan menurut siapa?]
suntingAda andaian bahawa anjing gunung besar Switzerland telah hampir pupus menjelang lewat abad ke-19, oleh sebab kerjanya dilakukan oleh baka atau mesin lain, tetapi ditemukan semula pada awal tahun 1900-an.[2]
Heim ialah pakar sennenhund dan mula menggalakkan para pembiak baka untuk menanam minat terhadap anjing-anjing ini. Usaha ini menghasilkan pengasasan semula baka ini.[5] Kelab baka pertama ditubuhkan pada tahun 1912 untuk mempromosikan anjing gunung besar Switzerland.[4] Anjing gunung Bern dan anjing gunung besar Switzerland merupakan dua daripada empat anjing jenis ladang yang tersendiri yang berasal dari Switzerland yang telah diselamatkan daripada kepupusan dan dihidupkan semula oleh Schertenlieb pada lewat tahun 1800-an.[6]
Teori sekunder[nyatakan menurut siapa?]
suntingDr. Hans Raber mengulas tentang perselisihan ini dalam buku beliau, Die Schweizer Hunderassen:[3]
Terjemahan: Jika anjing ini umumnya dibela pada sekitar tahun 1870, sukar dipercayai bahawa hanya 30 tahun kemudian anda hanya dapat menemukannya di lembah-lembah terpencil di kawasan Bern.
— Dr. Hans Raber, Die Schweizer Hunderassen
Walaupun Heim telah mengatakan bahawa anjing besar penyembelih, Metzgerhund, pupus selepas import-import asing menjadi lebih popular, terdapat spekulasi sama ada para peladang hendak mendapatkan anjing asing mahal.[3] Pada tahun 1889, Pertunjukan Anjing Antarabangsa dianjurkan di Winterthur, Switzerland utara; pelbagai sennenhund dipamerkan.[7]
Perkembangan abad ke-20
suntingPada tahun 1945, lebih daripada 100 ekor anak anjing didaftarkan, yang menunjukkan kewujudan kira-kira 350–400 ekor anjing baka ini pada masa itu.[4]
Baka ini pertama kali diiktiraf di peringkat antarabangsa pada tahun 1939, apabila piawaian Switzerland pertama kali diterbitkan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[5] Pada tahun 1968, baka ini diimport ke Amerika Syarikat.[1]
Terdapat sebilangan anjing gunung besar Switzerland yang telah dicatat dalam media. Network, yang dimiliki oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sun Microsystems, Scott McNealy, berkhidmat sebagai maskot mereka.[8] Mouse, anjing gunung besar Switzerland yang tinggal di Austin, Texas, Amerika Syarikat berkhidmat sebagai maskot Keep Austin Dog Friendly.[9] Oscar the Grouch,[10] anjing gunung besar Switzerland, ditonjolkan di muka hadapan The Wall Street Journal[11] semasa ia bersiap sedia untuk bertanding dalam Pertunjukan Anjing Westminster. Menurut AKC, anjing gunung besar Switzerland berada di tempat ke-88 dalam kepopularan baka.[12]
Penampilan
suntingAnjing gunung besar Switzerland ialah baka tarikan dan penggiring;[2] ia merupakan anjing besar dan bertulang berat dengan kekuatan fizikal luar biasa.[1]
Bulu
suntingTerdapat hitam di bahagian atas belakang anjing, di telinga, di ekor, dan di sebahagian besar tungkai.[5] Patut ada warna karat pada pipi, cap ibu jari di sebelah atas mata, dan juga warna karat patut muncul pada tungkai di antara bahagian putih dengan bahagian hitam.[5] Patut ada putih pada muncung, kaki, hujung ekor, pada dada, dan ke atas dari muncung sehingga lepas di antara mata.[5] Simetri penandaan dan pewarnaan bukan keutamaan dalam piawaian American Kennel Club untuk baka. Fungsi dan perangai diutamakan kerana anjing ini mesti bekerja. Frasa "kepala tidak menarik kereta" atau "tanda tidak menarik kereta" yang umum didengari bermaksud bahawa ciri-ciri kosmetik tidak dihargai tinggi-tinggi.[perlu rujukan]
Lapis bulu gandanya mempunyai lapis bulu luar padat yang sepanjang kira-kira 1.25–2 in (3.2–5.1 cm). Tekstur lapis bulu atas boleh berbeza-bza antara pendek, lurus, dan halus dengan lebih panjang, lebih beralun, dan lebih kasar.[1] Lapis bulu bawahnya tebal dan berwarna antara kelabu gelap pilihan dengan kelabu muda hingga kuning keperang-perangan dan mesti berada di leher, namun dapat berada di seluruh tubuh[2] – dengan lapis bulu begitu tebal, sennenhund berganti bulu sepanjang tahun dan melalui ganti bulu besar sekali atau dua kali setahun.[13]:5
Walaupun piawaian anjing gunung besar Switzerland mensyaratkan anjing hitam, putih, dan karat; ia terdapat juga dengan warna lain termasuk triwarna biru, putih, dan sawo matang; dan dwiwarna karat dan putih.[1] Pada anjing triwarna biru, biru menggantikan tempat hitam dan sawo matang menggantikan tempat karat biasanya.[1] Pada anjing dwiwarna karat, anjing tersebut berwarna karat padu dengan tanda-tanda putih tanpa sebarang pewarnaan hitam.[1]
Saiz
suntingJantan berdiri setinggi 25.5–28.5 in (65–72 cm) pada paras bahu dan betina setinggi 23.5–27 in (60–69 cm) pada paras bahu.[1] Tiada piawaian untuk berat pada anjing gunung besar Switzerland; jantan cenderung berukuran seberat 90–140 lb (41–64 kg) dan betina pula seberat 80–110 lb (36–50 kg).[1] Panjang tubuh dengan ketinggian hampir-hampir berukuran perkadaran 10 dengan 9; ia lebih panjang sedikit berbanding dengan ketinggiannya.[2]
Pengakuran
suntingKepala
suntingAnjing gunung besar Switzerland mempunyai ekspresi berseri-seri dan lembut.[2] Matanya berbentuk badam, berbeza-beza dari segi warna daripada hazel hingga perang berangan – perang gelap diutamakan – bersaiz sederhana, dan tidak terletak dalam-dalam mahupun menonjol.[2]
Telinga bersaiz sederhana terletak tinggi-tinggi, berbentuk segi tiga, membulat lembut-lembut di hujungnya, dan tergantung dekat dengan kepala apabila santai.[2] Apabila berwaspada, telinganya terbawa ke hadapan dan terangkat di dasar.[2] Bahagian atas telinga separas dengan bahagian atas tengkorak.[2]
Tengkoraknya rata dan lebar dengan sedikit stop.[2] Tengkorak belakang dan muncung adalah hampir-hampir sama panjangnya; tengkorak belakang adalah hampir-hampir dua kali lebar muncung.[2] Muncungnya besar, tumpul dan lurus dan paling kerap mempunyai sedikit kenaikan sebelum penghujungnya.[2] Pada anjing dewasa, kulit hidungnya sentiasa hitam.[2]
Bibirnya bersih dan seperti baka bermulut kering, gelambir hanya terbentuk sedikit.[2] Ia tidak patut terliur.[1] Gigi bertemu dalam gigitan gunting.[2]
Leher, garis atas, dan tubuh
suntingLehernya sederhana panjang, kuat, berotot, dan bersih.[2] Garis atas adalah separas dari kelasa ke krup[2] – krup ialah vertebra sakrum terlakur yang membentuk bumbung pelvis dan vertebra-vertebra pertama bagi ekor.[14] Krupnya panjang, lebar, dan membulat dengan lancar ke sisipan ekor.[2] Ekornya lebih tebal di pangkal, meruncing ke satu titik apabila mencapai paras keting; ekornya terangkat ke bawah dalam keadaan rehat.[2] Apabila berwaspada dan bergerak-gerak, ekornya mungkin terangkat dengan lebih tinggi dan melengkung sedikit ke atas; ekornya tidak patut melingkar ke atas belakang.[2] Tulang ekor patut lurus.[2]
Dadanya dalam dan lebar dengan tulang dada sedikit menonjol dengan rusuk cukup melengkung.[2] Kedalaman dada ialah hampir-hampir setengah ketinggian anjing pada paras kelasa[2] dan titik paling dalam bagi dada patut terletak di antara siku, bukan di atas paras siku.[1]
Sukuan hadapan
suntingBahu anjing gunung besar Switzerland adalah panjang, landai, kuat, santai sederhana, rata, dan cukup berotot.[2] Tungkai hadapannya lurus dan kuat.[2]
Anjing berjalan di atas jari kakinya seperti kuda; pastern dan kaki anjing sepadan dengan belakang tangan dan jari manusia, masing-masing.[15] Pastern menyerong dengan sangat sedikit, tetapi tidak lemah.[2] Kakinya adalah bulat dan padat dengan jari kaki cukup melengkung; kakinya tidak berpusing ke dalam mahupun ke luar.[2]
Sukuan belakang
suntingPahanya lebar, kuat, dan berotot;[2] sukuan belakang lebar, kuat, dan berotot dan sudut-sudut betul di antara stifel dengan keting adalah penting untuk anjing tarikan untuk menyediakan dorongan belakang berkuasa semasa pergerakan.[1] 'Bend of stifle' dalam piawaian baka merujuk tempat pertemuan antara paha atas dengan paha bawah.[16] Stifelnya membengkok secara sederhana dan menirus dengan lancar ke dalam keting.[2] Ketingnya menurun dengan baik dan lurus apabila dipandang dari arah belakang.[2] Sendi keting sepadan dengan buku lali manusia dan tulang-tulang pendek pertama di kaki; anjing tidak berjalan di atas tumit seperti yang dilakukan oleh manusia.[17] Kakinya adalah bulat dan padat dengan jari kaki cukup melengkung dengan baik; kakinya tidak berpusing ke dalam mahupun ke luar.[2] Kuku embun patut ditanggalkan.[2]
Perangai
suntingAnjing gunung besar Switzerland gembira dengan sifat bersemangat dan pertalian kuat dengan orang dan kanak-kanak.[1] Baka ini suka bergaul, aktif, tenang, dan bermaruah.[18] Walaupun baka itu memerlukan senaman, ia tidak memerlukan ruang luas. Baka ini kerap berdiri dekat dengan pemiliknya, jarang menjauh tanpa memeriksa.[18]
Kesihatan
suntingUntuk sebahagian besar, baka ini agak sihat untuk saiznya; Anjing gunung besar Switzerland mempunyai jauh kurang masalah berbanding dengan baka dengan populasi lebih besar dalam julat saiz serupa.[1]
Isu kesihatan abdomen
suntingLimpa terletak di abdomen kranial kiri dan dipegang dengan longgar di tempatnya oleh ligamen.[19]:1 Penyakit primer bagi limpa merupakan kilasan limpa dan tumor limpa.[19]:2 Kilasan limpa berlaku apabila limpa terpilin di sepanjang paksi bekalan darah.[19]:2 Gejala kilasan limpa termasuk kelesuan, kembung abdomen, dan membran mukus pucat.[19]:2 Salah satu teori untuk perkembangan kilasan limpa ialah bahawa untuk anjing dengan pendilatan gastrik berjeda kronik, pendilatan menyebabkan ligamen limpa meregang dan meningkatkan mobiliti limpa di dalam abdomen.[19]:8 Limpa menjadi terkilas kerana tidak lagi tertambat di lokasi betulnya.[19]:8
Jangka hayat
suntingAnjing lebih berat seperti anjing gunung besar Switzerland cenderung mempunyai jangka hayat lebih pendek berbanding dengan anjing bersaiz sederhana dan anjing bersaiz kecil;[20] kelanjutan usia berkaitan songsang dengan saiz baka.[21] Dua tapak web menyenaraikan kelanjutan usia untuk anjing gunung besar Switzerland pada usia 10 hingga 11 tahun;[22] lagi satu menyenaraikannya pada 8–10 tahun.[18] Satu tinjauan oleh kelab baka Amerika Syarikat menunjukkan jangka hayat median sebanyak 6.75 tahun.[23] Jangka hayat anjing mungkin berbeza-beza di negara berbeza, walaupun pada baka sama.[24]
Pengiktirafan kelab kenel dan pejabat pendaftaran haiwan peliharaan
sunting- Anjing gunung besar Switzerland diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI).[5] Ia berada dalam Kumpulan 2, Seksyen 3 Anjing Gunung Switzerland dan Anjing Lembu; piawaian bertarikh 25 Mac 2003.[5] Piawaian pertama diterbitkan bukan sebelum 5 Februari 1939.[5]
- American Kennel Club (AKC) mengiktiraf baka ini sepenuhnya pada tahun 1995,[2] dan mengelaskannya dalam Kumpulan Pekerja.[25]
- Canadian Kennel Club mengiktiraf baka ini pada tahun 2006 dan juga meletakkan baka ini dalam Kumpulan Pekerja.[26]
- United Kennel Club mengiktiraf baka ini pada tahun 1992; mereka meletakkan baka ini dalam Kumpulan Anjing Pengawal.[27]
- The Kennel Club, yang berpangkalan di United Kingdom, mengelaskan anjing gunung besar Switzerland dalam Kumpulan Pekerja.[28]
- Continental Kennel Club (CKC) menyenaraikan anjing gunung besar Switzerland dan memberikan maklumat minimum tentang baka ini.[29]
- America's Pet Registry Inc. (APRI) mempunyai bahagian iklan terkelas untuk anjing gunung besar Switzerland.[30]
- American Canine Registry (ACR) menyenaraikan anjing gunung besar Switzerland sebagai baka boleh terima di bawah seksyen American Canine Registry mereka.[31]
- Setakat Mei 2010, baka ini tidak diiktiraf oleh New Zealand Kennel Club atau Australian National Kennel Council.
Empat baka sennenhund
suntingAnjing gunung besar Switzerland dianggap sebagai baka Switzerland tertua.[1] Ia merupkan yang terbesar antara empat baka sennenhund; keempat-empatnya mempunyai warna dan tanda yang sama, tetapi dengan saiz berlainan.
Hierarki evolusi mencadangkan bahawa baka patut bergugus secara genetik ke dalam kelompok yang mengongsi keleluhuran terkini bersama.[32] Algoritma penggugusan genetik tidak dapat semudahnya membezakan antara pasangan yang jelas berkaitan, iaitu antara anjing gunung besar Switzerland dengan anjing gunung Bern.[32]
Yang berikut merupakan empat baka sennenhund:
- Anjing gunung besar Switzerland (grosser Schweizer Sennenhund)
- Anjing gunung Bern (Berner Sennenhund)
- Anjing gunung Appenzell (Appenzeller Sennenhund)
- Anjing gunung Entlebuch (Entlebucher Sennenhund)
Baka serupa
suntingSebagai tambahan kepada tiga baka yang disebut dalam bahagian sebelumnya, anjing gunung besar Switzerland berkaitan dengan anjing gunung lain: anjing besar Denmark, anjing besar Pyrénées, bokser, bulmastif, komondor, kuvasz, mastif, dan pincer Dobermann.[33] Baka ini mungkin menyumbang kepada perkembangan anjing Santo Bernard dan anjing Rottweil.
Lihat juga
suntingCatatan
suntingRujukan
sunting- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q Wallace, Anna. "The Beginner's Guide to the Greater Swiss Mountain Dog" [Panduan Pemula untuk Anjing Gunung Besar Switzerland] (dalam bahasa Inggeris). Greater Swiss Mountain Dog Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2021. Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac ad ae af ag ah ai "AKC Meet the Breeds: Greater Swiss Mountain Dog" [Kenali Baka AKC: Anjing Gunung Besar Switzerland] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ a b c Räber, Hans (1971). Die Schweizer Hunderassen – Herkunft und Entwicklung, Wesen und Verwendung, heutiger Standard, Zuchtprobleme [Baka Anjing Switzerland: Asal Usul dan Perkembangan, Perwatakan dan Kegunaan, Piawaian Semasa, Masalah Pembiakbakaan] (dalam bahasa Jerman). Rüschlikon, Switzerland: A. Müller-Verlag. OCLC 1271182959.
- ^ a b c Great Swiss Mountain Dog (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 25 Februari 2009 di Wayback Machine, Jabatan Haiwan Vertebrat, Naturhistoriches Museum der Burgergemeinde Bern
- ^ a b c d e f g h "FCI breeds nomenclature: Group 2 : Pinscher and Schnauzer - Molossoid and Swiss Mountain and Cattledogs" [Tatanama baka FCI: Kumpulan 2: Pincer dan Schnauzer - Molossoid dan Anjing Gunung dan Anjing Lembu Switzerland] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 13 Julai 2024.
- ^ Ostrander, Elaine Ann; Giger, Urs; Lindblad-Toh, Kerstin, penyunting (3 April 2007). The Dog and Its Genome [Anjing dan Genomnya] (dalam bahasa Inggeris). Cold Spring Harbor, New York, Amerika Syarikat: Cold Spring Harbor Laboratory Press. m/s. 141. ISBN 9780879697815. OCLC 145554669.
- ^ Origin and Historical Background of Greater Swiss Mountain Dogs [Asal Usul dan Latar Belakang Sejarah Anjing Gunung Besar Swtizerland] (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). Greater Swiss Mountain.Com. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2013. Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ Suein L. Hwang (25 September 2002). "Corporate Mascots Are Feeling Unwanted as Moods Turn Sour" [Maskot Korporat Berasa Tidak Dikehendaki apabila Mood Menjadi Muram]. Wsj.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ "Log in or sign up to view". Facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ "Home of Greater Swiss Mountain Grand Champion Dog Oscar The Grouch" [Rumah Anjing Gunung Besar Switzerland Juara Besar Oscar The Grouch]. Swissyisland.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ Cohen, Ben (13 Februari 2012). "Local Guy Is a Westminster Underdog to Root For". The Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "American Kennel Club Announces Most Popular Dogs in the U.S." [American Kennel Club Umumkan Anjing Paling Popular di AS]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ Riggsbee, Nikki (1 Jun 2007). Bernese Mountain Dogs: A Complete Pet Owner's Manual [Anjing Gunung Bern: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. ISBN 9780764135927. OCLC 73502889.
- ^ Shaw, Linda (2003). The Illustrated Standard of the German Shepherd Dog: The Hindquarters [Piawaian Berilustrasi Anjing Gembala Jerman: Sukuan Belakang] (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2010. Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ "Canine feet" [Kaki anjing]. Dog Owner's Guide (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ Lanting, Fred (2001). The Stifles [Stifel] (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2008. Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ Lanting, Fred (1995). Orthopedic Problems in Hocks [Masalah Ortopedik pada Keting] (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). Mastiff Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2008. Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ a b c "Greater Swiss Mountain Dog Information" [Maklumat Anjing Gunung Besar Switzerland]. JustDogBreeds.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ a b c d e f Perkins, Ranetta (2009). Splenic Torsion in a 3 year old male intact Greater Swiss Mountain dog [Kilasan limpa pada seekor anjing gunung besar Switzerland utuh jantan berusia 3 tahun] (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ "How Long Will Your Dog Live" [Berapa Lama Anjing Anda Akan Hidup] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ Chase, Kevin; Jones, Paul G.; Martin, Alan; Ostrander, Elaine Ann; Lark, Karl G. (25 Mac 2009). Galibert, Francis (penyunting). "Genetic Mapping of Fixed Phenotypes: Disease Frequency as a Breed Characteristic" [Pemetaan Genetik bagi Fenotip-fenotip Tetap: Kekerapan Penyakit sebagai Ciri Baka]. Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 100 (suppl_1): S37–S41. doi:10.1093/jhered/esp011. ISSN 1465-7333. PMC 3139361. PMID 19321632. S2CID 32165277.
- ^ "Greater Swiss Mountain Dog" [Anjing Gunung Besar Switzerland]. Puppydogweb.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2019. Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ "Greater Swiss Mountain Dog Club of America Breed Health Survey 2000 & 2001: Conclusions" [Tinjauan Kesihatan Baka Greater Swiss Mountain Dog Club of America 2000 dan 2001: Kesimpulan] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Jawatankuasa Kesihatan Greater Swiss Mountain Dog Club of America. Oktober 2002. Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ Cassidy, Kelly M. (26 Disember 2007). "Survey Comparisons" [Perbandingan Tinjauan]. Dog Longevity (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ Clotfelter, Ethan D.; Hollis, Karen L. (1 Mei 2008). "Cognition in Domestic Dogs: Object Permanence & Social Cueing" [Kognisi pada Anjing Bela Jinak: Kekekalan Objek dan Kognisi Isyarat Sosial]. The American Biology Teacher (dalam bahasa Inggeris). National Association of Biology Teachers. 70 (5): 293–298. doi:10.1662/0002-7685(2008)70[293:CIDDOP]2.0.CO;2. ISSN 1938-4211. S2CID 198969628.
- ^ "Canadian Kennel Club" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Mei 2011. Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ "United Kennel Club" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2009. Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ "The Kennel Club" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2010. Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ "Greater Swiss Mountain Dog" [Anjing Gunung Besar Switzerland] (dalam bahasa Inggeris). Continental Kennel Club. Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ Greater Swiss Mountain Dog [Anjing Gunung Besar Switzerland] (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). America's Pet Registry. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2008. Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ Welcome to the American Canine Registry, Home on the Web [Selamat Datang ke American Canine Registry] (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ a b Ostrander, Elaine Ann; Wayne, Robert Keith (2005). "The canine genome" [Genom anjing]. Genome Research (dalam bahasa Inggeris). Cold Spring Harbor Laboratory Press. 15 (12): 1706–1716. doi:10.1101/gr.3736605. ISSN 1549-5469. PMID 16339369. S2CID 32325081.
- ^ "Adopt a Greater Swiss Mountain Dog" [Adopsi anjing gunung besar Switzerland] (dalam bahasa Inggeris). Petfinder. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Februari 2023. Dicapai pada 10 Januari 2024.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Anjing gunung besar Switzerland. |
- Foto bersejarah bagi anjing gunung Switzerland besar dari Muzium Sejarah Naturaidogsarebad Bern (dalam bahasa Jerman)
- Lebih maklumat tentang ahli geologi dan penyokong baka anjing peribumi Switzerland Albert Heim (1849–1937), termasuk foto dengan anjing gunung Switzerland pada tahun 1929 (dalam bahasa Jerman)