Kuvasz
Kuvasz[a] ialah satu baka anjing penjaga kawanan ternakan. Sebutan tentang baka ini dapat ditemukan dalam teks lama berbahasa Hungary. Ia dahulu pernah menjadi anjing pengawal diraja, atau menjaga haiwan ternakan, tetapi semakin banyak terdapat di rumah sebagai anjing peliharaan sepanjang tujuh puluh tahun terkini. American Kennel Club menyertakan baka ini dalam kumpulan anjing pekerja.
![]() | |||||||||||||||||||||||||
Nama lain | Kuvasz Hungary | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Hungary | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Sejarah
suntingSemasa Zaman Penghijrahan dan kemudian penaklukan Hungary ke atas Lembangan Karpatos, banyak suku nomad atau separa nomad berpindah ke kawasan yang kini merupakan Hungary. Prinsipaliti Hungary diasaskan pada tahun 895 atau 896 Masihi. Orang Magyar barang kali membawa biri-biri dan anjing bersama dengan mereka dan menubuhkan budaya pastoral di dataran Hungary.[2]:92
Pada abad kelima belas, Matthias Corvinus dipercayai telah membelia sejumlah besar anjing kuvasz di istana baginda sebagai anjing pengawal atau anjing pemburu atau kadang-kadang sebagai anjing perang.[2]:92
Pembiakbakaan terpilih kuvasz sebagai baka bermula pada bahagian akhir abad kesembilan belas dan piawaian baka dirangka.[2]:92 Pada tahun 1934, ia diterima oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa[2]:92 yang menyenaraikan tarikh penerimaan penuh pada tahun 1954.[3]
Menjelang penamat Perang Dunia Kedua, hampir kesemua anjing kuvasz di Hungary telah dibunuh. Anjing ini mempunyai reputasi untuk melindungi keluarganya sehingga ia secara aktif dicari dan dibunuh oleh tentera Jerman dan Soviet, sementara pada masa sama sesetengah pegawai Jerman pernah membawa pulang anjing kuvasz bersama dengan mereka.[4] Selepas pencerobohan Soviet dan penghujung peperangan, baka ini hampir pupus di Hungary.[5] Selepas peperangan, ada pendedahan bahawa kurang daripada tiga puluh ekor kuvasz tersisa di Hungary dan beberapa sumber menunjukkan bahawa bilangannya mungkin hanya dua belas ekor. Sejak itu, atas sebab ramai pembiak baka berdedikasi, baka kuvasz telah mengisi Hungary semula.[6] Walau bagaimanapun, akibat kehampiran kepupusan, takungan genetik yang tersedia kepada pembiak baka separahnya terbatas dan terdapat dugaan bahawa sesetengah pihak mungkin telah menggunakan baka lain, seperti anjing besar Pyrénées, untuk meneruskan program mereka.[7]
Di Romania, perundangan spesifik baka menetapkan bahawa kuvasz mesti diberongsong apabila berada di tempat awam.[8]
Ciri
suntingKuvasz ialah anjing besar dan berkuasa: jantan berdiri kira-kira setinggi 71–76 cm (28–30 in) pada paras kelasa, dengan berat dalam julat 48–62 kg (106–137 lb); betina pula mungkin berdiri setinggi 66–70 cm (26–28 in) dan berukuran seberat 37–50 kg (82–110 lb).[1]
Lapis bulunya berwarna putih atau putih gading; lapis bulunya tebal dan kasar dengan lapis bulu bawah lembut. Kulitnya berwarna kelabu loh; hujung hidung, bibir, dan pinggir mata berwarna hitam dan tapak kaki berwarna hitam atau kelabu loh.[2]:92[1]
Kepalanya berbentuk baji; muncungnya kurang sedikit daripada separuh panjang penuh kepala dan stopnya halus. Matanya berbentuk badam, berwarna perang gelap, dan sedikit serong.[1]
Walaupun pada umumnya ia merupakan baka sihat dan tegap yang dapat dijangkakan hidup sehingga hampir-hampir 12–14 tahun, kuvasz terdedah kepada masalah perkembangan tulang.[9]
Lihat juga
suntingCatatan
suntingRujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kuvasz |
- ^ a b c d e f g "FCI-Standard N° 54 KUVASZ" [Piawaian FCI No. 54 Kuvasz] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris; Peper, Elke. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 13 September 2000. Dicapai pada 15 Januari 2024.
- ^ a b c d e Dohner, Janet Vorwald (4 Oktober 2016). Farm Dogs: A Comprehensive Breed Guide: 93 Guardians, Herders, Terriers, and Other Canine Working Partners [Anjing Ladang: Panduan Baka Komprehensif: 93 Anjing Pengawal, Anjing Gembala, Terier, dan Pasangan Anjing Pekerja Lain] (dalam bahasa Inggeris). North Adams, Massachusetts, Amerika Syarikat: Storey Publishing. ISBN 9781612125923. OCLC 952855172.
- ^ "FCI breeds nomenclature: KUVASZ (54)" [Tatanama baka FCI: KUVASZ (54)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 15 Januari 2024.
- ^ "History" [Sejarah] (dalam bahasa Inggeris). Kuvasz Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2007. Dicapai pada 27 Januari 2024.
- ^ Gamas, Cess (25 Januari 2019). "The Hungarian Kuvasz: what to know about this ancient breed" [Kuvasz Hungary: yang perlu diketahui tentang baka purba ini] (dalam bahasa Inggeris). K9 Web. Dicapai pada 27 Januari 2024.
- ^ Anuman, Naina (24 Jun 2021). "List of Dog Commands and Hand Signals with Chart (2023 Updated)" [Senarai Perintah dan Isyarat Tangan Anjing dengan Carta (2023 Dikemaskinikan)] (dalam bahasa Inggeris). My Pet Guides. Dicapai pada 27 Januari 2024.
- ^ Kovács, András. "THE KUVASZ" [KUVASZ] (dalam bahasa Inggeris). Kuvasz Fanciers of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2007. Dicapai pada 27 Januari 2024.
- ^ "Cainii din rasa Pitbull vor fi interzisi in Romania" [Anjing baka pitbul akan dilarang di Romania] (dalam bahasa Romania). Adevărul. 26 April 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2009. Dicapai pada 27 Januari 2024.
- ^ Graham, Carol. "Health Information" [Maklumat Kesihatan] (dalam bahasa Inggeris). Kuvasz Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2006. Dicapai pada 27 Januari 2024.
Bacaan lanjut
sunting- Hódosi, József (1996). A Kuvasz [Kuvasz] (dalam bahasa Hungary). Hungária Kuvasz Klub.