Anjing pemburu triwarna besar Inggeris-Perancis

baka anjing dari Perancis
(Dilencongkan daripada Grand Anglo-Français Tricolore)

Anjing pemburu triwarna besar Inggeris-Perancis atau anjing pemburu triwarna besar Inggeris-Perancis[a] ialah satu baka anjing yang digunakan dalam perburuan sebagai anjing pemburu bau, biasanya dalam kawanan. Ia merupakan salah satu baka anjing pemburu Inggeris-Perancis yang dihasilkan melalui penyilangan anjing pemburu bau Perancis dengan anjing pemburu rubah Inggeris.

Anjing pemburu triwarna besar Inggeris-Perancis
Nama lainAnjing triwarna besar Inggeris-Perancis
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi 60–70 cm (24–28 in)
Bulu Pendek
Warna Triwarna
Anjing (Canis lupus familiaris)

Penampilan

sunting

Ia merupakan hound tipikal dari segi penampilan umum, dengan tungkai panjang, telinga labuh panjang, dan ekor panjang. Lapis bulu ganda pendeknya adalah triwarna, iaitu hitam, putih, dan sawo matang. Ia berdiri setinggi 60–72 cm (24–28 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 34.5–35.5 kg (76–78 lb).[1][2]

Sejarah dan kegunaan

sunting

Anjing pemburu triwarna besar Inggeris-Perancis diturunkan daripada silangan antara anjing pemburu Poitou yang triwarna dengan anjing pemburu rubah. Gabungan ini telah jelas mempengaruhi baka ini dengan banyak cara. Anjing ini berpendirian kuat dan padat seperti anjing pemburu rubah dengan lapis bulu triwarna berliputan hitam. Ia pernah digunakan sebagai anjing kawanan untuk memburu buruan besar seperti rusa merah, babi hutan, dan rusa roe atau haiwan lebih kecil seperti rubah. "Besar" pada namanya tidak semestinya merujuk saiz anjing. "Dalam kebanyakan kes, ini hanya label untuk kawanan yang digunakan untuk buruan lebih besar".[3]

Baka ini diiktiraf di tanah airnya oleh Société Centrale Canine (Kelab Kenel Perancis)[4] dan di peringkat antarabangsa pada tahun 1983 oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dalam Kumpulan 6, Anjing Pemburu Bau. Di Perancis, ia dibiakbakakan dan dibela terutamanya sebagai anjing pemburu, bukan sebagai anjing peliharaan atau anjing pertunjukan. Baka ini telah dieksport ke Amerika Utara dengan pengiktirafan oleh United Kennel Club dalam Kumpulan Anjing Pemburu Bau-nya. Ia juga berdaftar dengan banyak pejabat pendaftaran kecil dan perniagaan pejabat pendaftaran anjing berdasarkan Internet dan dipromosikan sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan unik.

Kesihatan dan perangai

sunting

Anjing pemburu besar Inggeris-Perancis ini memerlukan amat banyak senaman. Ia biasanya dibela dalam kawanan besar di kawasan luar bandar dan mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap kehidupan bandar atau kehidupan keluarga, tetapi ia dikatakan bersifat baik hati. Kebebasan anjing tanpa cawak mungkin berbahay kerana naluri perburuannya sangat tinggi.

Triwarna

sunting

Lapis bulu triwarna ialah pola dengan sesetengah cahaya warna hitam atau perang, sesetengah cahaya warna merah yang kerap dipanggil sawo matang, dan sesetengah putih. Pigmentasi eumelanin dan feomelanin hadir pada anjing sama; "belakangnya hitam daripada pigmen eumelanin yang terhasil dan perutnya sawo matang atau merah daripada pigmen feomelanin yang terhasil".[5]

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو تريورنا بسر ايڠݢريس-ڤرنچيس; انجيڠ تريورنا بسر ايڠݢريس-ڤرنچيس; Perancis: grand anglo-français tricolore; bahasa Inggeris: great Anglo-French tricolour hound

Rujukan

sunting
  1. ^ "Standard FCI N° 322 GRAND ANGLO-FRANÇAIS TRICOLORE" [Piawaian FCI No. 322 Anjing Pemburu Triwarna Besar Inggeris-Perancis] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 24 Julai 1996. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  2. ^ "FCI-Standard N° 322 GRAND ANGLO-FRANÇAIS TRICOLORE (Great Anglo-French Tricolour Hound)" [Piawaian FCI No. 322 Anjing Pemburu Triwarna Besar Inggeris-Perancis] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Davis, Peggy. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 18 Jun 1996. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  3. ^ Rogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 87. ISBN 9780876056240. OCLC 32697706.
  4. ^ "Société Centrale Canine, Grand Anglo-Francais Tricolore" [Société Centrale Canine, Anjing Pemburu Triwarna Besar Inggeris-Perancis] (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2011. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  5. ^ "Tricolour genetics" [Genetik triwarna] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2016. Dicapai pada 28 Disember 2023.

Pautan luar

sunting