Anjing pemburu putih dan jingga besar Inggeris-Perancis

baka anjing dari Perancis

Anjing pemburu putih dan jingga besar Inggeris-Perancis atau anjing pemburu putih dan jingga besar Inggeris-Perancis[a] ialah satu baka anjing yang digunakan dalam perburuan sebagai anjing pemburu bau, biasanya dalam kawanan. Ia merupakan salah satu baka anjing pemburu Inggeris-Perancis yang dihasilkan melalui penyilangan anjing pemburu bau Perancis dengan anjing pemburu rubah Inggeris.

Anjing pemburu putih dan jingga besar Inggeris-Perancis
Anjing pemburu putih dan jingga besar Inggeris-Perancis
Nama lainAnjing putih dan jingga besar Inggeris-Perancis
Negara asalPerancis
Anjing (Canis lupus familiaris)

Penampilan

sunting

Ia merupakan hound besar dan berkuasa yang menunjukkan pengaruh anjing pemburu rubah Inggeris dari segi penampilan umum. Baka ini mempunyai tungkai panjang, telinga labuh panjang, dan ekor panjang. Ia berdiri setinggi 60–70 cm (24–28 in) pada paras kelasa.[1][2]

Warna lapis bulu ialah putih dengan tanda-tanda putih-lemon atau putih-jingga, tetapi jingganya tidak patut muncul sebagai warna merah. Kecacatan tersenarai sebagai penyimpangan penampilan atau struktur yang mempunyai kesan terhadap kesihatan dan kebolehan kerja anjing, serta penampilan, yang menandakan bahawa anjing dengan kecacatan sedemikian tidak patut dibiakbakakan. Sesetengah kecacatan tersenarai merupakan agresi atau kesiluan, hidung kupu-kupu, luar warna, gelambir berlebihan, dan ekor melengkung atau menyimpang ke sisi.[1][2]

Sejarah dan kegunaan

sunting

Anjing pemburu putih dan jingga besar Inggeris-Perancis diturunkan daripada silangan antara anjing Billy dengan anjing pemburu rubah pada lewat tahun 1800-an. Nama bagi semua baka dan keragaman anjing pemburu Inggeris-Perancis diperihalkan secara rasmi dengan istilah anglo-français ("Inggeris-Perancis") pada tahun 1957.[3] Ia digunakan sebagai anjing kawanan untuk memburu buruan besar seperti rusa roe, babi hutan, atau haiwan lebih kecil seperti rubah. Sungguhpun anjing ini merupakan anjing besar, "besar" pada namanya tidak semestinya merujuk saiz anjing. "Dalam kebanyakan kes, ini hanya label untuk kawanan yang digunakan untuk buruan lebih besar".[3]

Anjing pemburu putih dan jingga besar Inggeris-Perancis diiktiraf di tanah airnya oleh Société Centrale Canine (Kelab Kenel Perancis)[4] dan di peringkat antarabangsa oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dalam Kumpulan 6, Anjing Pemburu Bau. Di Perancis, ia dibiakbakakan dan dibela terutamanya sebagai anjing pemburu, bukan sebagai anjing peliharaan atau anjing pertunjukan, dan terdapat dua puluh kawanan kerja atau lebih dan sekitar 2000 ekor anjing berdaftar setakat tahun 2009.[1][2] Baka ini telah dieksport ke Amerika Utara dengan pengiktirafan oleh United Kennel Club dalam Kumpulan Anjing Pemburu Bau-nya. Ia juga berdaftar dengan banyak pejabat pendaftaran kecil dan perniagaan pejabat pendaftaran anjing berdasarkan Internet dan dipromosikan sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan unik.

Kesihatan dan perangai

sunting

Tiada masalah kesihatan luar biasa atau dakwaan kesihatan luar biasa yang telah didokumenkan untuk baka ini. Perangai individu mungkin berbeza-beza, tetapi pada umumnya anjing yang dibiakbakakan untuk menjadi anjing pemburu kawanan bukan anjing peliharaan bagus.

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ڤوتيه دان جيڠݢ بسر ايڠݢريس-ڤرنچيس; انجيڠ ڤوتيه دان جيڠݢ بسر ايڠݢريس-ڤرنچيس; Perancis: grand anglo-français blanc et orange; bahasa Inggeris: great Anglo-French white and orange hound

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Standard FCI N° 324 GRAND ANGLO-FRANCAIS BLANC ET ORANGE" [Piawaian FCI No. 324 Anjing Pemburu Putih dan Jingga Besar Inggeris-Perancis] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 6 Oktober 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  2. ^ a b c "FCI-Standard N° 324 GRAND ANGLO-FRANÇAIS BLANC ET ORANGE (Great Anglo-French white and orange Hound)" [Piawaian FCI No. 324 Anjing Pemburu Putih dan Jingga Besar Inggeris-Perancis] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Davis, Peggy. Dikemaskinikan oleh Jean-Maurice Paschoud. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 6 Oktober 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  3. ^ a b Rogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 87. ISBN 9780876056240. OCLC 32697706.
  4. ^ "Société Centrale Canine" (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 28 Disember 2023.