Martha Washington
Martha Dandridge Custis Washington (lahir 2 Jun 1731 - 22 Mei 1802) merupakan isteri kepada Presiden Amerika Syarikat yang pertama, George Washington. Walaupun gelaran Wanita Pertama Amerika Syarikat belum dicipta selepas kematian beliau, Martha Washington tetap dianggap sebagai Wanita Pertama Amerika Syarikat yang pertama.
Martha Washington | |
---|---|
Wanita Pertama Amerika Syarikat | |
Dalam jawatan 30 April 1789 – 4 Mac 1797 | |
Presiden | George Washington |
Didahului oleh | Tiada |
Digantikan oleh | Abigail Adams |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Martha Custis Washington 2 Jun 1731 Chestnut Grove Plantation, New Kent County, Virginia |
Mati | Mei 22, 1802 Mount Vermon, Virginia | (umur 70)
Pasangan | Daniel Custis (berkahwin 1750 - 1757) George Washington (berkahwin 1759) |
Anak | Daniel Frances Jacky Patsy |
Tandatangan | |
Kehidupan awal
suntingBeliau telah dilahirkan pada 2 Jun 1731. Pendidikan beliau terdiri daripada seni lembut seperti menjahit dan bermain alat muzik. Kemudian dalam kehidupan, beliau akan belajar untuk menguruskan sebuah ladang.
Perkahwinan
suntingPada umur 18, beliau berkahwin dengan Daniel Parke Custis, seorang penanam tembakau selama 20 tahun. Mereka mendapat 4 orang anak. Daniel meninggal dunia pada tahun 1757. Ketika itu, Martha masih berumur 26 tahun. Pada tahun 1759, Martha berkahwin dengan George Washington, seorang kolonel dalam Tentera British. Perkahwinan mereka berdasarkan kasih sayang dan saling menghormati, tetapi tidak melibatkan nafsu. Mereka tidak mempunyai anak.
Kehidupan peribadi
suntingSemasa Perang Revolusi Amerika, beliau menderma makanan sebanyak yang mungkin, dan menjahit pakaian untuk tentera. Beliau merawat orang-orang yang sakit atau nazak. Beliau menggesa wanita tempatan untuk melakukan perkara yang sama. Komitmen beliau untuk kebajikan veteran Revolusi akan kekal sepanjang hayat. Mereka[nyatakan menurut siapa?] memanggilnya sebagai "Lady Washington".
Wanita Pertama
suntingGeorge Washington telah sebulat suara dipilih sebagai presiden pada tahun 1789. Martha berkhidmat sebagai Wanita Pertama dari 30 April 1789 hingga 4 Mac 1797. Beliau mendapat pekerjaan yang tidak menyenangkan. Beliau mengadu bahawa wartawan mengikuti beliau ke mana-mana sahaja seperti ke sarkas dengan cucunya, dan banyak sekatan yang dikenakan ke atas beliau sebagai Wanita Pertama. Contohnya, beliau tidak dibenarkan menerima jemputan makan malam. Beliau menetapkan banyak adat dan standard yang perlu dipatuhi oleh Wanita Pertama pada masa depan. Beliau bersara di Mount Vernon dengan suaminya selepas berkhidmat kepada negaranya.
Meninggal dunia
suntingBeliau meninggal dunia di Mount Vernon pada 22 Mei 1802. Berita kematian beliau (notis kematian) telah dicetak secara meluas dalam akhbar serantau. Beliau dikebumikan di Mount Vernon. Beliau ialah tokoh wanita sejarah pertama yang digambarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada setem pos dan mata wang.