Gandhi merupakan sebuah filem sejarah dari United Kingdom tahun 1982 arahan Richard Attenborough berdasarkan skrip oleh John Briley. Ia mengisahkan perjuang hidup tokoh kemerdekaan terkenal India, Mahatma Gandhi dilakonkan Ben Kingsley.

Gandhi
Theatrical release poster
PengarahRichard Attenborough
PenulisJohn Briley
Dihasilkan olehRichard Attenborough
Dibintangi
Sinematografi
Disunting olehJohn Bloom
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehColumbia Pictures
Tarikh tayangan
  • 30 November 1982 (1982-11-30) (New Delhi)
  • 3 Disember 1982 (1982-12-03) (United Kingdom)
  • 10 Disember 1982 (1982-12-10) (United States)
Masa tayangan
191 minutes[1]
Negara
  • United Kingdom
  • India
Bahasaen
Bajet$22 million[2]
Pecah panggung$127.8 million[2]

Filem ini mula ditayangkan di India pada 30 November 1982, di United Kingdom pada 3 December dan Amerika Syarikat pada 10 Disember.[3] Filem ini dicalonkan dalam sebelas kategori Anugerah Akademi dan memenangi lapan daripadanya termasuk kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik (diraih Attenborough), Pelakon Lelaki Terbaik (diraih Kingsley) serta Anugerah Akademi untuk Lakon Layar Langsung Terbaik (diraij Briley).

Jalan cerita

sunting

Filem ini dimulakan saat Gandhi dibunuh Nathuram Godse ketika diiringi berjumpa para pengikutnya pada 30 Januari 1948.[4]:18–21 Ia kemudian mengimbas kembali ketika Gandhi berusia jauh lebih muda ketika di Afrika Selatan semasa zaman apartheid di mana beliau dihumban keluar kerana menduduki kereta khusus untuk warga kulit putih. Gandhi mula menggiat memperjuangkan hak setara untuk warga kaum India dengan menekan secara aman tanpa mengganas - perkara ini mendapat perhatian tidak senang luar negara sehingga kerajaan Afrika Selatan terpaksa mengiktiraf seberapa hak asas untuk kaum India.[5]

Pada tahun 1915, beliau diundang kembali ke India di mana warga jajahan sana meminta bantuannya berjuang menuntut kemerdekaan negara tersebut (melalui pergerakan Swaraj dan "Quit India") daripada kuasa Empayar British.

Barisan pelakon

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Gandhi". British Board of Film Classification. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-07. Dicapai pada 9 January 2015.
  2. ^ a b "Gandhi (1982) - Box Office Data, DVD and Blu-ray Sales, Movie News, Cast and Crew Information". The Numbers. Dicapai pada 27 January 2015.
  3. ^ "Gandhi" (dalam bahasa Inggeris). Box Office Mojo. 10 December 1982. Dicapai pada 22 January 2017.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama briley83
  5. ^ Briley (1983), p. 54, represents Gandhi's final victory in South Africa by depicting General Smuts as telling Gandhi, "a Royal Commission to 'investigate' the new legislation.... I think I could guarantee they would recommend the Act be repealed.... You yourself are free from this moment.".

Pautan luar

sunting