Muhammad Ali Jinnah

Muhammad Ali Jinnah (محمد علی جناح, nama lahir: Mahomedali Jinnahbhai - Gujarat: મહમદ અલી ઝીણાભાઇ; 25 Disember 1876-11 September 1948). Beliau merupakan ahli politik Islam dan ialah pengasas negara Pakistan serta pemimpin Liga Seluruh India. Atas perjuangan beliau, Pakistan telah berpisah daripada India dan beliau menjadi Gabenor-Jeneral pertama Pakistan. Beliau merupakan Bapa Kemerdekaan negara Pakistan. Hari kelahiran dan kematiannya merupakan cuti umum di Pakistan.

Quaid-e-Azam
Baba-i-Qaum
Muhammad Ali Jinnah
محمد علی جناح
মোহাম্মদ আলী জিন্নাহ
A view of Jinnah's face late in life
Jinnah pada tahun 1945
1st Governor-General of Pakistan
Dalam jawatan
14 Ogos 1947 – 11 September 1948
RajaGeorge VI
Perdana MenteriLiaquat Ali Khan
Didahului olehPosition established
Digantikan olehKhawaja Nazimuddin
Speaker Perhimpunan Kebangsaan Pakistan
Dalam jawatan
11 Ogos 1947 – 11 September 1948
TimbalanMaulvi Tamizuddin Khan
Didahului olehJawatan didirikan
Digantikan olehMaulvi Tamizuddin Khan
President of the Constituent Assembly of Pakistan
Dalam jawatan
11 Ogos 1947 – 11 September 1948
TimbalanLiaquat Ali Khan
Didahului olehOffice created
Digantikan olehLiaquat Ali Khan
Maklumat peribadi
Lahir
Mohammedali Jinnahbhai

(1876-12-25)25 Disember 1876
Karachi, Bombay Presidency, British India
Mati11 September 1948(1948-09-11) (umur 71)
Karachi, Federal Capital Territory, Dominion Pakistan[1]
Tempat semadiMazar-e-Quaid
KewarganegaraanIndia British (1876–1947)
Pakistan (1947–1948)
Parti politik
Pasangan
AnakDina Wadia (by Rattanbai Petit)
Ibu bapaJinnahbhai Poonja (father)
Mithibai Jinnah (mother)
Tempat belajarThe Honourable Society of Lincoln's Inn
Bidang pengkhususan
  • Peguam
  • Ahli politik
TandatanganTandatangan

Awal hidup

sunting

Mahomedali Jinnahbhai diyakini lahir pada 1876[a] dalam sebuah apartmen sewaan di lantai dua Mansion Wazir, Karachi, Kepresidenan Bombay, India British[2] (kini terletak di Sindh, Pakistan). Ayahnya Jinnahbhai Poonja seorang pedagang dari keluarga penenun di desa Paneli, kerajaan kecil Gondal (kini Kathiawar, Gujarat); ibunya Mithibai juga berasal dari desa tersebut; mereka berpindah ke Karachi pada 1875 yang pada waktu itu mengalami ledakan ekonomi: pembukaan Terusan Suez pada 1869 mengurangi jarak 200 mil jarak perjalanan menggunakan kapal dari Eropa menuju Bombay.[3][4]

Beliau anak kedua[5][6] daripada enam adik beradik dalam sebuah keluarga Jinnah penutur jati bahasa Gujarat dan menganut agama Islam mazhab Syiah Ismaili Khoja.[7][8][9] Beliau begitu kurang mengenali saudara-maranya kerana mereka jarang bertemu hasil kesibukan mereka dalam kerjaya masing-masing.[10]

Pendidikan

sunting

Pada 1892, Sir Frederick Leigh Croft, seorang teman bisnis ayahnya menawarkan Jinnah suatu tawaran menyertai firma miliknya di London, Graham's Shipping and Trading Company.[11] Beliau mendapat pekerjaan sana meskipun tidak disenangi ibunya - meskipun tawaran ini dianggap sebagai kesempatan besar bagi Jinnah, salah satu alasan mengirimkannya ke luar negeri adalah proses undang-undang terhadap ayahnya, di mana harta keluarganya terancam disita oleh pemerintah. Ibu Jennah sempat berusaha menjodohkannya dengan sepupunya berusia dua tahun lebih muda darinya berasal dari desa leluhur Paneli, Emibai Jinnah. ibu dan istri pertama Jinnah meninggal saat beliau berada di Inggris.[12] Pada 1893, keluarga Jinnahbhai berpindah ke Bombay.[13]

Setelah beliau datang ke London, Jinnah memutuskan untuk belajar undang-undang dan diminta oleh ayahnya untuk memberikannya uang untuk hidup selama tiga tahun sebelum kepergiannya. Ingin menjabat sebagai barrister di Lincoln's Inn/ Pendidikan undang-undang Jinnah mengikuti sistem pupillage (pembelajaran undang-undang) yang telah diberlakukan selama berabad-abad. Untuk menambah pengetahuan undang-undang, beliau mengikuti pelatihan barrister dan memahami kegiatan tersebut, serta mempelajari buku-buku undang-undang.[14] Pada masa tersebut, beliau memperpendek namanya menjadi Muhammad Ali Jinnah.[15] Ibu dan istri pertama Jinnah meninggal saat beliau berada di Inggris.[12]

Pada tempoh pembelajaran ini, Jinnah terdedah kepada konsep politik liberalisme Inggris abad ke-19 sepertimana beberapa bakal pemimpin kemerdekaan India sezamannya. Pendidikan politik tersebut meliputi gagasan negara demokratis, dan politik progresif.[16] Beliau amat kagumi Dadabhai Naoroji, ahli parlimen British pertama dari India mewakiili Finsbury Central, malah beliau sering membaca pidato Naoroji di Dewan Rakyat dari galeri pengunjung.[17][18]

Dunia Barat tak hanya menginspirasi Jinnah dalam kehidupan politik, namun juga sangat mempengaruhi preferensi pribadinya, terutama busananya. Jinnah meninggalkan India agar dapat berbusana gaya Barat, dan sepanjang hidupnya, beliau selalu berbusana demikian di depan umum. Beliau memiliki lebih dari 200 jas, yang beliau kenakan dengan bersama dengan kemeja berkerah, dan saat beliau menjadi barrister, beliau tak pernah mengenakan dasi sutra yang sama sebanyak dua kali.[19] Saat beliau ditanya kenapa beliau selalu terlihat menggunakan pakaian formal, beliau menjawab "Saya tak ingin pergi menggunakan piyamaku."[10] Pada tahun-tahun berikutnya, beliau biasanya terlihat mengenakan topi Karakul yang kemudian dikenal sebagai "topi Jinnah".[20]Tak puas dengan bidang undang-undang, Jinnah sempat berkarier panggung pada sebuah perusahaan Shakespeare, namun mengundurkan diri setelah mendapatkan surat penolakan dari ayahnya.[21] Pada 1895, pada usia 19 tahun, beliau menjadi orang India termuda yang mengikuti ujian undang-undang di Inggris.[6] Meskipun beliau pulang ke Karachi, beliau hanya berada disana dalam jangka pendek sebelum berpindah ke Bombay.[21]

Kerjaya poliitk awal

sunting

Dalam perjuangan kemerdekaan India

sunting
 
Jinnah dan Gandhi, 1944.

Penglibatan dalam pembahagian India, pemihakan kepada Pakistan

sunting

Senja hidup

sunting

Dari 1930an, Jinnah diserang tuberkulosis; kondisi ini hanya disedari beberapa saudara-mara terdekatnya kerana beliau merisaukan pekerjaannya tergugat dengan pengetahuan ini tersebar ramai bila masyarakat mengetahui penyakit paru-parunya akan menyakiti kehidupan politiknya. Dalam sebuah surat bertarikh 1938, beliau menuliskan kepada seorang pendukung bahwa "Anda harus membaca surat kabar tentang perjalanan saya ... Saya menderita, bukan karena ada sesuatu yang salah dengan saya, namun keadaan [jadwal] yang tidak biasa dan sangat berdampak pada kesehatan saya".[22][23] Beberapa tahun kemudian, Mountbatten menyatakan bahwa jika beliau mengetahui bahwa Jinnah terserang penyakit, beliau akan berhenti, dengan harapan kematian Jinnah dapat mencegah partisi.[24] Fatima Jinnah kemudian menyatakan bahwa, "bahkan di saat-saat kemenangan, Quaid-e-Azam menderita sakit ... Beliau bekerja dalam hiruk pikuk untuk mengkonsolidasikan Pakistan. Dan, tentunya, beliau sangat mengabaikan kesehatannya ..."[25] Kesihatannya kadangkalanya memburuk sehingga beliau terpaksa berbaring di ruang pribadi Dewan Gubernur di Karachi, di mana hanya beliau, Fatima dan para pelayan yang boleh masuk.[26]

Pada Jun 1948, beliau dan Fatima terbang ke Quetta di pegunungan Baluchistan yang beriklim lebih dingin ketimbang Karachi. Beliau tak dapat beristirahat dengan nyaman di sana, dan berkata kepada para perwira di Command and Staff College, "Anda, bersama dengan Pasukan Pakistan lainnya, adalah tumpuan hidup, milik dan kehormatan bangsa Pakistan."[27] Beliau kembali ke Karachi pada 1 Julai untuk mengikuti acara pembukaan Bank Negara Pakistan, di mana beliau berpidato. Beliau menyambut ketibaan seorang pesuruhjaya perdagangan dari Kanada pada sore hari sempena Hari Dominion, ia adalah acara publik terakhir yang beliau hadiri.[28]

Pada 9 September, Jinnah diserang pneumonia. Para doktor memintanya kembali ke Karachi, untuk dirawat lanjut; beliau diterbangkan ke sana pada 11 September. Pesawat yang membawanya mendarat di Karachi pada sore hari, untuk bertemu dengan limosin Jinnah, dan sebuah ambulan yang menandu Jinnah ditempatkan. Ambulan mengalami kerusakan di tengah jalan menuju kota, dan Gubernur-Jenderal dan beberapa orang yang bersamanya menunggu kedatangannya; beliau tidak ditempatkan di mobil tersebut karena beliau tidak dapat duduk. Mereka menunggu di sisi jalan untuk menghindari panas kerana lori dan bas berlalu lalang, yang tidak cocok untuk mengangkut orang wafat dan para penumpangnya tidak menyadari kehadiran Jinnah. Setelah sejam, ambulan pengganti datang, dan membawa Jinnah menuju Dewan Pemerintah lebih dua jam setelah pendaratan. Jinnah meninggal dunia pada pukul 22:20 di rumahnya di Karachi pada 11 September 1948 pada usia 71 tahun, tepat setahun setelah pembentukan Pakistan.[1][29]

Perdana Menteri India Jawaharlal Nehru menyatakan setelah kematian Jinnah, "Apakah harusnya kita menghakiminya? Saya sangat marah dengannya pada tahun-tahun lampau. Namun sekarang, tidak ada kepahitan dalam fikiran saya tentangnya, hanya kesedihan besar atas segala apa yang terjadi...beliau berhasil dalam usahanya dan memperoleh tujuannya, namun tak ternilai harga dan perbedaan dari yang beliau berikan."[30] Jinnah dimakamkan pada 12 September 1948 dengan kehadiran para pelayat resmi dari India maupun Pakistan; jutaan orang mendatangi pemakamannya. Gabenur-Jeneral India Rajagopalachari menunda resepsi rasmi pada hari itu untuk menghormati pemimpin tersebut.

Jenazah Jinnah kini dikuburkan di sebuah makam marmar besar iaitu Mazar-e-Quaid, di Karachi.[31][32][33]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Singh, m/s. 402–405.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Moini 20 December 2003
  3. ^ Singh, m/s. 30–33.
  4. ^ Wolpert, m/s. 3–5.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Anjali Desai
  6. ^ a b Ahmed, m/s. 3.
  7. ^ Wolpert, m/s. 4.
  8. ^ Wolpert, m/s. 18.
  9. ^ https://books.google.com/books?id=iekF9X3OwwMC&pg=PA173&dq#v=onepage&q&f=false
  10. ^ a b Puri, m/s. 34.
  11. ^ Read, m/s. 95–96.
  12. ^ a b Wolpert, m/s. 8–9.
  13. ^ Singh, m/s. 54.
  14. ^ Wolpert, m/s. 12–13.
  15. ^ Singh, m/s. 56.
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Mehmood p725
  17. ^ Bolitho, m/s. 10–12.
  18. ^ Singh, m/s. 55.
  19. ^ Wolpert, m/s. 9.
  20. ^ Ahmed, m/s. 85.
  21. ^ a b Wolpert, m/s. 14–15.
  22. ^ Wolpert, m/s. 158–159, 343.
  23. ^ Ahmed, m/s. 9.
  24. ^ Ahmed, m/s. 10.
  25. ^ Wolpert, m/s. 343.
  26. ^ Wolpert, m/s. 343, 367.
  27. ^ Wolpert, m/s. 361.
  28. ^ Wolpert, m/s. 361–362.
  29. ^ Wolpert, m/s. 369–370.
  30. ^ Singh, m/s. 407.
  31. ^ Singh, m/s. 406–407.
  32. ^ Wolpert, m/s. 370.
  33. ^ Ahmed, m/s. 205.
  1. ^ Meskipun ulang tahun Jinnah dirayakan pada 25 Desember 1876, alasan penanggalannya diragukan. Karachi tidak mengeluarkan sertifikat kelahiran, tidak ada catatan yang disimpan oleh keluarganya (tanggal kelahiran berpengaruh kecil bagi Muslim pada tahun itu), dan catatan sekolahnya menunjukkan tanggal kelahirannya adalah 20 Oktober 1875. Lihat Bolitho, halaman 3

Pautan luar

sunting