Freemason muncul di antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat).[1][2] Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu "Supreme Being".[3]

Lambang Freemason.

Asas, unit organisasi tempatan Freemasonry adalah Lodge. The Lodges biasanya diselia dan dikawal di peringkat serantau (biasanya serentak dengan sama ada negeri, wilayah, atau sempadan negara) oleh Grand Lodge atau Grand Orient. Tiada antarabangsa, di seluruh dunia Lodge Grand yang menyelia semua Freemasonry; setiap Grand Lodge adalah bebas, dan mereka tidak semestinya mengenali antara satu sama lain sebagai sah.

Freemason Moden meluas terdiri daripada dua kumpulan pengiktirafan utama. Freemason Biasa menegaskan bahawa jumlah kitab terbuka di rumah persinggahan bekerja, bahawa setiap ahli yang menganut kepercayaan Tuhan, bahawa tidak ada wanita dimasukkan ke wad, dan perbincangan mengenai agama dan politik adalah dilarang. sekarang Freemason Benua adalah istilah umum untuk bidang kuasa "liberal" yang telah membuang beberapa, atau semua, sekatan ini.

Asal-usul

sunting

Kultus kuno

sunting
 
Goose and Gridiron, tempat berdirinya Loji Besar Inggeris.

Terdapat pelbagai legenda dan teori mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno.

Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Jerusalem pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman. [4] [5]

Kesatria Templar

sunting

Freemason juga dikaitkan dengan ahli Kesatria Templar (Knight's Templar). Mengikut legenda, pada abad ke-11, Kesatria Templar telah menjumpai harta karun di tinggalan bangunan Haikal Sulaiman (berpandukan sesetengah pendapat; terletaknya di sebuah bilik rahsia di bawah Masjidil Aqsa) semasa Perang Salib ke-3. Ini menyebabkan kebanyakan mereka menjadi tersangat kaya sehinggalah harta itu dirampas oleh Raja Perancis Philip IV. Kesatria Templar dipenjarakan, ada yang dijatuh hukuman bunuh dan ada yang dibakar hidup-hidup kerana mengamalkan ilmu hitam yang disimpan di bawah bangunan Haikal Sulaiman tetapi ada yang melarikan diri. Pergerakan ini menjadi sulit dan muncul kembali pada abad ke-17 di bawah nama Freemason. Tujuan penubuhan gerakan ini mulanya menjatuhkan raja-raja Eropah dan juga persediaan sebelum kemunculan Dajjal yang akan menjadi pemerintah dan raja mereka di masa Akhir Zaman.

Albert Pike (1872) pula dalam bukunya Morals and Dogma of the Ancient and Accepted Scottish Rite of Massonry, berpendapat bahawa pada kurun ke-11, Kesatria Templar telah berpakat bersama Ketua Gereja di Constantinople. Pada masa itu Ketua Gereja Constantinople (daripada Gereja Ortodoks Timur) bersaing dengan Gereja Katolik Rom. Ahli Kesatria Templar bersumpah setia untuk melindungi umat Kristian yang melawat tempat suci; manakala matlamat rahsia mereka adalah untuk membina semula Haikal Sulaiman. Binaan ini akan menjadi tempat paling suci untuk orang Kristian dan akan dapat menandingi kediaman suci Gereja Katolik di Roma. Ahli Templar berselindung di bawah nama Brethren-Masons. Nama ini Frères Maçons dalam bahasa Perancis dieja menjadi Free-Masons dalam bahasa Inggeris. [6]

Persatuan tukang batu

sunting

Penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang daripada persatuan pemahat dan tukang batu (dalam bahasa Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggil mason atau stone mason) pada Zaman Pertengahan di Eropah. Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak gereja. Terdapat dua jenis tukang batu. Satu ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan rough mason. Freestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas (free) dan bukan hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama "Freestone mason" kemudian disingkatkan menjadi Freemason. Oleh sebab keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain.

Sejarah

sunting

Terdapat beberapa bukti Freemason mula tersebar di benua Eropah seawal akhir kurun ke-16 Masihi. Salah satu bukti bertulis awal yang menunjukkan cabang Freemason telah ada di England pada tahun 1641 ialah rekod inisiasi Robert Moray, salah seorang keluarga raja. Moray menjadi anggota Freemason di Edinburgh pada 20 Mei 1641.[7] Selain itu, Elias Ashmole, yang juga berdarah keluarga Raja England, menulis dalam buku diarinya bahawa dia telah menjadi anggota Freemason di Lancashire, pada 16 Oktober 1646.[8]

Peristiwa penting dalam perkembangan Freemason adalah pada 24 Jun 1717 dengan terdirinya Loji Besar England (Grand Lodge of England). Dengan terdirinya pusat bagi persatuan itu di England, Freemason kini menjadi organisasi nasional yang tidak lagi bergerak secara rahsia. Loji Besar England merupakan gabungan daripada empat cabang Freemason dan mereka mempercayai falsafah yang sama iaitu "Agama yang mana semua manusia bersetuju... adalah menjadi Manusia yang Baik dan Benar" (Religion is which all men agree… that is, to be Good Men and True).

Dengan terbentuknya Loji Besar England, gerakan Freemason semakin merebak sehingga berkembang melintasi benua Eropah sehingga ke benua Amerika.

Etika Freemason

sunting
 
Bangsawan Uthmaniyah Ahmad Nami mengenakan pakaian Masonik penuh pada tahun 1925.

Freemason mengamalkan empat etika-etika yang diikuti demi mengaburi pergerakan mereka.

Persaudaraan

sunting

Setiap pengikut-pengikut Freemason diwajibkan untuk bertoleransi, dan berfikiran positif sesama sendiri agar pendirian mereka mudah diterima.

Menderma dan beramal kebajikan

sunting

Pengikut Freemason melakukan pelbagai perkara kebajikan demi kebaikan manusia.

Kebenaran

sunting

Mereka berpegang teguh terhadap kepercayaan mereka. Mereka percaya bahawa prinsip yang mereka bawa membawa lebih kepada kemajuan dan mendapat kehidupan yang lebih baik. [9]

Penyembahan kepada Tuhan

sunting

mereka mengamalkan penyembahan secara rahsia dan tidak di ketahui.

Struktur organisasi

sunting

Loji Besar (Grand Lodge) adalah badan bebas dan berdaulat yang mentadbir Freemason di sesebuah negara, negeri atau kawasan. Tiada satu badan teratas yang mengawal Freemason di peringkat global. Perhubungan antara loji-loji yang berlainan bergantung kepada kehendak atau pengiktirafan bersama.

Loji merupakan unit asas Freemason. Setiap loji baru mesti mempunyai waran atau piagam yang diberi oleh Loji Besar yang membenarkannya untuk membuat perjumpaan dan beroperasi. Loji mesti mengadakan perjumpaan pada tempat yang tetap dan tarikh yang telah ditentukan. Ia akan memilih, menerima ahli baru dan mempromosikan ahli dan pegawainya. Ia juga akan membina dan mengurus aset dan hartanahnya termasuk rekod perjumpaan. Seperti organisasi lain, ia mempunyai perjumpaan rasmi, perjumpaan tahunan, dana amal, surat menyurat dan laporan, yuran keahlian, akaun, acara istimewa dan pelbagai lagi. Setiap loji mempunyai tradisi unik tersendiri.

Prinsip dan aktiviti utama

sunting

Freemason seringkali dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.

Gerakan Freemason

sunting

Freemason di Amerika Syarikat

sunting

George Washington, yang menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat pada 30 April 1789 adalah seorang anggota Freemason. Selain itu, para penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang ditandatangani pada 4 Julai 1778 oleh William Hoper, Benjamin Franklin, Matthew Thornton, William Whipple, John Hancock, Phillip Livinston dan Thomas Nelson, juga dipercayai pengikut Freemason.[10]

Selain Washington, 13 lagi presiden, lapan naib presiden dan 35 Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat pernah dikenalpasti sebagai ahli Freemason. Washington adalah ahli Freemason yang berpusat di New York City. Ahli Freemason yang dikenal pasti di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah tiga juta dan di New York sahaja terdapat lebih kurang 136,000 ahli.[11]

Freemason di Iraq

sunting

Sebilangan cawangan Freemason di Iraq telah wujud seawal tahun 1903, dan bertambah bilangannya apabila negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepas Perang Dunia I. Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada bulan Julai 1958 selepas Revolusi, dengan pembubaran pemerintahan beraja dan pengisytiharan Iraq sebagai sebuah republik di bawah Jeneral Qasim. Lesen yang membenarkan cawangan Freemason ditarik balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh oleh Saddam Hussein, yang menetapkan hukuman mati bagi mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip Zionisme, termasuk Freemason, dan mereka yang melibatkan diri dalam pertubuhan Zionisme". Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada tahun 2007, Land Air and Sea Lodge, No. 1 dianugerahi dengan piagam oleh Loji Besar New York (Grand Lodge of New York).

Freemason di Malaysia

sunting

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME).[12] DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.

DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:

  • Kuala Lumpur: 3 loji
  • Pulau Pinang: 1 loji
  • lpoh: 1 loji
  • Kuantan: 1 loji
  • Kuching: 2 loji
  • Port Dickson: 1 loji
  • Port Klang: 1 loji
  • Kelantan: 1 loji
  • Taiping : 1 loji
  • Kota Kinabalu: 1 loji
  • Melaka: 1 logi
  • Seremban: 1 logi

Pada masa itulah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah membangkitkan di Parlimen pada 25 Oktober 1978. Beliau mempersoalkan Perdana Menteri Tn Hussein Onn tentang tindakan kerajaan yang membiarkan organisasi Freemason didaftarkan dengan banyak, malah sudah tercapai lebih 55 lodges dengan 2,984 ahli termasuk seorang Menteri.[perlu rujukan]

Tentangan dan kritikan terhadap Freemason

sunting

Islam dan Freemason

sunting

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah membina kembali Haikal Sulaiman[13][14][15][16] di bawah runtuhan Masjid al-Aqsa[17], kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir[18] dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an.[19] Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu lambang ini juga ada pada wang satu dolar Amerika.

benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme). Seorang ahli Freemason yang kontr

  1. ^ Hodapp, Christopher. Freemasons for Dummies. Indianapolis: Wiley, 2005. p.52.
  2. ^ UGLE https://web.archive.org/web/20040206160546/http://www.ugle.org.uk/masonry/YQA-about-freemasonry.htm
  3. ^ Griffin, Mark (2002). "Freemasonry and Religion". United Grand Lodge of England. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-01-30. Dicapai pada 2007-05-08.
  4. ^ howstuffworks.com - freemason.htm
  5. ^ The Temple and the Lodge
  6. ^ Book=Liturgies of the Ancient and Accepted Scottish Rite of Freemasonry
  7. ^ http://freemasonry.bcy.ca/texts/moray_r.html The first recorded initiation in England
  8. ^ Josten, C. H. (editor) (1966). Elias Ashmole (1617–1692). His Autobiographical and Historical Notes, his Correspondence, and Other Contemporary Sources Relating to his Life and Work Oxford: Clarendon Press, vol. I, ms. 18
  9. ^ laman utama aktivis Freemason di United Kingdom
  10. ^ Adnin Armas, Pluralisme Agama dan Gerakan Freemason Yahudi, Hidayatullah.Com, 13 Disember 2005
  11. ^ "What are Freemasons". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-05. Dicapai pada 2008-09-26.
  12. ^ DGLME.org
  13. ^ Carian buku Google
  14. ^ Rabbi Jacob Jehudah Leon - THE MODELS OF THE TEMPLE AND THE ENGLISH CRAFT.
  15. ^ "Masons Desire to Rebuild Solomon's Temple". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-21. Dicapai pada 2008-09-11.
  16. ^ King Solomon's Temple Bookends
  17. ^ "Can a Muslim Be a Freemason?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-25. Dicapai pada 2008-09-11.
  18. ^ Freemasonry in Ottoman Palestine
  19. ^ In June, 1996 Di Bernardo at the time Grand Master of the Regular Grand Lodge of Italy published his book "Rebuilding the Temple."

Pautan Luar

sunting