Fast & Furious

(Dilencongkan daripada Fast and Furious (filem 2009))

Fast & Furious[4], juga dikenali sebagai The Fast and the Furious 4 di beberapa negara lain, merupakan judul keempat dalam siri filem lumba haram The Fast and the Furious, yang juga merupakan sambungan kepada judul pertama dan kedua, serta pendahulu kepada judul ketiga. Ia mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 3 April 2009.[1] Jalan ceritanya berhubung dengan judul pertama siri filem ini di mana Paul Walker, Vin Diesel, Michelle Rodriguez, dan Jordana Brewster melakonkan semula watak masing-masing.[5][6][7]

Fast & Furious
Poster promosi terkini
PengarahJustin Lin
PenulisChris Morgan
Dihasilkan olehNeal H. Moritz
Vin Diesel
Michael Fottrell
DibintangiPaul Walker
Vin Diesel
Michelle Rodriguez
Jordana Brewster
John Ortiz
Laz Alonso
Gal Gadot
SinematografiAmir Mokri
Disunting olehChristian Wagner
Muzik olehBrian Tyler
Diedarkan olehUniversal Pictures
Tarikh tayangan
 Amerika Syarikat 3 April 2009[1]
 United Kingdom 1 Mei 2009
Masa tayangan
107 minit
Negara Amerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$85 juta[2]
Pecah panggung$359,264,265[3]

Jalan cerita

sunting

Templat:Spoiler Filem bermula dengan Dominic Toretto dan kumpulannya merampas tangki minyak petrol daripada lori tangki yang sedang bergerak di sebatang jalan raya di Republik Dominica. Selepas rampasan tersebut, dia merancang untuk meninggalkan teman wanitanya Letty untuk mengelakkannya daripada diburu pihak berkuasa. Namun demikian, semasa di Bandaraya Panama, dia menerima panggilan telefon daripada adiknya Mia yang mengatakan Letty telah mati dibunuh. Dom bergegas pulang ke Los Angeles dan terjumpa kesan nitrometana semasa dia memeriksa kesan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Letty. Dia seterusnya memaksa satu-satunya mekanik yang menggunakan nitrometana untuk memberikan maklumat mengenai David Park yang memesan bahan api tersebut.

Sementara itu pula, Brian O'Conner, kini seorang ejen FBI, sedang menyiasat kes penyeludupan dadah yang didalangi Arturo Braga. Dia secara kebetulan terserempak dengan Dom semasa dia cuba menyelamatkan Park daripada dihumban keluar tingkap oleh Dom yang sedang marah. Melalui kerjasama yang diberikan Park kepada pihak FBI, Park membawa Brian dan Dom berlumba haram bagi mendapatkan tempat sebagai pemandu bagi operasi menyeludup dadah merentasi sempadan Amerika Syarikat-Mexico. Brian kalah, tetapi dia menggunakan kuasanya bagi mendapatkan satu lagi tempat dalam operasi menyeludup tersebut.

Esoknya, kumpulan tersebut berjumpa Fenix, orang bawahan Braga, dan seterusnya memandu merentasi sempadan AS-Mexico. Semasa dalam keadaan genting, Dom meletupkan keretanya dengan melepaskan gas dari tong nitrus oksida ke soket penyala rokok untuk melepaskan diri sementara Brian merampas sebuah SUV Hummer.

Seterusnya, Brian memberitahu orang atasannya bahawa dia boleh mengumpan Braga untuk membolehkan pihak polis menangkapnya, tetapi dengan syarat Dom mesti diberi pengampunan oleh kerajaan terlebih dahulu. Namun, rencana tersebut gagal apabila mereka mendapati Braga yang ditangkap adalah yang palsu manakala Braga yang sebenar sudah melarikan diri.

Berikutan kegagalan misi tersebut, Brian dan Dom sendiri pergi menangkap Braga di sebuah gereja lama di Mexico. Semasa konco-konco Braga cuba menghambat mereka bagi menyelamatkan Braga, Dom dan Brian melarikan diri melalui sebuah terowong "laluan tikus" untuk kembali ke AS. Brian tercedera semasa dalam terowong akibat dilanggar Fenix. Sebelum Fenix sempat menembak Brian, Dom melanggar dan seterusnya membunuh Fenix.

Selepas segalanya berakhir, Dom mengambil keputusan untuk menyerah diri kerana dia sudah penat hidup dengan melarikan diri; tambahan pula, misi utamanya untuk membalas dendam atas kematian Letty sudah selesai. Dom dikenakan hukuman penjara 25 tahun walaupun rayuan sudah dibuat untuk meringankan hukuman yang dikenakan. Semasa bas penjara dalam perjalanan membawa Dom ke penjara, Mia, Brian, Tego dan Rico tiba di kereta masing-masing untuk menghalang bas tersebut.

Pelakon

sunting

Kutipan

sunting

Pada hari tayangan perdananya, filem ini mencatatkan kutipan kasar AS$30.5 juta, serta meningkat ke kemuncak kutipan pecah panggung hujung minggu dengan kutipan AS$70,950,500, lebih tinggi daripada jumlah kutipan Tokyo Drift sepanjang tayangan di Amerika syarikat sahaja.[8] Filem ini juga mencatatkan kutipan hujung minggu tertinggi sepanjang tahun 2009 semasa mula ditayangkan (sejak ditewaskan oleh Star Trek dan X-Men Origins: Wolverine), dua kali ganda lebih banyak daripada jangkaan pemerhati industri.[9] Ia juga memegang gelaran kutipan hujung minggu pembukaan tertinggi pada bulan April[10] serta berbanding mana-mana filem berorientasikan kereta. (Sebelum ini rekod dipegang oleh Cars, dengan kutipan kasar AS$60.1 juta.) Setakat 29 Mei 2009, filem ini mencatatkan jumlah kutipan kasar AS$346,518,460 di seluruh dunia dan merupakan kutipan kasar kedua tertinggi bagi genre filem automotif, di belakang Cars.[11]

Filem sambungan

sunting

Sambungan bagi filem ini kini sedang dibangunkan. Paul Walker berkata, "Saya telah bercakap dengan para eksekutif di Universal buat masa ini dan mereka betul-betul serius mengenainya." serta membayangkan pembikinannya mungkin akan dilakukan di Eropah, Brazil atau Australia.[12] Vin Diesel menyatakan dia mahukan filem keempat dan kelima dibikin bersama.[13][14]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Chris Tilly (2008-09-15). "More XXX for Diesel". IGN Entertainment. Dicapai pada 2008-10-09.
  2. ^ "Fast and Furious (2009)". Box Office Mojo. Amazon.com. Dicapai pada 2010-04-29.
  3. ^ [1], http://jalopnik.com/5151136/fast-and-furious-1987-buick-grand-national-gnx.
  4. ^ Jessica Barnes (2008-04-14). "'Fast and Furious' Gets a Title and Official Plot!". Cinematical.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-30. Dicapai pada 2008-04-23.
  5. ^ Elena Torres (2008-01-28). "'The Fast And The Furious' Franchise Drifts Toward Another Sequel". MTV Movies Team. Dicapai pada 2008-03-09.
  6. ^ Merrick (2008-03-06). "Another Familiar Face Is Returning For The New FAST AND THE FURIOUS Film!!". AintItCool.com. Dicapai pada 2008-03-09.
  7. ^ Chris Beaumont (2008-03-07). "Michelle Rodriguez Joins Walker and Diesel for The Fast and the Furious 4". FilmSchoolRejects.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-12. Dicapai pada 2008-03-09.
  8. ^ "Daily Box Office for Friday, April 3, 2009". Box Office Mojo.
  9. ^ Rich, Joshua (5 April, 2009). "Fast & Furious shatters box office records". Entertainment Weekly. Dicapai pada 5 April 2009. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  10. ^ http://www.msnbc.msn.com/id/30172616/
  11. ^ http://boxofficemojo.com/genres/chart/?id=carracing.htm
  12. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-15. Dicapai pada 2009-06-05.
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-25. Dicapai pada 2009-06-05.
  14. ^ http://www.eonline.com/uberblog/b118234_enough_in_tank_another_fast_furious.html

Pautan luar

sunting