2 Fast 2 Furious
2 Fast 2 Furious ialah filem tahun 2003 yang merupakan judul kedua siri The Fast and the Furious, menyusul selepas filem The Fast and the Furious. Ia dibintangi Paul Walker, Tyrese Gibson, Eva Mendes, Devon Aoki dan Chris 'Ludacris' Bridges; serta diarahkan oleh John Singleton. Runut bunyi adalah hasil ciptaan David Arnold.
2 Fast 2 Furious | |
---|---|
Pengarah | John Singleton |
Penulis | Michael Brandt Derek Haas |
Dihasilkan oleh | Lee Mayes Neal Moritz |
Dibintangi | Paul Walker Tyrese Gibson Eva Mendes Cole Hauser James Remar Chris 'Ludacris' Bridges Devon Aoki |
Diedarkan oleh | Universal Pictures |
Tarikh tayangan | 6 Jun 2003 |
Masa tayangan | 107 minit |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | $76 juta |
Pecah panggung | $236,350,661 |
Paul Walker kembali sebagai seorang bekas polis bernama Brian O'Connor yang berpasangan dengan rakan lamanya Roman Pearce (Tyrese). Cerita mengisahkan bagaimana mereka menumpaskan sindiket pemalsuan wang oleh seorang "raja dadah" Miami Carter Verone (Cole Hauser) setelah bekerja dengan ejen samaran Monica Fuentes (Mendes).
Jumlah perbelanjaan bagi penerbitan filem ini adalah lebih kurang $76 juta. Masa tayangan adalah 107 minit, dengan klasifikasi 18SG di Malaysia.
Jalan cerita
suntingTemplat:Spoiler Brian O'Connor (Paul Walker), bekas polis yang dilucutkan jawatan kerana melepaskan Dominic Toretto (lakonan Vin Diesel tetapi tidak membuat penampilan dalam filem ini) di dalam filem The Fast and the Furious, memulakan hidup baru di Miami, Florida sebagai pelumba haram di sana. Dengan nama samaran "Bullet", dia berkawan dengan Tej Parker (Chris 'Ludacris' Bridges) - seorang bekas pelumba haram serta seorang mekanik talaan kereta terkenal, Jimmy (Jin) serta Suki (Devon Aoki) - juga seorang pelumba haram. Cerita bermula apabila O'Connor dijemput oleh Parker untuk menyertai satu perlumbaan haram di mana dia menang mudah, tetapi ditangkap setelah pihak polis serta ejen kastam AS melumpuhkan kereta Nissan Skyline GT-Rnya dengan alat ESD (Alat Gangguan Elektronik). Untuk membersihkan namanya, bekas bosnya dari FBI, Ejen Bilkins membuat tawaran menyertai misi FBI.
O'Connor dan Bilkins kemudian pergi ke Barstow, California di mana O'Connor bertemu dengan rakan sepermainannya Roman Pearce (Tyrese). Misi mereka adalah untuk menyamar sebagai pelumba haram untuk raja dadah Argentina, Carter Verone (Cole Hauser), dengan pertolongan Monica Fuentes (Eva Mendes), seorang ejen kastam AS yang menyamar menjadi teman wanita Carter.
Babak seterusnya dipenuhi adengan lumba haram, termasuklah babak O'Connors dan Pearce memenangi dua buah kereta hasil kemenangan mereka dalam satu perlumbaan haram. Di dalam perlumbaan itu, mereka memenangi kereta Yenko Camaro model tahun 1969 dan Dodge Challenger model tahun 1970.
Tidak lama setelah memenangi perlumbaan tersebut O'Connor dan Pearce tiba di kelab malam milik Verone agar Verone dapat "memujuk" seorang detektif polis bernama Whitworth untuk menjauhkan pihak polis daripada O'Connor dan Pearce untuk memudahkan mereka mengangkut wang. Pagi esoknya mereka diberi misi menghantar wang dengan masing-masing menaiki kereta Mitsubishi Lancer Evolution VII (O'Connor) dan Mitsubishi Eclipse (Pearce) dengan sejumlah wang di dalam but serta turut dinaiki orang suruhan Verone. Tiba-tiba mereka dikejar polis sehingga menghala ke sebuah gudang. Di dalam gudang tersebut, mereka menukar kereta serta berpakat dengan rakan lumba haram mereka untuk keluar berpecah bagi mengelirukan pihak polis tempatan, membolehkan mereka meneruskan misi mereka. Kemuncak cerita ini adalah semasa Verone cube melepaskan diri menaiki kapal layar setelah memberitahu Monica bahawa dia tahu identiti Monica sebagai ejen samaran Kastam Amerika Syarikat. Di atas kapal layar, Verone memarahi Monica kerana membocorkan maklumat Verone yang mahu melarikan diri melalui udara kepada pihak kastam. Babak penamat muncul apabila kereta Camaro yang dipandu O'Connors melompat ke kapal layar tersebut melalui sebuat jeti untuk menyelamatkan Monica. Akhirnya Verone ditangkap dan sejumlah wang hasil jualan dadahnya dirampas pihak kastam, kecuali sebahagian kecil yang "dicuri" oleh O'Connor dan Pearce.
Penampilan kereta
suntingKereta yang ditampilkan di dalam 2 Fast, 2 Furious termasuklah:[1]
Kereta | Warna | Tahun | Pemandu | Keadaan di dalam filem |
Mitsubishi GTO | Merah | 1995 | Brian O'Connor | Tampil hanya dalam filem pendek "Turbo-charged Prelude"; Brian menggunakannya untuk melarikan diri dari bandar raya L.A. ke arah timur, memenangi beberapa perlumbaan haram di sepanjang perjalanan. Ia dijumpai pihak polis di luar sebuah motel dan kemungkinan telah disita. Brian menggantikannya dengan Skyline. |
Toyota Supra Mark IV RZ JZA80 | Gangsa metalik | 1995 | Slap Jack | Terhempas setelah merempuh papan iklan Pepsi setelah lompatan di jambatan; Kerosakan kosmetik, gantungan/tayar & kotak gear; Dibaiki semula untuk babak selerak di gudang.[2] |
Honda S2000 | Merah jambu dengan grafik Asia | 2003 | Suki | Melompat; Kerosakan kosmetik dengan radiator terhempas. Dibaiki semula untuk babak selerak di gudang.[3] |
Mazda RX-7 FD3S | Merah | 1993 | Orange Julius | Masih dalam keadaan baik setelah babak selerak di gudang. |
Skyline GT-R (GT-BNR34) | Mutiara Platimum "House of Kolors" dengan grafik biru | 2003 | Brian O'Connor | Kerosakan kosmetik berat, sistem sejukan dan sistem elektronik. Dilumpuhkan oleh alat gangguan elektronik polis; Disita[4] |
Mitsubishi Lancer Evolution VII | Limau Nipis Keemasan | 2003 | Brian O'Connor | Kerosakan salur udara hadapan di pos kawalan pelabuhan bot dan kerosakan ESD di pintu belakang kiri; digunakan oleh Tej untuk mengelirukan polis semasa babak selerak di gudang.[5] |
Mitsubishi Eclipse Spyder | Ungu Metalik | 2003 | Roman Pearce | Masih elok; digunakan oleh Suki untuk mengelirukan polis semasa babak selerak di gudang.[6] |
Dodge Viper SRT-10 | Kuning | 2003 | Kaki pukul #1 | Melarikan diri setelah polis muncul di jeti bot boat. |
Chevrolet Corvette Convertible | Kelabu Gelap | 2002 | Kaki pukul #2 | Remuk dan terbalik di lebuh raya setelah bertembung dengan kereta Saleen S281 Mustang berwarna merah (rujuk di bawah). |
Saleen S281-E Mustang | Merah | 2003 | Kaki pukul #3 | Dikemekkan oleh roda belakang lori semi-treler setelah cuba mengekori Brian dan Roman dan kemudiannya dilanggar pula oleh kereta C5 Chevrolet Corvette Convertible. |
BMW 3-Series E36 M3 Coupe | Hitam | 1995 | Kaki pukul #4 | Merempuh tong air di susur keluar menyebabkan kerosakan kosmetik ringan atau sederhana. |
Ferrari 360 Modena | Merah | 1999 | Carter | Kerosakan kecil -- Tingkap penumpang dipecahkan oleh Roman. |
Dodge Ram | Perang muda dengan corak Louis Vuitton | 2003 | Tej | Muncul di bengkel Tej serta dalam perlumbaan haran antara Brian, Roman, Korpi, dan Darden |
Acura NSX | Perang muda dengan corak Louis Vuitton | 2000 | Tej | Masih elok di bengkel Tej[7] |
Chevrolet-Yenko Camaro | Biru Lemans | 1969 | Korpi dan kemudiannya Brian O'Connor pada penghujung filem | Melompat ke bot oleh Brian -- Remuk [8] |
Dodge Hemi Challenger R/T | Jingga Go Mango | 1970 | Darden kemudiannya Roman Pearce pada penghujung filem | Merempuh SUV oleh Roman -- Remuk[9] |
Toyota MR2 Spyder | Pelbagai | 2001 | Pemandu tidak diketahui | Tidak diketahui |
Rujukan
sunting- ^ Kris Palmer The Fast and the Furious The Official Car Guide Motorbooks Templat:Auto isbn
- ^ Kris Palmer The Fast and the Furious The Official Car Guide Pgs 42-45
- ^ Kris Palmer The Fast and the Furious The Official Car Guide Pgs 46-49
- ^ Kris Palmer The Fast and the Furious The Official Car Guide Pgs 36-39
- ^ Kris Palmer The Fast and the Furious The Official Car Guide Pgs 50-53
- ^ Kris Palmer The Fast and the Furious The Official Car Guide Pgs 54-57
- ^ Kris Palmer The Fast and the Furious The Official Car Guide Pgs 58-59
- ^ Kris Palmer The Fast and the Furious The Official Car Guide Pgs 60-61
- ^ Kris Palmer The Fast and the Furious The Official Car Guide Pgs 62-63
Lihat juga
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: 2 Fast 2 Furious. |
- Tapak rasmi
- 2 Fast 2 Furious Trailer Diarkibkan 2008-11-08 di Wayback Machine
- title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- 2 Fast 2 Furious di Rotten Tomatoes
- Internet Movie Cars Database - galeri kereta yang ditampilkan di dalam 2 Fast 2 Furious